Kokain

25 1 0
                                    

Dia punya sepatu yang bermata. Dan gemar menggit jari-jari kakinya bila dia ke sekolah. Tapi dia tidak tahu untuk bagaimana mahu berkomunikasi dengan sepatunya. Lantas dia menanggalkan sepatunya dan membakarnya. Dia tidak lagi aman selepas itu kerana lantai rumahnya dingin dan amat sukakan tapak kakinya yang hangat.

Ditinggalkan oleh kekasihnya pada umur 4 tahun adalah pengalaman yang menyakitkan. Falsafah melahirkan pra-wacana bahawa hanya mereka yang bisa bertutur dengan bahasa yang jelas layak untuk digelar sebagai yang berfikir. Sedangkan degup dan bisik jantungnya tidak pernah mengucapkan hello dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul, tetapi maknanya sampai dan membekas untuk puluhan tahun lamanya. Dia lantas ke rumah kekasihnya setelah dia berumur separuh dari galaksi dan menguntum jari tengah.

Dia juga sudah muak dengan perenggan demi perenggan yang cuba menerangkan jalan hidupnya. Kegagalan adalah kejayaan yang tertunda. Jadi, adakah di universe yang berlainan, kejayaan adalah bencana yang belum lagi berlaku? Ibunya bersifat sophisticated dan ayahnya adalah penyokong Donald Trump. Daddy love pussy. Dia sudah lama tahu mengenainya bila melihat tingkah ibunya yang kekok di dalam dapur setiap kali ayahnya berdiri di belakang ibunya. Fetish ini membuatkannya lebih matang dalam mengenal makna cinta. Cinta tak mengenal tempat. Tak mengenal waktu makan mahupun masa membasuh pinggan.

Selepas graduasi kelak, dia ingin kembali menjadi cuai seperti dahulu. Dan kemudian berlari di padang barli dan membiarkan dirinya terjatuh. Lalu tak bangun-bangun lagi sebelum ditemui oleh sekoloni anai-anai yang membina busut di atas dirinya. Dia mahu menjadi sesuatu yang teguh dan dia sedang memenuhi impianya itu.

Semasa dia memikirkan apa yang bakal berlaku, di hujung kota, bekalan elektrik mula disambungkan oleh orang asing berambut curly, berjambang lebat dan bermisai biru, melalui neon-neon gergasi di pinggir-pinggir bangunan yang malu-malu menyimbah cahaya ke dada jalan.

Tekadnya kemudian adalah memastikan majlis pengebumiannya nanti tidak ada air mata yang deras terjatuh seperti deras tangisnya yang menjatuh, kerana kehilangan kokain miliknya semasa dia menjadi rahib di rehab tempat tinggalnya dahulu.

Matamu Ialah Neon Dan Kisah Ini Ialah Kota Yang Tak Punya ElektrikWhere stories live. Discover now