"N-nak masuk tak bang..?" Soal Aminudden dengan gagapnya.

"J-jap tunggu tiga minit lagi.." balas Luqman sama-sama gagap.

Peluh membasahi dahi dan pipi,jantung mereka setiap minit semakin kencang. Sepatah kata-kata pun mereka tidak katakan,bimbang apa yang akan menanti mereka di sebalik pintu sana. Tindakan mereka sudah mengambil dua minit berlalu.

"Ok...Lima,Empat,Tiga,Dua,Sa-" kiraan Luqman terhenti setelah pintu itu terbuka sendiri dari dalam. Menyebabkan mereka hampir tersungkur jatuh, kelihatan yang membuka dari dalam bilik itu adalah dayang istana iaitu Eli dan Sugar. Luqman memandang wajah Sugar dengan raut wajah tidak puas hati,dia sudah tahu semestinya Sugar yang merancang mengenakan mereka,lalu Sugar hanya bersiul selamba seperti tidak bersalah.

"Wow cara masuk yang menarik..." ujar Yusri mengusap dagunya.

"Yalah tak pernah dibuat orang.." kata Raffie menyokong kata-kata abangnya.

"Haih...malang betul nasib.." ujar Luqman bangun dari jatuhnya,Aminudden hanya mengibaskan baju seragamnya.

Luqman lantas melangkah seiring dengan Aminudden. Mereka berhenti menghadap di hadapan ayahandanya raja Reezal yang duduk di atas kerusi tahkta ditemani bonda mereka iaitu Razeedah,di sisi karpet merah terletaknya meja panjang kemas tersusun kiri dan kanan Aminudden serta Luqman. Manakala di meja tersebut beberapa orang sedang memerhatikan mereka,raja Reezal sekadar berdehem. Meja yang di sisi kanan Aminudden,orang yang sedang duduk adalah Aswandy,Reena,Yusri dan Raffie. Manakala meja di sisi kiri Luqman pula,orang yang sedang duduk adalah Iris,Alisa,Ikhwan,Farhan dan Fara. Selain itu 10 Guardian juga turut bersama mereka,lima di sisi kanan Aminudden dan lima lagi di sisi kiri Luqman.

"What the hell.." Luqman terlopong

"Is going on here..?" Sambung Aminudden.

"Jamel!!..ketua kepada 10 Guardian!! " Pinta Reezal dan jamel segera berdiri di hadapan raja.

"Raven Nightmare!!...Seven War Lord kedua!! " Raven berjalan gagah dan berdiri tegak berhampiran Jamel selepas Reezal memanggilnya.

"Tak payah la nak gempak sangat.." usik jamel dengan berbisik perlahan.

"Diam la.." bengang Raven.

"Lee Ahmad!!.. Seven War Lord ketiga.." ujar Reezal mendepakan tangan ke hadapan. Lee dari pintu utama masuk dan berjalan tenang ke sisi Raven.

"Macam mana gaya aku masuk.." bangga Lee membuatkan Jamel meluat.

"H.A.M.B.A.R" Jamel mengeja dengan perlahan dengan raut wajah blur.

"Hehe..kau cemburu.." tenang Lee.

"Penghormatan kepada Seven War Lord keempat..Lana Ibrahim.." ujar Reezal tunduk kan kepalanya tanda hormat. Semua 10 Guardian juga tunduk tanda hormat,Lee pula juga tunduk dan mengetap gigi di perhatikan oleh Raven dan Jamel.

"Bang...Lana Ibrahim..bukan ke.." Aminudden berbisik perlahan dengan abangnya.

"Ah..Lana Ibrahim..Master pertama yang mengajar seni pertahan api kepada cik Ikhwan...isteri kepada pak cik Lee dan ibu kandung Siddiq..." jelas Luqman melihat reaksi Lee.

"Sevens War Lord kelima dan keenam!!..kehadapan!!.." ujar Reezal.

"Haa?..ada pelantikan Seven War Lord kelima dan keenam..? " gumam Luqman dalam hati.

"Putera negara Mentari Luqman Reezal dan Putera negara Mentari Aminudden Reezal !!" Ujar Reezal dengan nada nyaring.

"Eh..?" Hairan dua beradik itu.

Tale Of Young Prince (Chronicles Kaiser Trilogy)>>[ completel ]Where stories live. Discover now