TROUBLEMAKER...

1.7K 120 0
                                    

Kereta Mazda RX8 meluncur laju dan Ikhwan meletakkan selepas Luqman mematikan taliannya,dia menoleh ke arah Alisa yang bertanyakan apa yang berlaku dan Ikhwan sekadar tersenyum.

"Tak ada apa-apa la...ni Aila ikut macam awak la..." jawab Ikhwan tersenyum.

"Apa yang sama? Abang jangan nak cakap bukan-bukan..." kata Alisa merenung suaminya.

"Ai buat-buat lupa pulak? Dua tahun lepas awak masuk bilik saya..?" Kata Ikhwan mengerutkan dahinya.

"Hmm....err..." Alisa terdiam apabila kenangan dua tahun lepas menerjah masuk ke dalam ingatan.

"Ha...err apa? Ingat kan? Masa tu..."

"Cukup abang....dah okay,ada budak dalam kereta..."

"Budak? Umur diorang dah boleh kahwin..." kata Ikhwan selamba.

"Abang....." rayu Alisa.

"Okay....okay..abang gurau je la.."

"Haish...dah la,lepas ni mana destinasi...?" Kata Alisa mengubah topiknya,Ikhwan hanya menggelengkan kepalanya dan menekan sesuatu pada butang dashboard. Muncul papan kekunci visual maya,lantas Ikhwan menaip ayat.

"Lokasi seterusnya....England dan destinasi terakhir...." jawab Ikhwan tersenyum.

"Destinasi terakhir?" Alisa kurang faham dengan maksud Ikhwan.

"Kan dalam masa sebulan lagi,ada perjumpaan putera dan puteri..." Ikhwan mengingatkan dan Alisa mengangguk faham.

"Jadi sepupu awak Farhan Tuzeman ada sekali balik?" Soal Alisa.

"Well he have to..." jawab Ikhwan tersenyum selamba,Alisa menggelengkan kepalanya sahaja.

"Jika diingat semula....dua tahun lepas...di England perjumpaan raja...." Alisa cuba mengingatkan semula peristiwa pemberontak menyerang ketika perjumpaan raja dijalankan.

"Ezine Valentine...." kata Ikhwan berbisik perlahan,Alisa segera menyentuh tangan kirinya dan Ikhwan agak terkejut namun dia sekadar tersenyum menoleh ke arah isterinya.

Aminudden pula pada masa yang sama,sekadar menyandar dan tidak boleh bergerak kerana Alia tidur berbantalkan bahunya. Selepas Ikhwan menamatkan talian perbualan dengan Luqman,Aminudden menyedari Alia sudah terlelap di bahunya.

"What a pain....in the ass..." ujar Aminudden berbisik.

"Am....." Ikhwan bersuara dengan tiba-tiba.

"Nothing just talking to myself...hehe..." kata Aminudden apabila ditegur Ikhwan.

"Apa kau merepek ni setan? Destinasi seterusnya England....kau faham english kan?" Ikhwan menyoal.

"Faham la..kenapa?"

"Takde la...nanti kalau kau sesat lagi,senang sikit nak berkomunikasi dengan rakyat England...yela boleh tak ada masalah kan?"

"Amboi.....perli nampak?"

"Bukan perli kenyataan...tapi kalau sesat pun bukan sorang kan..sebelah tu ada buat peneman..."

"Ergh...kena lagi sedas..."

Kereta jenama Mazda model tahun 2016,meluncur menyusuri lebuhraya. Biarpun model lama kereta tersebut,namun Ikhwan mengubahsuai dengan kesesuaian zaman ini.

"Minta-minta la Hariq sihat..." ujar Alisa sendirian.

"Risau?" Soal Ikhwan tersenyum.

"Mestilah...anak kita kan?" Balas Alisa mengerutkan dahinya.

"Sabar....nanti hujung bulan kita balik,awak boleh jumpa dengan anak kita okay sayang?" Pujuk Ikhwan menyedapkan hati isterinya,bohong jika dia tidak risaukan anaknya.

Tale Of Young Prince (Chronicles Kaiser Trilogy)>>[ completel ]Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ