bab 3

2.1K 61 0
                                    

Aisya meletakkan fail yang baru didapatinya daripada setiausaha Tan Sri Yunus.Otaknya padat dengan isi fail tersebut.Bebanan makin menekan dirinya.Sesekali jemari mengurut batang hidungnya.
Keriukkan pintu ditolak dari luar mengganggu konsentrasinya.Kepala didongakkan.Wajah Armand,lelaki bongkak itu merangkap musuh sejak kecil terjengul.
“Kalau nak bodek atuk sekalipun....tak perlulah buat orang tua tu risau kau tak keluar makan.”sinis suara Armand menjengah telinga Aisya.
Aisya menepuk dahinya.Terlupa pula janji untuk makan tengah hari dengan Tan Sri Yunus.Pantas ditutup fail tadi,tangannya mencapai beg tangan yang terletak dibawah meja.
Armand masih membatukan diri di pintu menghalang laluannya.

“Excuse me...”ujar Aisya.
“Owhhh..dah pandai speaking...eh lupa pulakkan..atuk dah hantar kau belajar.Hurm,berbaloi jugaklah kan atuk habiskan duit sekolahkan kau...sekurang-kurangnya boleh speaking dengan aku yang...”
“Stop it,saya nak keluar makan dengan atuk,so...”Potong Aisya.
Aisya tahu tiada gunanya terus bertegang urat dengan lelaki seperti Armand yang tidak pernah sebulu dengannya sedari kecil.Ada sahaja yang tidak kena dengannya.Aisya dengan selambanya merempuh tubuh Armand yang menghalang laluannya.Beraduh lelaki itu.
“Eh,kau ni apahal..main langgar-langgar pulak.”Ujar Armand seraya beriringan berjalan dengan Aisya.
“Padan muka,siapa suruh halang jalan.”Balas Aisya lalu mempercepatkan langkahnya.Pasti Tan Sri Yunus sudah menunggu lama.Kalau terus dilayan sikap dingin Armand,pasti sampai ke esok tidak sudah.

“Man,atuk tak tahu dah berapa kali atuk cakap.Tolonglah tinggalkan tabiat buruk kamu tu.Tahu tak setitik air haram tu masuk kebadan kamu,40 hari amalan kamu tu Tuhan tak terima.Taubatlah cu...”Suara Tan Sri Yunus umpama angin yang berdesir lalu di anak telinga Armand.Ketika itu Armand sedang mengenakan kasut untuk keluar.
“Atuk,rilek laa,nanti bila sampai masanya...Man stop laa,atuk ni bising pulak”Balasnya lalu meluru ke keretanya,dia sudah lambat untuk menjemput Syarina,model dari Melaka yang baru dikenalinya semalam.
Tan Sri Yunus hanya mampu melepaskan keluhan.Termenung orang tua itu dimuka pintu.Ingatannya kembali ke 26 tahun lalu.Anaknya,Zarina pulang dengan seorang lelaki mualaf warga belanda dan seorang bayi comel.Rasa gembira dan marah bercampur baur,anak yang tidak pulang hampir 5 tahun kini kembali bersama dengan seorang suami.
Dia cuba menerima kehadiran lelaki belanda itu didalam keluarganya,tidak kurang rakan seperniagaan yang mengutuknya...murtadlah,tidak memartabatkan bangsa melayulah..ini semua gara-gara anaknya menikahi warga asing.Paling memilukan anak dan menantunya kemalangan ketika pulang daripada bercuti di Pahang,hanya cucunya sahaja yang selamat.Armand Jericho,raut wajah pemuda itu bermain  di tubir mata Tan Sri Yunus

"Cinta Di Hati Aisya"Where stories live. Discover now