CHAPTER 2-LUQMAN HAIR

2K 126 1
                                    

Taman istana Mentari
Sabtu

Luqman yang berbaju lengan pendek berhud,memeriksa jam tangannya melihat waktu yang terpapar jam 7:48 pagi,sambil menunggu Aila bersiap untuk keluar bersiar-siar.

Luqman mula penat berdiri,melihat sekeliling dan duduk di bawah pokok.
Luqman hampir tertidur,tetapi hadirnya suara Aila Luqman kian sedar semula.

"Awak nak tidur ke?" Ujar Aila menegur Luqman yang hampir terlelap.

"Ah tak la...awak dah siap?"

"Um...macam mana?" Ujar Aila memusingkan badannya.

"Haaa..." Luqman mengecilkan matanya sambil kilauwan bersinar-sinar di sekililingnya.

"Jadi ke tidak ni?" Soal Aila menyedarkan Luqman yang berada dalam dunia sendiri.

"Ha? Jadi,jadi..."

Luqman berdiri,menepuk-nepuk seluarnya yang kotor akibat rumput yang tersangkut.

"Jadi...awak nak naik apa?" Soal menjeling Aila dengan sebelah mata.

"Naik?"

"Yep...naik apa...Motorsikal? Bas? Taxi? Pemandu diraja? Atau train?"

"Saya tak tahu...terpulang kepada awak sahaja" Ujar Aila mengangkat bahunya.

"Ha...awak sama macam adik saya...tak pandai buat keputusan sendiri" Luqman bergerak menuju ke pintu keluar.

"Adik? Intan ke?" Soal Aila.

"Nope... she's good make decision but sometime not"

"So? Who are you talking about?"

"My Little brother "

"Adik? Lagi?" Aila bertambah hairan dengan reaksi Luqman.

"Um?...saya tak bagi tahu awak ke saya ada adik lelaki..." Luqman yang berjalan perlahan berhenti dan melihat ke arah Aila.

Aila mengelengkan kepalanya.

"Ha...saya akan jelaskan nanti... apa-apa pun kita naik train je lagi pantas" ujar Luqman sambung berjalan ke arah pintu keluar istana.

"Awak nak pergi ke tak ni?"

"Ah...tunggu saya..." Aila segera menuju ke arah Luqman dengan berlari-lari anak.

Luqman berjalan menuju ke arah pintu gerbang Istana, segera askar membuka pintu gerbang tersebut ketika melihat Luqman dan Aila menghampiri pintu gerbang.

"Have a nice trip young prince..." ujar seorang askar yang melambai ke arah Luqman.

"Ha..." Luqman membalas lambainya semula.

"Jap...sebelum itu..." Luqman menahan Aila.

Luqman menanggalkan kedua tangannya dan menyimpan di dalam poket.

Aila yang memerhati Luqman tertanya-tanya kenapa Luqman berbuat sedemikian.

"Hai...kenapa susah sangat ni!!" Berang Luqman yang cuba menyimpan sarung tangannya di poket belakang yang sempit.

Selesai Luqman menyimpan sarung tangannya, melihat Aila yang memerhati Luqman.

Luqman menyedari sesuatu terhadap Aila. Luqman tanpa sebarang kata-kata merapatkan mukanya ke arah Aila.

"Luqman ...apa yang awak?" Muka Aila menjadi merah,lalu mengelak daripada Luqman.

"Done..." Balas Luqman setelah mencabut pin rambut Aila yang berbentuk lambang negara Mentari.

Tale Of Young Prince (Chronicles Kaiser Trilogy)>>[ completel ]Where stories live. Discover now