Gaduh ke Tak?

3.3K 360 185
                                    

"Gigi.....aku kau lupa.....

Aku kau luka......

Tanpa kau sedar......ooo

Gigi....selamat tinggal....

Aku kan pergi.....

Buat selamanya......

Aku pasti kau bahagia tanpaku....

"Selamanya......... - ubat gigi





"Jin?"

Aku memandang sekilas wajah kawan aku yang memanggilku. Waktu pagi terang menerang itu aku lihat dari cermin tingkap tandas itu. Pagi-pagi ni kalau keluar bersiar-siar kan best? Tapi sah-sah lah aku jadi topik utama satu dunia nanti.


"BERUS GIGI KELUAR BERSIAR-SIAR"


"Oh Jimin rupanya. Kenapa?"

Jimin mengukir satu senyuman yang halus mulus dan tepat menusuk kalbuku. Hak alah mamat jambu ni asyik asyik nak mengukir senyuman. Kau dari bab 1 sampai bab sekarang asyik asyik dengan senyum gatal kau. Okay aku berani cakap dalam hati je.


"Aku nak tanya soalan boleh?" Jimin membuka suara seraya mengangkat kening.


Aku hanya mengangguk acuh tak acuh. Tolonglah jangan soalan kahwin. Aku tak suka dia. Aku nak bujang je sampai aku mati. Sambil memejamkan mata, mulut aku tak henti henti berdoa. Lagipun aku bukan gay. Tapi aku tak suka perempuan.


"Kau ni memang betul ke nak lawan Jungkook?" Mata aku perlahan-perlahan terbuka. Soalan jenis apa yang dia tanya ni?

"Helloo, kau tanya aku soalan macam tu? Selepas segala usaha kita jumpa tisu tandas tu, naik gunung, kena kejar babi , kau nak aku mengalah?" Aku terus berdiam diri selepas tersedar yang secara tak sengaja aku menaikkan suara aku. Bukan salah aku kalau aku melenting. Soalan si Jimin ni langsung tak membantu aku dalam situasi macam ni.

"Bukan macam tu. Kalau boleh ,aku taknak kau dengan Jungkook bergaduh. Aku nak korang berdamai je. Tak payah ada battle semua ni. Lagi satu, yang kau cakap babi tu lukisan Kris si tuan bilik air belah atas. Lukisan dia memang nampak real sikit."

Aku mengerutkan dahi. Bukan sebab Jimin taknak aku gaduh dengan Jungkook. Tapi sebab lukisan si Kris yang memang real macam hidup tu. "Kenapa kau taknak aku dengan dia bergaduh? Lagipun aku rasa dia suka bila aku tawarkan pertarungan ni. Siap ugut aku lagi nak flushkan aku"

Jimin memandang aku lama. Dia menggeleng. "Percaya cakap aku. Dia tak suka. Dan dia tak akan pernah suka."

"Hah?"


Dengan itu, Jimin terus berlalu meninggalkan aku yang masih terpinga-pinga. Jungkook tak suka ?


"DAH TU APA YANG DIA SUKA DIA INGAT NI BUMI DIA DIA INGAT DIA TAK BOLEH KENA BUANG DALAM TONG SAMPAH DIA BOLEH BUAT APA JE YANG DIA NAK HAAAA-


Waktu aku tengah membebel juga si Lay ni mengambil aku dari tempat aku berdiri. Jimin yang baru sahaja ingin keluar dari kawasan itu turut diambil dan diletakkan bersebelahan aku.

"Welcome back." Aku cuba menahan tawa apabila aku mengeluarkan ayat sebegitu. Jimin hanya membisu. Ye lah, dia baru je nak keluar dah kena duduk tempat kitorang gaduh tadi balik. Nasib dia bukan siput babi. Kalau dia jadi siput babi mungkin dia dah kena gilis kereta. Ataupun kena pijak dek orang. Kejap . Apa kaitan ?

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 27, 2016 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Aku Sebatang Berus GigiWhere stories live. Discover now