TRUE FEELING...

1.7K 137 1
                                    

Istana Mentari
2:47 petang

Pintu utama istana Mentari di buka perlahan, Luqman dan Aila baru pulang dari akademi serta di susuli Siddiq.

Mereka di sambut oleh dayang-dayang istana.

"Selamat pulang..." dayang Eli menunduk hormat kepada Luqman.

"Um...tolong bawakkan saya segelas jus..." ujar Luqman membuka tali lehernya,lalu menuju ke biliknya.

"Baik...putera muda" balas Eli.

Zeo muncul dari tingkat atas istana bersama Luna.

"Putera Luqman ..." panggilan Zeo memeranjatkan Luqman.

"Abang Zeo...kenapa?" Balas Luqman menoleh ke arah Zeo.

"Raja Reezal dan datuk putera muda ingin berjumpa selepas makan malam..."

"Ada pekara penting?"

"Semestinya tentang serangan pagi tadi..." Zeo mengaru kepalanya yang tidak gatal.

"Ok...lepas Isyak..." segera Luqman berjalan ke biliknya.

Selepas mereka tidak jauh berjalan Luqman memberhentikan langkahnya,membuatkan Aila juga berhenti.

"Aila...saya lupa nak bagi awak ni..." Luqman menghulurkan tangannya.

Aila segera manyambut apa yang di beri oleh Luqman.

"Kunci?" Ujar Aila melihat kunci yang di beri oleh Luqman.

"Ah...itu kunci pendua untuk bilik saya...kalau awak perlu gunakan barangan elektronik atau gadget boleh guna saya punya..."

"Um..." Aila mengangguk faham.

Aila masuk ke dalam biliknya yang berhadapan dengan bilik Luqman.

"Putera muda..." lantas satu suara menghentikan niat Luqman untuk masuk ke dalam biliknya.

"Ouh...Sugar...ada apa..?" Luqman menoleh ke arah Sugar iaitu Maid diraja.

"Cuma nak beri tahu...bahawa penjana kuasa elektrik untuk koridor ini tidak stabil...bila-bila masa sahaja ia boleh...blackout" Luqman hanya mengangguk faham.

================================

Luqman P.O.V

Aku menarik nafas panjang lalu membuka pintu bilik ayahanda dengan perlahan. Aku melihat ayanhanda aku sedang berbincang dengan datuk Solleh di atas meja yang agak besar.

"Luqman...duduk" Aku tersentak dengan nada suara yang serius di lontarkan oleh datuk Solleh kepada aku.

"Hait..." aku mula takut seperti mulut aku di kunci.

"Kamu pun masuk Aila..." Aila muncul di sebelah aku. Aku tidak sedar Aila rupanya di belakang aku selama ini. Mungkin aku takut sangat sampai tak perasaan adanya Aila...

Aku mengambil tempat duduk yang kosong di hadapan ayahanda aku, Aila pula duduk di sebelah aku dengan raut wajah yang takut.

"Luqman...ayah tak mahu cakap banyak,esok kamu akan ambil cuti...TAPI!" Nice... aku dapat cuti, seperti dalam hati aku melompat-lompat selepas mendengar perkataan cuti.

"Tapi..?" terdengar perkatan itu...seperti aku jatuh dari lompatan.

"Kamu...dan Aila akan kesan di mana artifak belati itu tersorok di akademi..." ayanhanda seperti serius dengan artifak ni kenapa?

"Artifak ini sangat berharga...usianya hampir ribuan tahun..." datuk Solleh mula bersuara seakan-akan tahu tentang artifak ni...

"Ayah akan hantar Siddiq,Aqirah dan Nazryn untuk membantu..." aku hanya mendiamkan diri sahaja.

Tale Of Young Prince (Chronicles Kaiser Trilogy)>>[ completel ]जहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें