LDR

20 0 0
                                    

Di tengah-tengah villa, ada dia. Dengan mahkota yang dikait menggunakan kelopak bunga dan dedaunan hijau yang memukau. Oh, kau sudah lama terpukau dengannya. Dia adalah bunga api yang mengilai dalam mindamu yang kelam. Dan kau adalah bongkah ais yang telah lemas dalam kebekuan dan dia adalah tukul yang akan menghapuskan kedinginanmu dengan meretakkanmu dan membelahmu mengikut bentuk kesukaannya.

Rambutnya perang dan dagunya runcing. Begitu mirip dengan artis psikedelik kegemaranmu yang nama pentasbya bermula dengan Lana dan berakhir dengan Rey. Kau tahu itu bukan wajahnya yang sebenar. Dia sudah hidup terlalu lama untuk masih memiliki kemudaan dan kecantikan yang tak memudar.

Kau masih ingat bagaimana ayahmu merangkak masuk ke dalam vila ini semasa kau berumur 7 tahun dan tak pernah-pernah pulang. Mama menangis mengenangkan ayahmu yang pergi tanpa sebarang penjelasan sedangkan setiap malam mamamu tak akan pernah gagal membuatkan meja makan hangat dengan juadah masakan yang direneh dengan ramuan istimewanya iaitu kasih-sayang. Sejak hari itu, kau menyimpan impian untuk masuk ke dalam vila ini dan menyaksikan dia siapa atau apa yang membuatkan ayahmu ke sana dan tak pernah-pernah pulang.

Dan kau bertemu dengan dia. Yang duduk anggun di atas singgahsana dengan dua ekor harimau belang berada di sisi kanan dan kirinya. Kau sempat melihat taring dan kuku kedua-keduanya yang tajam dan tak kelihatan ragu-ragu untuk merobek dadamu. Mama sudah bertemu dengan Ilahi tiga bulan yang lepas dan tak ada lagi yang sepatutnya menghalangmu dari melakukan apa yang kau fikir sebagai wahar untuk merungkai misteri di masa lepas.

Dia memanggilmu untuk mendekatinya. Cahaya adalah asing di dalam ruangan di mana kau sedang berdiri. Kau melangkah gagah ke depan. Mana ayah? Mana ayah kau sembunyikan? Kau bertanya mendadak.

Dia sepertinya terkejut dan kemudian ketawa. Vila kelam ini mula disimbah cahaya dari luar. Setiap kali cahaya mengenai kulitnya, kau merasakan seolah-olah kulitmu terbakar juga.

Aku sudah tidak mampu berdiri lagi katanya. Tapi aku masih mampu mencumbuimu seghairah yang mungkin sampai ke esok pagi.

Kau menekup mulutmu bila kau merasakan seolah-olah lidahnya sedang meneroka alur bibirmu yang kering dan merekah.

Hari itu kau tewas bila dia menyelak gaunnya dan melihat ayahmu berada di sana.

Matamu Ialah Neon Dan Kisah Ini Ialah Kota Yang Tak Punya ElektrikWhere stories live. Discover now