LITD2 // 1

3.8K 265 13
                                    

"Park Ji Min.. mungkin ini kedengaran pelik. Tapi awaklah cinta sejati saya"
_____________________________________

Ji Min bangun dari tidurnya. Matanya memandang ke arah tingkap besi kecil yang berada di atas. Terdapat sedikit cahaya menerjah masuk kedalam sel lokapnya. Mungkin sudah pagi. Ji Min memeluk tubuhnya. Walaupun pagi namun keadaan dan suasana di sini masih sejuk.

Perut Ji Min berkeroncong. Menandakan dirinya benar benar kebuluran. Hampir 2 hari dia tidak diberi makan dan hanya diberi minum air putih.

Ji Min bangun untuk melihat ke arah luar sel. Berharap ada penjaga disini bersimpati untuk memberinya sedikit walau sesuap makanan untuk dijamah. Hampa. Penjaga disitu tidak ambil endah dan menyeksa Ji Min dengan kelaparan.

Ji Min melihat dirinya. Tubuh Ji Min tersarung baju berwarna oren khas untuk banduan sepertinya. Dan ya, Hampir satu tahun Ji Min meringkuk dalam penjara hanya kerana dulu dia seorang yang tidak berperikemanusiaan terhadap insan yang lemah.

Tamak dan mementingkan diri sendiri. Akhirnya Ji Min jatuh kedalam kegelapan yang mungkin tiada penghujungnya. Ji Min mula menangis menyesal dengan perbuatannya dahulu.

Flashback //

"Oppaaaa!" Jerit Ji Hae apabila melihat Ji Min bersedia untuk menamatkan riwayat Jung Kook. Sebutir peluru tepat terkena pada betis Ji Min. Pisau di tangannya terlepas dan Ji Min redah di atas jalan.

Polis memegang kedua tangan Ji Min dan dikunci mengunakan gari besi. Nafas Ji Min terasa pendek. Dengan kasar Polis mengangkat tubuh Ji Min dan di masukkan ke dalam kereta.

Kes Ji Min akhirnya berakhir dengan hukuman penjara selama 5 tahun dan sebatan sebanyak 10 kali. Semuanya kerana cubaan membunuh dan menyeksa kehidupan seseorang.

___________________________________

Hampir setiap hari Ji Min menangis menyesal. Jikalau waktu boleh diundur Ji Min janji akan berubah ke arah yang baik. Namun segalanya sudah terlambat. Perkara sudah jadi dan Ji Min harus akur dengan takdirnya sekarang.

Ji Min menghela nafas berat. Hampir satu tahun duduk disini memang satu penyeksaan dalam hidupnya. Dikerah untuk melakukan pelbagai kerja tanpa makanan secukupnya dan dipaksa untuk tidur dalam sel sejuk dan gelap gelita tanpa cahaya.

Setiap kali Ji Min membuka mata, dia berharap dia berharap dia berada tempat yang lebih baik. Bagaimana keadaan ibu dan ayahnya? Jung Kook dan Ji Hae pula? Jujur dia mahu memohon maaf kepada semua insan yang pernah dia sakiti lebih lagi Song Ji Hae. Wanita yang dia rosakkan dan akhirnya bahagia bersama Jung Kook.

Ji Min mahu balik ke Busan! Ji Min mahu berubah. Ji Min tak mahu dan tak sanggup melalui hari hari yang akan datang disini. Ji Min mahu mulakan kehidupan yang lebih baik. Dan bahagia disamping keluarga. Tetapi.. bagaimana?

Ibu Ayah Ji Min tidak tahu tentang dirinya di Seoul. Mungkin mereka tahu dia sudah disumbat ke dalam penjara dan Ibu Ayah Ji Min tidak mahu mengaku dia anak lagi? Ah! Ji Min kusut memikirkan tentang ini. Sekali lagi Ji Min mengalirkan air mata.

Tung! Tung! Tung!

Sel besi penjara Ji Min diketuk. Cepat cepat Ji Min menyapu air matanya dan menoleh ke arah depan.

"Park Ji Min, Awak dibebaskan kerana seseorang telah ikat jamin diri awak" Penjaga itu bersuara sambil membuka kunci sel Ji Min. Mata Ji Min terbuka luas. Seolah sebuah mimpi apabila dinyatakan sebegitu.

Perlahan-lahan Ji Min menapak keluar. Penjaga tersebut membawa Ji Min ke sebuah bilik yang dikhaskan untuk berjumpa dengan tetamu banduan.

Hati Ji Min terdetik dan tertanya siapa yang ikat jamin dirinya? Seseorang yang dia kenal ke? Daun pintu dibuka.

Sekali lagi mata Ji Min terbuka luas. Puan dan Tuan Park berada di dalam bilik tersebut. Perlahan lahan air matanya gugur. Rupanya Ibu dan ayahnya yang mengikat jamin.

"Omma! Appa!"

Hanya itu sahaja yang mampu Ji Min bersuara. Ji Min mendakap erat Ibunya. Sungguh dia rindukan belaian kasih seorang ibu kepada anak.

"Min minta maaf Omma.. Min betul betul menyesal! Maafkan Ji Min" rayu Ji Min. Teresak esak Ji Min bersuara.

"Ya sayang, Omma sudah lama maafkan sudah sudah" Puan Park memujuk Ji Min dan mengusap belakang Ji Min. Ji Min melepaskan pelukan. Giliran ayahnya pula didakap.

"Appa, Maafkan Ji Min sebab kecewakan Appa"

Tuan Park hanya senyum nipis. Ditepuk perlahan bahu Ji Min. "Sudahlah Ji Min. Janji Ji Min hendak berubah dan kembali ke jalan yang betul itu sudah cukup buat Appa bangga"

Ji Min kehairanan. Kenapa Ibu dan Ayahnya langsung tidak marah dan menengkingnya? Malah mereka melayan Ji Min sama dan tidak berubah seperti dulu.

"Sudah, mari kita balik ke Busan" Appanya bersuara. Akhirnya, Ji Min mampu menarik nafas selega leganya dan dapat melihat dunia luar kembali.

Ji Min bernekad. Tidak akan kembali ke sini semula dan mahu mulakan kehidupan yang baru.

Bersambung...

Butterfly. Pt 2 | pjmWhere stories live. Discover now