LITD2 // 15

1.6K 183 10
                                    

Sekuntum bunga Cherry blossom jatuh tepat ke telapak tangan Soo Nie. Soo Nie merenung bunga tersebut. Masih segar dalam ingatannya kenangan dia bersama Ji Min suatu masa dahulu.

Jikalau Ji Min kenal siapa dia, bagaimana hubungan mereka sekarang? Dari dulu sampailah sekarang. Persoalan itu yang bermain dalam benak fikiran Soo Nie.

Bukan Soo Nie sengaja merahsiakan identitinya. Cuma keadaan yang menjadi mereka tidak sesuai untuk berterus terang.

Soo Nie mengeluh seketika. Fikirnya terimbas kembali perbincangan antara dia dan Han Bin beberapa hari lepas.

"Kalau kau tak tinggalkan dia! Aku sendiri yang buatkan dia tinggal kau!"

Soo Nie memejamkan matanya seketika. Mampu ke dia tabah untuk hari yang akan datang nanti? Soo Nie perlulah Ji Min dan Hanbin penghalang utama mereka.

Bahu Soo Nie sentuh dan Soo Nie mengangkat wajahnya. Terpacul wajah Hanbin sedang merenung Soo Nie.

"Kau dah sedia?"

Soalan Hanbin itu membuatkan Soo Nie mengeluh berat. Mungkin Hanbin bukan yang terbaik, namun Soo Nie kenal Hanbin bagaimana.

Jika Soo Nie menurut segala permintaan Hanbin, Hanbin berjanji tidak akan menyakitkan Soo Nie. Sejak dari dahulu lagi, Hanbin gilakan Soo Nie.

Hanbin mahu jadikan Soo Nie milik dia seorang. Namun cara Hanbin itu salah. Hanya kerana itu, Hanbin sanggup membunuh kakak dan abang iparnya sendiri iaitu ibu bapa Soo Nie.

Hanbin membawa gadis itu jauh dari keluarga mereka dan memaksa Soo Nie melakukan perkara keji.

Akibat tekanan perasaan yang melampau, Soo Nie disahkan bisu pada usia 16 tahun. Mungkin kedengaran gila, namun itulah takdir kehidupan Soo Nie.

Sehinggalah pada usia 19 tahun, ketika Soo Nie sedang lari daripada 'pelanggan' Hanbin, kereta Tuan Park hampir terlanggar Soo Nie di tengah jalan.

Tuan Park tergamam seketika pada waktu itu setelah melihat Soo Nie merayu agar bawanya jauh. Terus dibawa gadis itu pulang ke Busan dan mulakan hidup baru.

Hanya Soo Nie sahaja tidak percaya bahawa lelaki tua yang menolong dia keluar dari sengsaranya itu Ibu bapa kepada Ji Min.

Lelaki yang dia tunggu sejak dari dulu lagi. Hanya kerana terlalu rindu, Soo Nie yang meminta Puan Park agar menjamin Ji Min dari penjara.

Dan mujur Puan Park memahami Soo Nie. Semuanya berlaku secara kebetulan dan mungkin takdir yang memahami mereka.

Han Bin mengenggam jemari gadis itu erat. Soo Nie sekadar menurut. Malas mahu berdebat lagi dengan Han Bin. Semuanya dilakukan atas kerelaan sendiri.

Langkah mereka mula memasuki lapangan terbang dan menghampiri balai pelepasan. Soo Nie menoleh untuk seketika. Sejujurnya dia tidak mahu berharap. Segala urusan di uruskan oleh Han Bin sendiri.

"Soo Nie!"

Suara yang amat Soo Nie kenali bergema memanggil Soo Nie. Sekali lagi Soo Nie menoleh. Terpancar cahaya harapan pada wajah Soo Nie. Ji Min datang mendekati mereka.

Dengan pantas Ji Min menarik Soo Nie dari pegangan Hanbin. Hanbin terpapar seketika dan hatinya mula membara.

"Soo Nie... Kajima..."

Pinta Ji Min sambil mengusap lembut kepala Soo Nie.

"Soo Nie! Kau dah janji dengan aku kau akan ikut aku kan?!"

Jerit Hanbin pada Soo Nie yang sedang dalam pelukan. Soo Nie mula mengalirkan air matanya. Kini dia tersepit antara dua.

Han Bin mengetap bibir menahan geram merenung pasangan tersebut. Mula rasa cemburu campur marah menguasai diri Han Bin.

"Jom! Ikut aku!"

Han Bin menarik Soo Nie kembali melepaskan pelukan mereka. Ji Min tidak berdiam diri lantas mengenggam pergelangan tangan Soo Nie agar tidak jauh darinya.

Langkah Han Bin terhenti. Terjengil matanya dengan kelakuan Ji Min yang menghalang segala usahanya.

Han Bin mendekati Ji Min dan menolak kasar tubuh Ji Min. Serta merta ingatan Ji Min tentang lelaki yang menunjal kepalanya dahulu terimbas.

Rupanya lelaki itu adalah Hanbin sendiri. Ji Min menarik Soo Nie agar berdiri di belakangnya.

"Langkah mayat aku dulu, baru kau boleh ambil Soo Nie!"

Ji Min memberi amarah dengan berani. Tiada lagi sikap hormatnya pada Han Bin suatu masa dahulu. Kemarahan Han Bin yang semakin kemuncak mula terasa hendak meletus.

Han Bin meraup rambutnya kasar dan dengan laju satu tumbukan dilepaskan kuat tepat pada perut Ji Min.

Ji Min mengerang kesakitan seketika. Air mata Soo Nie bertambah deras mengenggam baju Ji Min. Matanya memanah tajam ke arah Han Bin.

Lantas Soo Nie menolak tubuh Soo Nie kasar dan menumbuk numbuk bidang dada Han Bin. Han Bin menjerit dan mengenggam kuat bahu Soo Nie.

Tindakan Soo Nie terhenti. Orang sekeliling yang memerhati mereka tidak dipedulikan.

"IKUT AKU!"

Gertak Han Bin kepada Soo Nie. Han Bin tidak mahu berlembut lagi. Lantas menarik kasar pergelangan tangan Soo Nie.

Namun dengan pantas Ji Min bangun dan menarik bahu Hanbin dan satu tumbukan melayang pada wajah Hanbin. Segalanya berlaku dengan pantas.

Ji Min mengundur seketika. Matanya terasa berpinar. Perutnya yang masih terasa dipegang. Ji Min jatuh terbaring di tanah.

Bersambung...

Stick note.

I got a little stress while i'm writing this part. So I'm really sorry if this part not as you hope it. But if you read this, i pretty sure you read it until end XD thank you so much Bananas! Have a good day everyone.

Love and hug,
Kyungru

Butterfly. Pt 2 | pjmWhere stories live. Discover now