Lari

2.7K 164 1
                                    

Kepada adikku Pang,

Maaf abang terpaksa tinggalkan adik lagi sekali. Abang ada misi penting yang perlu abang buat. Abang tahu adik akan marah dengan abang, tapi abang tiada pilihan lain. Kalau abang tidak menghalang musuh abang, dia akan datang ke bumi. Adik jangan risau, abang akan pasti kembali ke bumi. Abang akan selamat, abang tak kan bagi sesiapa cederakan adik. Adik jaga diri baik-baik. Maafkan abang, adik

Fang telah mendapat surat itu daripada abang dia. Pagi-pagi lagi Kaizo sudah meninggalkan Fang keseorangan di rumah. Masa itu Fang tengah tidur lena bersama dengan kucing kesayangan dia. Fang mengumpalkan surat itu kerana terlalu marah. Dia tidak tahu berapa lama abang dia akan pergi kali ini. Abang dia janji tak kan tinggalkan dia lagi.

"Abang tipu!" Fang membaling gumpalan surat itu ke dinding dengan dengan perasaan marah terhadap abang dia. Tanpa berfikir panjang, dia tinggalkan rumah. Kemana dia pergi, dia sendiri tidak tahu, Shadow mengikut Fang dari belakang. Fang tidak sedar kucing kesayangan dia, sedang mengekori dia.

meow meow meow

"Eh, Shadow, kenapa kau ikut aku?" Fang mengangkat kucingnya dan lalu mendukung Shadow itu seperti mendukung bayi. "Shadow, kalau aku lari dari rumah bagaimana? Mesti seronokkan pergi melihat kehidupan baru di luar sana. Aku selama ini, tidak pernah keluar dari Pulau Rintis. Abang tidak pernah nak bawa aku pergi bercuti" Fang mengusap kucingnya sambil meluahkan perasaan dia

meow meow meow

"Aku tahu, abang aku tue bukan jenis suka pun pergi bercuti ke pergi berjalan-jalan ke. Kadang-kadang kena paksa dia tue, baru dia akan ikut. Tapi aku tetap bangga dengan dia, dia kuat, dia tahu apa yang dia inginkan, dia selalu menjaga aku dari aku kecik lagi hinggalah sekarang. Cuma aku sahaja yang kadang-kadang tak menghargai dia. Shadow, tak lama lagi hari jadi abang. Hadiah apa yang paling bermakna buat dia?"

meow meow meow

"Kau pun tak tahu. Aku pun tak tahu juga, Shadow. Tapi aku tak pasti berapa lama dia akan pergi. Seminggu? satu hari? mungkin sebulan atau 5 bulan atau buat selama-lamanya. Hari jadi abang nanti, aku tak tahu dia akan kembali ke bumi atau tidak" Fang telah sampai di station keretapi. Apa dia buat disitu, hati dia mengatakan, pergi dari sini, pergi jauh daripada Pulau Rintis. Pergilah terokai dunia baru luar dari Pulau Rintis. "Shadow, perlu ke aku buat?"

meow meow meow

Kaki Fang langkah demi langkah dia berjalan ke station keretapi. Ke mana arah tuju dia, dia tidak pasti lagi. "Fang" ada orang sedang memanggil dia. Fang tidak mahu melihat siapa yang panggil nama dia dan dia pasti, mesti kawan baik dia yang bernama Boboiboy. Fang berpura-pura tidak dengar, dia berjalan dengan lebih laju. "Fang! tunggu!"

Fang terpaksa berhenti. "Kau nak apa Boboiboy?" kata Fang tanpa menoleh kebelakang.

"Fang, kau nak pergi mana? Abang kau mana?"

"Abang aku dah pergi tinggalkan aku lagi. Takde gunanya aku duduk dekat sini lagi Boboiboy. Baik aku lari, pergi jauh daripada sini" Lalu Fang berjalan dengan kucing kesayangan dia. Boboiboy pergi mengejar dia. "Fang! janganlah begitu"

"Kau tak faham Boboiboy. Dia dulu cakap dengan aku, kemana dia akan pergi, aku akan pergi sekali dengan dia tapi dia tinggalkan aku juga" Boboiboy nampak air mata Fang menitis turun ke jalan. "Fang" Boboiboy pegang bahu Fang.

"Fang, kalau kau pergi, kau nak tinggal di mana Fang? Nanti abang kau balik, dia akan tercari-cari kau"

"Kan aku dah kata, kau tak kan faham. Nah! jaga kucing aku dan jangan cari aku!" Fang bagi Shadow kepada Boboiboy dan terus dia berlari ke station keretapi. Dia duduk di salah satu bangku station tersebut sambil menunggu keretapi tiba. Boboiboy tidak putus asa, dia ikut sahaja Fang. Dia mesti halang Fang daripada larikan diri. "Fang"

Aku Abang, Kau Adik (Season 1)Where stories live. Discover now