LITD2 // 21

1.6K 162 14
                                    

"Soo Nie... Macam mana Soo Nie boleh ada dekat sini?"

Ji Min bersuara lemah seraya berusaha untuk bangun dari baringnya. Tangannya yang digari kebelakang menyukarkan Ji Min untuk bergerak bebas. Soo Nie menolong suaminya untuk duduk.

Tae Hyung yang menyaksikan kisah cinta yang terjadi di hadapannya berpaling seketika. Tae Hyung mahu memberi ruang buat Soo Nie.

Soo Nie mengusap kedua belah pipi suaminya. Mata Ji Min ditatap sepenuhnya. Perasaan sayang serta kasihan bercampur aduk waktu itu.

Ji Min mengerti keadaan Soo Nie. Jika boleh dia tak nak Soo Nie melihat keadaannya sekarang. Keadaan yang sama seperti setahun lalu.

"Mi-mianhae Soo Nie... Mianhae..."

Ucap Ji Min tergagap gagap. Soo Nie menggeleng laju terus mendakap erat tubuh Ji Min. Bersama menangisi ujian yang menimpa mereka.

Soo Nie mengenggam bahu Ji Min. Anak mata Ji Min kembali ditenung. Hatinya berkata untuk menjanjikan sesuatu agar Ji Min segera terlepas dari seksaan ini.

Serta merta bahu Soo Nie disentuh. Soo Nie berpaling dan Tae Hyung memadang dia dengan wajah serius.

"Puan... Kita kena pergi sekarang"

Ujur Tae Hyung lembut. Soo Nie mengeluh panjang. Rindunya masih belum habis lagi. Dia memandang Ji Min pula. Ji Min menganggukkan kepalanya.

"Saya okay... Jangan risau"

Tanpa menunggu masa Tae Hyung menarik Soo Nie jauh dari Ji Min. Soo Nie menurut. Untuk seketika, Tae Hyung dapat merasakan saat sentuhan mereka terpisah.

Wajah Soo Nie dipandang. Wanita itu menunduk dan jelas menunjukkan betapa peritnya terpisah bersama orang yang sayang.

Tae Hyung membawa Soo Nie kembali ke bilik yang ditempatkan dia. Wanita itu masih menundukkan wajahnya dan setitis air mata mengalir. Soo Nie jatuh terduduk.

Tae Hyung mengeluh. Lalu mendekati Soo Nie. Bahu Soo Nie disentuh bagi menyalurkan kekuatan.

"Maafkan saya Puan, saya betul betul minta maaf"

Ujur Tae Hyung pada Soo Nie. Soo Nie menarik nafas dalam. Dia tidak mahu kelihatan lemah lagi. Air mata yang mengalir di sapu. Tak tak! Soo Nie tidak akan mengalah.

Pandangan Tae Hyung dibalas lalu senyuman perit diberi walaupun terasa berat. Tae Hyung mengetap bibir. Bahu Soo Nie masih setia dalam pegangannya.

"Puan tak ada kawan yang bantu Puan?"

Soalan Tae Hyung itu membuatkan Soo Nie berfikir sejenak. Jung Kook. Nama itu terlintas di dalam fikirannya. Tae Hyung bangun. Kata semangat diberi dan Tae Hyung berlalu pergi.

Lantas Soo Nie mengeluarkan telefon bimbit milik Ji Min. Nama Jung Kook dicari.
✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘

Jung Kook menolak kasar segala kertas kerja yang terdapat di atas mejanya. Panggilan dan pesanan ringkas dari Soo Nie tadi benar benar mengusutkan fikirannya.

Ji Hae datang menerpa suaminya. Dari belakang Ji Hae memeluk tubuh Jung Kook. Berharap kemarahan suaminya reda. Nafas Jung Kook mula tidak teratur.

"Saya tak boleh Ji Hae! Awak tahukan Ji Min tu buat apa pada saya dulu? Pada awak? Pada kita?!"

Mungkin Ji Hae sudah boleh memaafkan Ji Min akan perbuatannya dahulu. Tapi bukan Jung Kook, Hatinya masih sakit dengan kisah silam yang dicipta oleh Ji Min.

Ji Hae mengangguk tanda mengerti.

"Ya saya tahu, tapi itu semua dah lepas Jung Kook... Awak kena lupakan dan cuba belajar memaafkan seseorang"

Lembut Ji Hae memujuk Jung Kook. Jung Kook membisu sementara. Matanya mula terasa berkaca. Jung Kook berpaling dan wajah Ji Hae ditatap.

Kedua belah pipi isterinya diusap. Anak mata bertembung dan Jung Kook seolah tidak dapat menolak permohonan Ji Hae. Ji Hae menolak rambut Jung Kook kebelakangan.

"Tolong? Untuk saya? Untuk Soo Nie?"

Saat nama Soo Nie disebut, hati Jung Kook mula terasa terbelah bagi. Sama ada mengikut hati atau perasaan ego yang mengusai Jung Kook kelak. Kelopak mata Jung Kook ditutup seketika.

Dengan perlahan Jung Kook mengangguk. Ji Hae mengucapkan kata syukur lantas. Tubuh suaminya didakap erat. Jung Kook mengusap rambut Ji Hae.

"Terima kasih Jung Kook, Tolong lindungi Soo Nie macam mana awak lindungi saya dahulu"

Pinta Ji Hae pada Jung Kook. Jung Kook mengangguk lemah. Perasaan gelisah juga mula menguasai kerana kini dia bakal menjadi peguam pada musuh lamanya.

✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘

Puan Soo Nie, awak ada pelawat"

Seorang anggota polis membuka pintu buat Soo Nie. Wajah Soo Nie berkerut. Omma Appa? Tak mungkin. Dengan segera Soo Nie melangkah keluar dari balai dan pergerakan Soo Nie terhenti.

Han Bin tersenyum sinis memandang dia. Serta merta perasaan benci dan marah mula menyelubungi diri Soo Nie. Soo Nie tahu segala perkara ini bermula dari Han Bin!

Han Bin punca utama Ji Min masuk penjara. Han Bin mengusap rambut Soo Nie dan menolak kebelakangan. Mata Soo Nie tajam merenung wajah lelaki itu.

"Soo Nie... I miss you so much"

Soo Nie menolak kasar lengan Han Bin. Tak sanggup dirinya disentuh oleh jejaka itu sekali lagi. Han Bin menghadiahkan lagi sebuah pandangan yang penuh dengan sindiran. Seolah rasa kini kemenangan dan Soo Nie miliknya.

Kemarahan Soo Nie kian di memuncak. Soo Nie mengangkat tangannya dan mula dihayun pada wajah Han Bin. Dengan pantas Han Bin menangkap pergelangan Soo Nie.

"Kau ingat kau boleh lari dari aku Soo Nie?! Bukan ke aku dah cakap kau selamanya milik aku dan tak akan menjadi milik sesiapa?!"

Han Bin memberi amarah keras kepada Soo Nie. Soo Nie menarik lengannya kasar dan mula menjarakkan dirinya jauh dari Han Bin. Han Bin mendekati Soo Nie. Han Bin tergelak bagai orang kurang siuman.

"Kau nak aku lepaskan kau? Lepaskan Ji Min?"

Soo Nie merenung dalam wajah Han Bin. Han Bin semakin mendekati tubuh Soo Nie dan membisikkan sesuatu ditelinga Soo Nie. Soo Nie merengus geram lantas menolak tubuh han Bin kasar.

Jika Soo Nie mampu mengeluarkan perkataan pasti pelbagai ayat dilontar pada Han Bin. Soo Nie mengangkat tangan meminta Han Bin segera beredar.

Han Bin masih setia dengan senyuman sinis. Han Bin menurut kehendak Soo Nie dan lelaki itu berjalan jauh meninggalkan Soo Nie. Han Bin berpaling seketika.

"Ingat Soo Nie, itu je peluang yang kau ada"
Bersambung...

Hai readers, Assalamualaikum. Sejak menjak ni Kyung banyak sangat rasa sakit kepala plus malas nak update pun ada. Haha. Maaf atas super slow update.

Cerita ni dah makin mengarut T.T rasa nak delete pun ada... Kyung janji next chapter is last chapter sorry sebab terlampau banyak cliche. Thanks sebab setia menanti dan baca. Saranghae!

Oh ya, lagi satu meh baca story dia? meya_kim Serius best! 💕 hopefully awak suka dan berikan sokongan kat dia. Nae?

Salam sayang,
Kyungru




Butterfly. Pt 2 | pjmWhere stories live. Discover now