Jin vs Jungkook (1)

3.3K 445 121
                                    


Cinta ibarat Gigi,

Makin lama makin berputik tahinya,

Tetapi takut,

Takut untuk membasuhnya.

Hari ini pada tanggal Isnin! Aku membuat keputusan bahawa aku akan berdepan dengan Jungkook sendiri! Aku akan berani! Berani menentang Jungkook! Te-tetapi siapa nak teman ? Aku melihat sekeliling dan semuanya masih nyenyak tidur. Ayam dah berkokok 800 kali pun tak bangun-bangun diorang ni. Dasar membuta. Tahu berdengkur je kerja. ( Ketahuilah bahawa alatan mandi pun tahu penat dan perlukan rehat maka jangan terkejut jika mendengar dengkuran walaupun hanya anda seorang di rumah)

"Woi budak baru!" Aku memalingkan muka aku . Mencari usul asal panggilan itu . Rupa-rupanya Rap Monsta si hair dryer muncul dari dalam laci. Aku mengangkat kening seraya berjalan menuju ke arah Rap Monster.

"Yep! Apakah hajat tuan hamba memanggil hamba ini?" Aku cuba berseloroh di waktu pagi. Pagi-pagi kenalah buat kelakar sikit. Tak adalah muka monyok je macam tuan kitorang waktu pagi. Ada sekali tu si Lay ini menggunakan aku untuk mencukur mukanya what the hell Yixing are you crazy?

Rap Monster yang sedikit terkesima dengan lawak aku turut berseloroh "Waduh waduh tuan hamba begini bangun pagi awal sekali. Mahu pergi ke mana?"

Aku ketawa. Pandai juga dia ni buat kelakar. Ingatkan serious 24 jam. "Ingin ke pasar wahkahkahkah" Aku ketawa sambil memegang badanku. Air mata aku keluar menunjukkan betapa lawak bodoh aku menjadi. Tetapi berhenti ketawa serta-merta apabila melihat muka Rap Monster yang jelas menunjukkan muka 'apa-kau-cakap-ni-sial-tak-kelakar-lah-bodoh-'.

"Ehem" Aku berdehem tanda menunjukkan aku mula serious. "Boleh tak aku nak minta tolong?" Rap Monster mula menunjukkan tanda minat mendengar permintaan aku. Dia mendongak sambil mengangkat kedua-dua keningnya. Mungkin mahu tahu apa permintaan aku.

"Aku nak cuba lawan dengan Jungkook"

5 patah perkataan itu cukup untuk membuatkan Rap Monster membulatkan matanya.

5 patah perkataan itu cukup untuk membuatkan Rap Monster ternganga untuk beberapa saat.

5 patah perkataan itu cukup untuk membuatkan Rap Monster menggeleng kepala.

"Kenapa kau nampak gelisah sangat ?" Soalan aku buat dia ketawa. Dia ni gila ke apa? Cuba lah bagi respon bercakap sikit . Asyik guna muka aje. Menyampah pula aku.

"Cuba kau ulang balik permintaan kau tu." Rap Monster mula bersuara dengan muka serious. Aku mula menunjukkan muka bosan.

"Lantak kau lah buta, bodoh. Pekak pula tu." Of course aku tak berani cakap macam tu depan dia. Aku hanya mampu bersuara dalam hati yang murni ini. Tapi sebagai pendatang baru, aku perlulah tunjuk muka yang baik dan hati yang relaa dibuli.

"Aku nak lawan Jungkook."

"Kenapa kau kena lawan Jungkook?"

Yea aku tak sangka Suga tiba-tiba muncul dan tidak semena-mena aku perlu menjawab.

"Ak-

"Jungkook suruh kau lawan dia ke ?" Muncul pula Jhope dari belakang oh my god macam mana diorang yang kaki membuta ni boleh bangun awal?

"Bukan aku cu-

"SERIOUSLY KAU INGAT BOLEH MENANG KE LAWAN JUNGKOOK?!"

"OH MY GOD DIAM LAH SEMUA!" Aku meninggikan suara apabila Jimin datang masuk campur. Macam mana diorang semua boleh tahu walaupun aku tak beritahu diorang?!

Aku Sebatang Berus GigiWhere stories live. Discover now