LITD2 // 17

1.6K 186 18
                                    

Park Soo Nie dan Park Ji Min saling berpandangan. Pakaian pengantin tersarung di tubuh mereka dan mereka kelihatan sangat sepadan.

Mungkin sudah menjadi takdir antara mereka. Ji Min menghadiahkan senyuman buat isterinya manakala Soo Nie malu malu untuk membalas pandangan Ji Min.

"Dah sedia?"

Ji Min menyoal Soo Nie. Soo Nie memejamkan kelopak matanya seketika dan memaut lengan Ji Min. Soo Nie turut tersenyum.

Pintu dewan terbuka. Hamparan karpet merah terbentang luas buat pasangan pengantin baru. Tetamu semua berdiri memberi penghormatan dan bertepuk tangan tanda tahniah pada dua merpati.

Ji Min tersenyum lebar apabila saudara mara dan rakan rakannya yang jauh datang untuk menyambut majlis perkahwinannya.

Langkah mereka diatur ke ruang meja pengantin dan acara makan sambil memberikan ucapan tahniah dijalankan.

Semuanya berjalan dengan lancar. Tanpa sebarang gangguan dan kucar kacir. Seluruh tetamu yang hadir turut gembira dan memeriahkan suasana majlis perkahwinan Ji Min dan Soo Nie.

Tuan dan Puan Park adalah orang yang paling gembira dan bahagia saat itu. Melihat kedua buah hatinya sedang berlamun cinta sesama sendiri.

Syukur kepada Tuhan, Ji Min dihadiahkan seorang gadis yang terlalu baik dan mampu mengubah kehidupan Ji Min ke arah yang lebih cerah. Lupakan kisah lama dan buka buku baru untuk masa yang akan datang.

Ji Min mengenggam jemari Soo Nie. Berjanji akan mengubah sedikit demi sedikit buat Park Soo Nie. Isterinya yang sah.

✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘

Soo Nie mundar mandir dari katil, ke sofa yang terletak di dalam bilik itu. Bilik yang disediakan oleh Puan Park setelah dia berkahwin.

Ruang bilik itu lebih besar berbanding bilik bujangnya dahulu. Ji Min berada di luar mungkin berbual dengan saudara maranya yang beransur pulang. Hanya Soo Nie sahaja mahu masuk ke dalam bilik cepat kerana terlalu penat.

Hati Soo Nie berdebar menantikan ketibaan Ji Min. Risau akan malam yang akan menyaksikan mereka berdua benar benar menjadikan hak milik masing-masing.

Soo Nie duduk di birai katil. Tubuhnya tersarung baju tidur sutera hadiah dari Tuan Park sempena hari perkawinannya. Tangannya menguis guis selimut tebal yang terbentang di atas katil.

Serta merta bunyi pintu bilik terbuka. Jantung Soo Nie seolah melompat keluar saat itu. Terpacul wajah jejaka yang ditunggu akhirnya.

Ji Min menutup pintu dan dikunci pada tombolnya. Soo Nie menelan liur. Ji Min merenung Soo Nie dan Soo Nie merenung Ji Min. Mereka kaku pada tempat masing-masing.

Suasana kekok menguasai ruang bilik mereka. Ji Min berdehem.

"Kalau awak nak tidur dulu, tidurlah"

Kini dari perkataan 'kau aku' ditukarkan kepada 'saya awak' agar kedengaran lebih lembut. Ji Min mahu berubah. Ji Min memberi 'lampu hijau' buat Soo Nie terlebih dahulu.

Tanpa menunggu masa, terus Soo Nie menarik selimut dan memasukan seluruh badannya ke dalam selimut. Ji Min tersenyum melihat gelagat isterinya.

Setelah selesai Ji Min membersihkan dirinya dan menukar pakaian, Ji Min menutup lampu bilik. Hanya lampu meja masih menyinari ruang bilik mereka.

Ji Min menarik selimut dan baring bersebelahan Soo Nie. Ji Min membuka kain selimut yang menutup wajah Soo Nie.

Soo Nie sedang lena tidur dibuai mimpi. Kini baru Ji Min berpeluang menatap wajah isterinya dengan lebih dekat.

Butterfly. Pt 2 | pjmWhere stories live. Discover now