68

3.3K 106 30
                                    

Terbuntang mata ku melihat mereka berdua,sambil kaki masih belum melangkah masuk ke dalam rumah.."Tasha..bi..bila sampai?d..dah lama ke?"soal Zee tergagap-gagap..aku tidak memperdulikan Zee..mata ku terpaku pada wajah lelaki yang kononnya sangat sibuk dan tak dapat balik pada minggu ni.."Abang kata banyak kerja,tak dapat nak balik..sekarang apa abang buat kat sini?"soal aku dan Aiman menghampiri ku perlahan-lahan.."Asha,dengar dulu sayang..abang memang nak balik,abang sengaja je rahsiakan dari Asha sebab abang nak buat kejutan untuk Asha.."aku mengerutkan dahi.."Kejutan?abang buat kejutan untuk Asha ke,Asha yang buat kejutan untuk abang sekarang?"mulut Aiman terkumat-kamit mahu berbicara sesuatu,namun tak terluah..lalu aku memintas percakapannya.."Sampai hati abang.."mata ku berkaca memandangnya.."Asha rindukan abang,sebab dah lama tak jumpa abang lepas abang balik ke Kelantan semula hari tu..tapi abang balik je terus ke rumah ni?"aku menyoal sambil mata ku memandang tepat ke anak mata Aiman.."Dah lama tak balik?eh,Aiman tiap-tiap minggu balik.."pandangan aku dan Aiman berpaling serentak ke arah Zee.."What??!!!"soal ku terkejut dengan kata-kata Zee..mata Zee memandang wajah aku dan Aiman bersilih ganti..aku mendongak ke wajah Aiman semula.."Sayang,abang mintak maaf.."belum sempat Aiman menghabiskan ayatnya,aku berlari naik ke bilik.."Asha!!!"terus Aiman membuka langkah mengejar ku..Zee terpinga-pinga.."Aku dah terlepas cakap ke?"soal Zee sendirian..aku memasuki bilik dan mahu menutup pintu,tetapi Aiman menahan pintu itu dari luar..aku melawan dan memaksa supaya pintu ditutup,namun tenaga Aiman lebih kuat..dia menolak pintu itu dan akhirnya aku mengaku kalah.."Apa yang abang nak lagi?!tak puas ke abang dah tipu Asha selama ni?!banyak kerja kat Kelantan konon..rupanya abang balik sini jumpa Zee tanpa bagitahu Asha kan?!sampainya hati abang!!!".."Sayang,abang mintak maaflah..abang tak bagitahu,sebab taknak sayang cemburu..".."Yes!memang Asha akan cemburu,but at least abang dah bagitahu Asha..bukan Asha dapat tahu dengan cara macam ni!!!".."Ye,abang tahu salah abang..abang mintak maaf..".."Kenapa abang tak pernah fikir pasal hati Asha?kenapa abang?".."Sebab abang fikirlah,abang bertindak macam ni..".."Abang kenal Asha kan?jauh mana sangat cemburu Asha tu kalau nak dibandingkan dengan perasaan marah Asha bila dapat tahu apa yang abang buat ni..dahlah abang abaikan Asha,tiba-tiba dapat tahu sebenarnya tiap-tiap minggu abang balik tapi cakap kat Asha abang banyak kerjalah ada itu ada ini..abang boleh je bagitahu,Asha akan terima semua tu sebab Asha sedar inilah kehidupan hidup bermadu..bukan tipu Asha macam ni,abang.."Aiman mengeluh.."Abang mintak maaf,sayang.."Aiman menarik dan menggenggam tangan ku..pada masa yang sama,Zee muncul disitu..aku memandang kehadiran Zee dan menyentap tangan ku,lalu menghempas pintu bilik sekuat hati ku.."Aduhh.."Aiman meraup wajahnya.."Kenapa U naik?"soal Aiman kepada Zee..Zee terkejut mendengar soalan itu. "Eh,I naik pun salah ke?".."Dia dah nak maafkan I dah tadi..tapi bila dia nampak U,terus dia masuk bilik hempas pintu..".."So,U nak salahkan I lah?eh,U yang rancang semua ni tau..balik senyap-senyap,tak bagitahu dia..kalau I pun,I marah..haa sekarang U hadap sendiri.."Zee mengorak langkah ke biliknya untuk tidur..
Khusyuk mengemas barang,malam pun tiba..sesudah mandi dan selesai solat isyak,aku pun baring di atas katil..badan yang penat,menyebabkan mata ku mudah untuk terlelap..dalam perjalanan menuju ke alam mimpi,aku terasa diri ku bagai dirangkul dari belakang..mahu menoleh,tapi diri ini gagal untuk membuat sebarang pergerakkan..akhirnya aku membiarkan sahaja dan terus hanyut dibuai mimpi indah yang jauh lebih indah dari realiti kehidupan sebenar..biasalah,itukan mimpi.."Selamat malam..mimpi indah,sayang.."ucap Aiman,lalu dia menghadiahkan aku satu kucupan di pipi..
Aiman membuka mata,saat bilik diterangi cahaya lampu dan aku baru sahaja selesai mendirikan solat subuh.."Selamat pagi.."Aiman menegur mesra dengan ucapan itu lalu tersenyum kepada ku yang sedang membuka telekung..aku diam tidak memberikan sebarang respon dan terus menyangkut telekung dan sejadah ku ke tempat yang sepatutnya.."Kenapa sayang tak kejutkan abang?boleh kita solat jemaah sama-sama.."aku masih diam membisu dan pergi menyikat rambut ku di hadapan cermin solek..Aiman duduk dari baringan dan dia memandang ke arah ku..setelah selesai urusan ku di hadapan cermin,aku pun melangkah mahu keluar dari bilik..namun langkah ku terhenti,apabila Aiman memegang tangan ku.."Sayang marahkan abang lagi ke?"aku mengeluh.."Tak kejutkan isteri kesayangan awak bangun subuh ke?takkan nak biar dia lena sampai tengahari?dah sedia nak jawab depan Allah nanti?"aku terus menarik tangan ku semula dengan kasar dan menuruni anak tangga ke dapur..Aiman terpaksa akur lalu berdiri dan mengemas katil,kemudian ke bilik mandi bersiap sedia untuk mendirikan solat subuh....................

"TAKDIR NATASHA"Where stories live. Discover now