A

29 0 0
                                    

Hari ini sangat panas. Aku bagaikan bermandi peluh. Perjalanan kami yang mengambil masa selama 5 minit itu terasa seperti sudah berjalan selama 20 minit. Patutla kawan kawan aku ingin ke kedai abc berdekatan sekolah hari ini.

Semasa kami berjalan menuju ke gerai abc tersebut, aku mengetuai perjalanan kami itu dengan berada di hadapan.
Lia memanggil , "Weh pandang sini jap ami."
Aku menoleh. Lantas mereka baling sebiji telur dan juga sedikit tepung ke arah muka aku.

"Happy Birthday Dami!! dah tua dah kau sekarang ! May Allah bless you, kiteorang sayang kau." Kata kawan kawan perempuanku itu.

"Tapi.."

"Tapi apa dami? Kau tak suka ke kami buat macamni dekat kau. Penat tau Mira dengan faha beli benda ni semua dekat kedai makcik bawah tu"

Aku menidakkan kata kata lia. "Tidak, bukan begitu lia, mira, faha,idot. Cuma.. cuma.. a...ak.. aku punya hari jadi bulan depan. Kenapa...."

"Biar betul!? Mati mati kami ingat harini birthday kau.. ruginya telur dengan tepung tu. Kalau aku tau tadi tak ada la aku membazir, aku boleh ja buat kek guna bahan tu. Haih dami..." kami semua tertawa mendengar keluhan faha .

Sini aku cerita sikit tentang kawan-kawan aku.Bermula dengan Faha, Faha memang sukakan pastry . Cakapla jenis apa pun, semuanya dia tau. Lia pula seorang yang kuat bergosip. Boleh dikatakan dia ini 'mak jemah' kelas. Macam reporter. Dalam geng kami ini, Mira yang berkelakuan macam seorang mak. Dia sangat baik dan juga pandai. Beruntung kami dapat seorang lagi mak di sekolah ini. Hehe. Syahirah pula yang dikenali sebagai idot berkelakuan seperti seorang tomboy. Dia kasar, kuat, kental. Wah 3K. Hahaha. Kalau ada orang cari pasal dengan kami, dia la yang uruskan semuanya. Kami berasa selamat apabila lepak bersama dia. Lia, Faha, Mira , Idot semuanya pandai. Walaupun semuanya malas tapi mereka pandai dan selalu mendapat top 10 dalam kelas. Tak seperti aku, aku ni 100% pemalas. Sentuh buku pun last minute sebelum exam. Tuhan ja yang tahu betapa 'beruntungnya' ibu aku dapat anak macam aku ni. Pencapaian yang terbaik aku dalam kelas pun hanyalah setakat nombor 27 per 32 . At least aku bukanlah yang terakhir kan?

Oh ya, lupa hendak bagitau yang kami ini berumur 15 tahun. Ya kami PT3 tahun ini. Sudah dua minggu PT3 berlalu. Kini sistem disekolah ditukar kepada sistem penggiliran. Hari ini hari kedua yang terkahir kami bersekolah jadi kami ingat kami ingin meluangkan masa bersama.

Yalah ,mana taknya lia,mira, faha dan idot semuanya memohon untuk pergi ke sekolah asrama penuh. Aku yakin mereka akan dapat pergi kesana.Lain dari aku, aku membuat keputusan untuk menghabiskan sahaja sekolah disini. Aku perlu bersiap sedia untuk menyendiri di sekolah ini untuk dua tahun.
Haih , apalah agaknya yang akan jadi ya?

"Makcik, kira!" Mira menjerit memanggil makcik yang menjual abc tu. Tak sabar untuk pulang ke rumah agaknya.

"Ya ya makcik datang ni. Semuanya RM13.60 nak. Halal ya."

Selepas membuat pembayaran ,kami beredar dari gerai itu. Kami berhenti di stesen bas dan kami berpeluk sesama kami. Sebak. Hari ini lah hari terakhir kami akan berjumpa. Kami semua bercadang untuk tidak ke sekolah pada hari terakhir sekolah. Malas. Kata kata akhir aku kepada mereka ialah ' tak perlulah kita cakap bye, aku pasti kita akan berjumpa lagi. Aku pasti.'
------------------------------

SemuaWhere stories live. Discover now