Rumah dan Tuan Baru!

5.6K 727 350
                                    

" selamat menggosok gigi ,

selamat berbahgiaaaa~~,

selamat berbau wangi~~,

selamat.....gosok gigi. " (ikut rentak lagu selamat pengantin baru)

Ngeong ngeong ngeong.

Okay aku bukan bengong. Tapi sekarang ni aku tengah pening mamat ni letak aku tadi dalam kereta main hempas. Sakit jugalah badan aku walaupun aku duduk dalam bekas plastik ni. Mata aku membuntang seketika. Woi pakaikan lah aku seatbelt! Apa kau nak kena saman dengan pakcik misai?! Lagipun aku taknak mati awal! Aku masih diperlukan tuan baru aku untuk sental gigi dia! Aku pandang mamat sebelah ni yang dari tadi bawa kereta bukan main laju sambil bercakap telefon. Adui mamat ni memang mencari nahas. Nasib aku lah dapat mamat fail lesen kereta berulang kali.

"Excuse me, do you know that i am driving like a crazy rite now and please stay there for a minute! oh come on Gukjoo! You know that i love you! Wa-wait! Hello ? Hello? Gukjoo! Ugh!" Mamat yang rambutnya warna coklat ini menghempaskan telefon bimbitnya di sebelah aku. Melambung juga aku disebabkan momentum telefon bimbitnya yang berat landing punya cantik sebentar tadi. Mamat tu aku lihat meramas rambutnya dengan kasar dan rambutnya kini nampak tidak tersusun. Jangan kutu turun dari situ sudah!

Dalam setengah jam aku cuba menahan mual aku kerana kereta yang dipandu lelaki ini memang ganas dan berbahaya! Tahu lah gaduh dengan awek, jangan lah ancam nyawa aku bro! Baru sebentar tadi ,Gukjoo a.k.a aweknya menghantar mesej kepadanya. Mata aku sempat juga melirik ke arah telefon bimbit lelaki itu dan terpapar wallpaper gambar seorang wanita berbadan gempal. Ya...itulah Gukjoo. selera muntah aku bertambah tinggi apabila melihat gambar mamat ini dan Gukjoo bermesra. Aku cuba ingin muntah tetapi tidak boleh. Kenapa? Sebab aku tiada mulut. Hey kau kau kau! Jangan gelak.

Selepas aku kira guna kepala otak aku, dalam 15 minit seterusnya apa yang aku tahu aku sudahpun sampai di rumah mamat ini mungkin. Banglo besar tersergam indah. Taman botanika di sebelah mencantikkan halaman rumah ditambah seri seri bunga ros ,kekwa dan apa masalah diorang sampai bunga tahi ayam pun nak tanam?! Aku lihat disebelah dan wow!! Kolam pun ada! Dan di atas kolam ,ada beberapa tilam angin terapung di atas kolam. Humak aih diorang ni berparti ke dekat rumah mamat ni semalam?

Aku lihat juga ada beberapa rumah haiwan peliharaan di taman botanika yang terbentang luas ini. Ada rumah anjing, katak, eh reban pun ada? Apa kejadahnya diorang bela ayam dalam rumah banglo ni? Dan mata aku dan mulut aku cukup ternganga apabila seekor anak unicorn keluar dari reban itu. Memang keluarga misteri.....sumpah aku tak ingin masuk reban tu bila aku rosak. Aku menahan mual aku daripada muntah kerana mamat ini membawa aku masuk ke rumah dengan laju bukan main lagi! Woi nak pass baton ke apa? Rileks bro jangan gelabah! Dan aku juga dapat dengar dia punya nafas yang laju kahkahkah okay aku tak boleh gelak sebab aku nak muntah.

Tiba tiba selesai sahaja mamat itu menutup pintu , tanpa aku sangka, datang seorang mamat tinggi lampai dengan ada lubang dekat pipi dia. eeeeeee dia ni cacat ke ? :( Kesian dia. Omg aku cuba menahan tangisan aku daripada menitik. Jangan kau menangis di sini Jin! Aku lihat lelaki itu tersengih dan terus memeluk erat mamat yang membeli aku ini.

"Kris hyung! Thank you sebab tolong belikan! Urgent tadi hehehe" kata lelaki yang pipinya mempunyai kedalaman luar biasa itu usai meleraikan pelukannya. Mamat yang bernama Kris ini (aku baru tahu namanya Kris) tersenyum kecil dan menghulurkan aku kepada lelaki pipi ini. Aku?! Menghulurkan aku?! Aku jadi anak buah lelaki ini ke?! Tidak! Tidak! Jangan ambil aku! Lelaki pipi itu kemudian berhenti seketika.

"Kris hyung, seriously warna pink?" matanya membuntang memandang Kris. Tangannya teragak-agak untuk mengambil aku. Apa? Kau tak suka warna aku lelaki pipi dalam? Oh great bagus! Aku pun taknak tuan macam kau. Tengok muka pun tahu yang kau akan baling aku ke dalam reban tu. Huwaaaa tak sanggup aku bayangkan .

Aku Sebatang Berus GigiWhere stories live. Discover now