Bab 19

3.9K 340 12
                                    

Kelihatan seorang jejaka tampan sedang terapung bersama alatan dapur yang berasaskan besi. Qaisha bersuara dengan beraninya.

"Kau buat masalah kat sini kenapa? Kau tahu tak aku ni mengandung?!"

Ikhwan menyiku Qaisha perlahan. "Tak payahlah beritahu."

Jejaka yang sedang terapung itu memandang mereka dengan wajah tenang. "Aku lapar... Tak ada sesiapa nak bagi makan."

Mata Qailina membulat. "Habis tu, kau pergi serang semua orang kat sini buat apa?"

"Nama aku Magnetis. Aku serang sebab aku tak pandai nak berinteraksi dengan orang. Aku lapar... Aku tak ada duit...." Ujar jejaka tersebut.

Salina menepuk dahinya. "Kau ni, dari planet lain ke apa ha?"

Magnetis berkata. "Ya... Eh, mana ada." Kemudian dia meletakkan segala alatan dapur yang diapungkannya ke bawah.

Ghani mengherotkan bibirnya. "Jadi, kau nak kitorang buat apa sekarang ni?"

Magnetis mengambil tempat duduk. "Masakkan untuk aku please."

Salina berpeluk tubuh. "Kalau kau nak aku masakkan, kemas tempat ni dulu."

Magnetis mengangguk, patuh. Dia mengemaskan segala benda dan meletakkan segala alatan ke tempatnya semula.

"Masakkan untuk aku sekarang." Arah Magnetis selepas duduk semula.

Salina mengambil segala bahan dan menuju ke dapur. Jap, dewan kuliah ni ada dapur? Pelik bin ajaib.

Kelentung, kelentang.

Bunyi di bahagian dapur sangat bingit dengan bunyi alatan. Magnetis sudah tidak senang duduk apabila terbau masakan.

Ikhwan duduk di lantai. Dia menguis-nguis habuk yang berada di hadapannya. "Bosannya..."

Ghani merebahkan dirinya ke lantai. "Ingatkan dapat jadi superhero sementara hari ni."

Qailina sibuk berbual bersama Qaisha. Namun, semakin lama mereka berbual, semakin itu merasa bosan meningkat.

Salina muncul sambil menatang dulang. "Siap!" Dia meletakkan dulang tersebut di hadapan Magnetis.

Jejaka itu makan dengan lahap. Licin habis pinggan tersebut.

Ghani dan Ikhwan menahan air liur daripada meleleh. "Chicken Chop... Jus Mangga..."

Qaisha menarik Ikhwan bagi berlalu pergi. "Saya pun boleh masaklah."

Qailina membuat isyarat diam. Kemudian dia bersuara. "Ada orang datang. Cepat lari." Ujarnya.

Mereka semua berlari meninggalkan tempat tersebut sebelum beberapa orang pensyarah muncul di pintu masuk dewan.

Isteriku Supernatural 2Where stories live. Discover now