00:00

26 1 0
                                    

Tadi malam, selepas wayang tengah malam dan berus gigi, aku masuk ke kamar. Lekas, lekas, bisiknya. Okey, okey.

Sesampainya di kamar, dia suruh aku matikan lampu. Kita hanya boleh percayakan kegelapan buat masa ini, katanya. Bagaimana dengan beberapa gelas minuman keras, adakah mereka juga boleh dipercayai soalku. Dia mendengus. Kemabukan adalah mitos bagi true believers seperti kita dan kita tak punya wang untuk membeli insurans bagi melindungi diri dari terpengaruh dengan kegembiraan yang pura-pura. Insurans yang bagaimana? Aku tanya dia. Kemaksuman. Kita tak punya duit sebanyak itu untuk afford those shit.

Maafkan aku, bukan niatku untuk menyinggung. Aku memikirkan duit gaji bulan lalu yang telah habis digunakan untuk membeli beras dan pakaian dalam. Dia cuma diam dan aku perlahan-lahan matikan lampu. Aku selak kain tabir. Kedai serbaneka 24 jam di blok sebelah sedang terbakar. Alisya, satu-satunya penjaga kaunter bayaran yang aku pernah bawa berbual, segera berlari keluar dengan beberapa helai wang kertas di tangan. Api marak telah membangunkan semua orang dari lena yang dalam selepas bekerja seharian.

Di lantai kedai, almari kaca yang menempatkan botol-botol minuman keras terkulai layu, menumpahkan mitos dan pembohongan. Alisya juga sudah hilang dari pandangan.

Adakah kita juga boleh mempercayai api? Dia tak menjawab. Tapi dari renungan matanya, aku terbaca, api bukanlah sesuatu yang sesuai untuk dijadikan teman.

Matamu Ialah Neon Dan Kisah Ini Ialah Kota Yang Tak Punya ElektrikWhere stories live. Discover now