Bab 5

5K 405 6
                                    

Sampai sahaja di fakulti, Ikhwan terus sahaja berlari menuju ke dewan kuliah dan meninggalkan Qaisha keseorangan terpinga-pinga.

"Erk. Dia tinggalkan aku? Hmm... Whatever." Ujar Qaisha seorang diri lalu mengambil keputusan untuk bersiar-siar di situ.

Tanpa sedar,dia sudah keluar dari fakulti. Dari kolej, kelihatan susuk manusia sedang terbang dilangit. Qaisha mendongak.

"Aik? Burung jenis apa tu? Pelik sangat tu." Soal Qaisha kepada dirinya.

Dengan perasaan yang meronta-ronta ingin tahu, dia memandang sekeliling. Tiada seorang manusia pun yang berada di situ.

"This girl, got to fly." Katanya lalu mengapungkan diri. Dengan berhati-hati, dia mendekati lembaga itu.

Qaisha terkejut. Makhluk yang sedang terbang itu ialah manusia dan dia ialah seorang perempuan yang sedang membawa beg. Dengan berani, dia menyapa.

"Hai. Boleh saya tahu, awak ni siapa?" Tanya Qaisha dari belakang gadis itu.

Gadis itu tersentak. Dia berpaling dengan perlahan-lahan. Air mukanya berubah.

"Aaahh!!! Hantu!!!" Jerit gadis itu sambil menuding ke arah Qaisha.

Qaisha ketawa tanpa merisaukan jeritan gadis itu. "Saya yang patut jerit macam tu tau."

"Awak ni siapa?" Soal gadis itu terketar-ketar.

"Awak ni siapa?" Soal Qaisha semula.

"Saya tanya awak dulu." Gadis itu masih menggigil. Dia memandang bawah.

Qaisha tersenyum. "Saya Qaisha." Dia menceritakan segalanya termasuk asal usul dirinya. "Awak ni siapa?"

Selepas mengetahui asal usul Qaisha, gadis itu tersenyum. "Hah, lega saya dengar. Ada juga orang macam saya. Saya ingat, lepas ibu bapa saya meninggal, saya dah kehilangan semuanya."

Segera gadis itu memeluk Qaisha. Qaisha tercengang.

"Apa maksud awak?" Tanya Qaisha dengan nafas yang tersekat.

Gadis itu melepaskan pelukan. Lalu,dia membuka mulut. "Nama saya Athirah Qailina. Sama macam awak!"

Qaisha menutup mulutnya. "Keturunan Q- Qa- Qai?"

Gadis itu mengangguk laju. Kemudian, dia menceritakan kisah hidupnya yang sadis.
(saya malas nk cerita)

Qaisha mengangguk faham dalam kedudukan bersila namun terapung. Qailina juga begitu.

Dari bawah, kelihatan seorang jejaka tampan sedang mencari sesuatu. Kemudian, dia mendongak lalu menyeringai.

Dia menjerit. "Qaisha sayang, buat apa dekat atas tu? Mari turun."

Qaisha menunduk. "Eh! Abang?!" Dia mengangkat kepala memandang Qailina. "Errr... Abang saya dah sampai. Nanti jumpa lagi."

"Okey." Jawab Qailina gembira.

Selepas bersalaman, Qaisha turun ke bawah selepas memastikan tiada sesiapa melihat.

"Sayang... Buat apa kat atas tu?"Soal Ikhwan.

'Nampaknya dia tak nampak Qailina.' Bisik hati Qaisha.

"Ambil angin sikit... Jap, sekejapnya kelas abang!" Ujar Qaisha dengan riak terkejut.

Ikhwan ketawa. "Sayang yang lama sangat kat atas tu. Dah, jom pergi kafe."

"Okay." Jawab Qaisha lalu mengiringi suaminya.

Manakala di atas, Qailina sedang tersenyum sinis melihat Qaisha.

"Aku dah jumpa keturunan Qai."

•••••

Pukul satu petang...

Qaisha berlari-lari menuju ke kelasnya. Tiba-tiba, dia terlanggar seseorang.

"Aduh!" Adu Qaisha.

"Maaf." Pohon seseorang lalu menghulurkan tangan.

Qaisha mengangkat kepala. Kelihatan seorang pemuda sedang tersenyum ke arahnya.

"Takpe, saya boleh bangun sendiri." Ujar Qaisha lalu bangun. "Nak pergi mana ni?"

Pemuda itu tersenyum. "Nak pergi kelas bahasa Jepun."

"Eh! Sama kelaslah kita..." Kata Qaisha, ramah. Dia tersenyum.

Pemuda itu tersentak tatkala terlihat senyuman Qaisha. "Ahh... Err... Nama saya Ghani."

"Nama saya Nur Qaisha Amalina. Saya... Pergi dulu. Bye!"

Qaisha berlari dengan laju menuju ke kelasnya.

Pemuda itu terkejut. "Laju gila dia lari. Macam aku."

Sampai sahaja di hadapan pintu dewan kuliah, Qaisha tercungap-cungap mengambil nafas.

Seorang pensyarah perempuan memandangnya. "Oh! Pelajar baru kita hari ni nampaknya, datang lambat."

Qaisha tersengih lalu menuju ke tempat duduk yang berada di belakang sekali tanpa memandang sang pensyarah.

"Baik, kenalkan diri kamu." Kata pensyarah itu.

'Macam sesi perkenalan pula.' Bisik hati Qaisha.

Belum sempat dia memandang pensyarah itu, pemuda yang terlanggarnya tadi memasuki dewan dengan selamba. Dia mengambil tempat di hadapan sekali.

"Teruskan." Arah pensyarah itu.

Qaisha memandang pensyarah tersebut. "Nama say-" Dia tekedu sebelum menghabiskan kata-kata.

Pensyarah yang sedang memandangnya itu tersenyum manis.

"Ka- Kakak?"

♪♪♪♪♪

Akhirnya... Periksa akhir tahun sudah pun habis... Dapatlah saya update cerita...

Isteriku Supernatural 2Where stories live. Discover now