Indra seorang lelaki yang sepi. Hidup Indra kosong. Setiap hari aktiviti Indra cuma bangun dari tidur, mandi, kemudian ke pejabat, balik dari pejabat, mandi dan diakhiri dengan masuk tidur. Ya, Indra tidur awal. Kesannya, Indra mampu menikmati tambang LRT dengan potongan harga 50 peratus kerana Indra berjaya tiba awal di stesen LRT sebelum jam 7 pagi dan tiba di pejabat pada jam 7.30 pagi, walaupun pejabat mula beroperasi pada jam 8.30 pagi.
Di pejabat, Indra hanya berkawan dengan diri sendiri. Kadang-kala ada juga Indra cuba berbual dengan komputer, mesin faks mahupun dengan kerusi yang sering Indra duduki. Ada ketika apabila terlalu stress dengan persekitaran pejabat, Indra akan pergi ke tandas, dan mula berborak dengan mangkuk tandas. Kalau nasib Indra baik, Indra akan dapat membilang berapa ketul najis yang sedang berenang-renang di dalam mangkuk tandas itu.
Bukan Indra tidak mahu berkawan dengan manusia sepejabatnya, tetapi kejadian pada minggu lepas telah mengubah hidupnya 360 darjah. Pada ketika itu Indra dikenali sebagai seorang lelaki yang happy go lucky, tambahan lagi punya rupa paras yang kacak persis aktor Indonesia, Nicholas Saputra. Ramai gadis tergila-gilakan Indra termasuk juga bos Indra yang bernama Juwita, seorang perempuan gemuk yang sudah lanjut usianya dan masih dara.
Berbalik kepada kejadian pada minggu lepas, ketika itu jam menunjukkan tepat pukul 10 malam. Ya, Indra juga seorang yang workaholik. Saat itu Indra keseorangan di pejabat. Kerja Indra ini perlu disiapkan hari ini juga. Mata Indra mula kantuk lalu Indra mengambil keputusan untuk pulang saja. Pergi mampus sama kerja Indra. Mental serta fizikal Indra sudah penat.
Dalam keasyikan Indra mengemas kubikel sebagai persediaan untuk pulang, ada sepasang mata sedang memerhatikan Indra dari jauh. Ya, Indra tidak keseorang pada malam itu! Melihatkan saja Indra sedang leka memasukkan fail-fail ke dalam beg, dengan sepantas kilat Juwita muncul di belakang Indra. Berbekalkan kekuatan tubuhnya, bak ular sawa betina, dengan sekali pelukan Indra lemas. Nafas Indra mula sesak dan dalam beberapa saat Indra rebah. Indra dilaporkan mati pada jam 10.03 minit.
Juwita mula mengheret mayat Indra ke dalam tandas pejabat. Mayat Indra dikerat-kerat, dipotong-potong, dihiris-hiris. Seperti seorang pemotong daging professional, Juwita menghayunkan pisau pemotong daging dengan penuh yakin. Sesudah itu juwita hancur-hancurkan daging tersebut. Cebisan-cebisan daging itu Juwita tuangkan ke dalam mangkuk tandas lalu pam ditarik. Juwita ulang proses itu beberapa puluh kali sehinggalah kesemuanya habis ditelan mangkuk tandas, kecuali kepala Indra yang Juwita ingin simpan, sebagai kenang-kenangan. Kata Juwita, "Kalau aku tak dapat kau, orang lain pun takkan dapat!"
Masuk hari ini, sudah seminggu Indra menghilang. Ada khabar angin yang mengatakan Indra sudah terbang jauh dari Malaysia, kahwin lari bersama gadis dari England. Sesiapa sahaja yang mendengar pasti percaya. Mana tidaknya, segalanya pasti tidak mustahil bagi lelaki rupawan sepertinya. Juwita pula meneruskan hidupnya seperti biasa. Khabar yang dicipta mudah sahaja dipercayai oleh manusia. Juwita senyum sinis.
Juwita teringat beberapa hari sebelum dia nekad membunuh Indra. Hari itu sudah lewat malam. Hampir dia terlelap apabila tiba-tiba mesej dari Indra masuk ke dalam wassap.
"Maaf, saya sudah ada, dan saya tidak dapat membalas cinta awak." Sopan sahaja wassap dari Indra kedengaran.
Daging-daging tubuh Indra yang dibuang ke dalam tandas terus terperangkap, sebati bersama air najis manusia. Kini Indra terperangkap di dalam dunianya sendiri. Roh tanpa jasad ini tetap sahaja meneruskan hidup. Sendiri dan terus sendiri.
ESTÁS LEYENDO
Zakiah Davidson
Ficción GeneralAkibat terlalu bosan di pejabat, saya mengambil keputusan untuk menulis cerpen secara sembunyi-sembunyi
