B

20 0 0
                                    

"Assalamualaikum. Nama saya Syazida Mizan binti Amir. Kamu semua boleh panggil saya Dami." aku perkenalkan diri aku.

Kenapa Dami? Kenapa bukan Ida ataupun Mizan ataupun nama lain? Jawapannya adalah sebab.... DA dari Syazida dan MI dari Mizan digabungkan menjadi Dami. Dan aku memang sukakan nama itu. Nampak macam Korea sangat! Berangan lah asyik nak pergi Korea je. Harapan.

Jadi, hari ini adalah hari pertama kursus memasak yang aku akan ikuti untuk mengisi masa lapang aku setelah tamatnya sesi persekolahan tahun ini. Sementara menunggu result lah katakan.

Sebenarnya aku tidaklah berminat sangat dengan memasak dan apa-apa yang melibatkan aku untuk pergi ke dapur. Kecuali, makan. Yang itu memang aku minat.

Encik Amir yang daftarkan aku untuk mengikuti kursus memasak ini. Aduh ayah. Sudah diberitahu berkali-kali bahawa aku tidak mahu untuk terlibat dengan kursus ini, tetapi tetap tidak didengarnya.

Katanya, "awakkan anak dara, kenalah pandai memasak. Ini tidak, pergi ke dapur pun untuk makan je. Macam mana nanti awak nak kahwin ha cik Mizan?" Terngiang-ngiang pula kata-kata ayah itu. Pening aku dibuatnya.

Aku sebenarnya mahukan kebebasan. Aku nak luaskan lagi minat aku terhadap muzik. Ya, aku memang minat muzik. Aku menghadiri kelas muzik di Yamaha dalam bidang Drum. Tetapi aku sudah berhenti disebabkan oleh peperiksaan PT3 yang bakal aku hadapi pada waktu itu. Aku memang betul betul mahu sambung kelas drum itu. Tapi, apakan daya... kena jugalah pergi kelas memasak tu. Aku tak mahulah jadi anak derhaka hanya disebabkan oleh sebuah set besi keluli itu.

Jadi hari ini adalah hari pertama aku ke sini. Dan hari ini jugalah hari pertama aku bertemu dengan seorang putera yang sangat comel seperti Taeyong dari NCT. *eh* takdelah mirip sangat tapi dia cute sangat!

Aku sempat bertegur sapa dengan dia. Namanya Dani Imran. Orangnya tinggi, badannya sedang-sedang, berkulit sawo matang, handsome dan comel apabila senyum. Tidak boleh dinafikan, dia memang lelaki yang diimpikan oleh orang ramai. Korea sangat. Tak rugilah aku datang belajar dekat sini. Sambil-sambil belajar , sambil-sambil cuci mata! Tak perlu lagi pergi ke Korea, Korea dah ada depan mata! Haha

SemuaKde žijí příběhy. Začni objevovat