33

5.6K 129 0
                                    

Pintu bilik ku buka,Aiman masuk dan terus meletakkan beg barangan ku di atas katil.."Terima kasih abang..".."Small matter..sayang rehat je ok?takpayah masak hari ni..".."Habis kita nak makan apa?".."Abang beli je nanti.."aku tersenyum kemudian Aiman berlalu ke biliknya..pintu bilik ku tutup dan berlalu ke depan cermin untuk membuka tudung..masih terngiang-ngiang di telinga ku,kata-kata Zee.."I pregnant..masuk kali ni,dah 4 kali I pregnant..sebelum-sebelum ni I gugurkan,sebab Aiman paksa I..kali ni I nak simpan baby ni dan giliran I pulak,untuk paksa Aiman bertanggungjawab.."ayat itu memang menghancurkan hati ku selumatnya..aku juga pelik,selepas kejadian aku dimasukkan ke hospital ni..Aiman berubah baik dengan aku dan panggilan juga berubah..kalau betul,alhamdulilah..kalau hanya pura-pura,hurm tempoh jelah..
Pada malam itu,selepas makan malam aku berjalan masuk ke dalam bilik ku dan bersiap untuk tidur..sebaik sahaja aku baring ke atas katil,pintu bilik ku dikuak dari luar.."Sayang.."panggil Aiman dengan lembut dan aku menoleh memandangnya.."Malam ni tidur bilik abang jom?"dahi ku berkerut..'Tiba-tiba..'hatiku berbisik.."Jomlah,tak sudi ke?".."Hmm,yelah.."aku pun turun dari katil dan bergerak ke bilik tidur Aiman..sesudah kami baring bersama,suasana sunyi..kami berdua baring terlentang memandang siling..lampu tidur,samar-samar menerangi ruang tidur kami..tiba-tiba Aiman mengiring,memandang ku yang berada di sebelah kirinya.."Terima kasih.."aku menghala pandangan ke arahnya.."Untuk apa?".."Sudi pinjamkan rahim sayang untuk zuriat abang.."aku hanya tersenyum.."Abang janji abang takkan jadi macam dulu lagi..abang akan jadi suami yang mengambil berat,untuk sayang lepas ni.."aku masih tersenyum sambil mengusap perutku.."Boleh Asha tanya sikit?".."Banyak pun takpa..apa dia?".."Kenapa abang tiba-tiba berubah?".."Tak suka ke?".."Tak,bukan tak suka..suka sangat,alhamdulilah..tapi,terkejut sikit.."Aiman tersenyum dan memegang tanganku yang berada di atas perut.."Sebenarnya,abang dah lama sayang kat sayang..sejak hari pertama,kita bergelar suami isteri..perasaan tu datang,sekali dengan perasaan suka..mula-mula abang tak peduli,tapi perasaan tu mula mengganggu fikiran abang lepas abang dapat tahu yang sayang rapat dengan seorang mamat tu..sapa nama dia?".."Zhafran?".."Haah,ye kot..".."Ye,dialah..sebab dia je kawan lelaki yang rapat dengan saya..takda orang lain lagi..".."Betul ke sayang ada apa-apa dengan dia?dulu sayang cakap,hubungan sayang dengan dia sama macam hubungan abang dengan Zee.."aku ketawa kecil.."Taklah..dia tu kambing hitam je,hihi..saya gunakan dia,untuk bagi abang cemburu..".."Isyh-isyh,kesian dia.."aku hanya tersenyum..niat dihati mahu bertanyakan adakah Aiman tahu atau tidak tentang kandungan Zee..tapi,aku risau..aku risau soalan itu akan menjadi punca kedinginan bermula semula dari Aiman terhadap ku..aku menoleh memandang Aiman dan aku menangkap dia menatap ku sambil tersenyum..dahi ku berkerut dan terselit senyuman.."Kenapa abang pandang saya macam tu?dah gemuk ek?hurm,tahu.."aku memuncungkan bibir dan mempamerkan muka masam..Aiman ketawa.."Takdelah..abang tengah menikmati keindahan ciptaan Allah..tak perlu panjat bukit broga,isteri abang dah cukup indah untuk dilihat.."muka ku terasa panas.."Abang ni..".."Hurm,baru abang sedar..".."Apa dia?".."Sayang dah chubby sikit..".."Huwaa..tahu.."aku berpura-pura menangis seperti kanak-kanak,lalu Aiman ketawa.."Abang tak habis cakap lagi..walaupun chubby,sayang tetap cantik dan abang tak jemu untuk tatap wajah sayang.."aku menghadiahkan senyuman paling manis sekali yang sudah lama ku simpan untuk lelaki yang betul-betul layak,kepada Aiman..pandangan kami bertaut dan dalam hati ku berbisik..'Alhamdulilah,syukur kepada Mu Ya Allah kerana memakbulkan doa-doa ku selama ini..aku mintak untuk dikekalkan kebahagiaan ini sehingga hujung nafas kami Ya Allah..'aku mengusap pipi Aiman dengan lembut..Aiman memeluk ku dengan erat dan rapat..dahi ku dikucupnya lama..jari-jemarinya bermain-main di telinga dan kepala ku..kemudian ciumannya jatuh ke tengkuk ku,dan aku hanyut dibuai cinta,kasih sayang juga sentuhan Aiman pada malam itu..

"TAKDIR NATASHA"Where stories live. Discover now