Hilang Part I

3.5K 186 2
                                    


Hari ini adalah hari Sabtu, hari yang di tunggu-tunggukan oleh Gopal. Gopal mengajak Boboiboy, Fang, Yaya dan Ying menonton cerita hantu di rumahnya tetapi yang hadir cumalah Boboiboy dan Fang sahaja. Yaya menolak kerana dia tidak minat dengan cerita hantu, lagipun dia ada hal yang lebih penting daripada itu. Ying pula terpaksa menjaga nenek dia yang tidak begitu sihat hari ini. Gopal tidak kisah sangat dengan ketiadaan Yaya dan Ying.

"Takde cerita lain ke nak tengok" kata Boboiboy. Gopal adalah peminat fanatik tentang cerita hantu tetapi dia sendiri yang takut dengan hantu. Dia tidak kisah kalau menonton cerita hantu kalau ada yang temankan, kalau tak, dia tak kan tengok sorang-sorang

"Ala Boboiboy, Appa aku baru sahaja beli movie nie. Aku dengar, movie nie seram sangat"

"Yelah Gopal, kau panggil kita orang sebab kau tak nak tengok sorang-sorangkan" Gopal tersengih sahaja. Boboiboy sebenarnya malas nak melayan cerita hantu waktu cuti hujung minggu macam nie. Tapi disebabkan Gopal adalah kawan terbaik dia (maaf Fang, Gopal pun kawan baik Boboiboy juga), maka Boboiboy melayankan sahaja dengan karenah dia.

"Bukan selalu pun. Tengok macam Fang tue, senyap aje. Mesti kau tak sabarkan, Fang"

"Siapa cakap aku datang sini nak tengok cerita hantu, aku datang sini sebab nak lari daripada abang aku dengan latihan tempur dia tue. Ini semua gara-gara kau" Fang masih lagi marah dengan Gopal tentang video game dia hari itu. Tangan dan kaki dia masih rasa lenguh lagi akibat daripada latihan tempur versi video game abang dia. Sepatutnya hari ini dia kena lagi dengan latihan tempur abang dia tue tetapi Fang mencari alasan untuk lari daripada latihan tempur tue. "Yelah, semuanya salah aku" Kata Gopal sambil masukkan DVD ke dalam dvd player.

"Janganlah gaduh lagi pasal hal tue, lagipun aku kagum dengan kau Fang. Kau dapat kalahkan kesemua stage, dari stage pertama sampai ke stage terakhir" kata Boboiboy.

"Yelah, tak kan nak aku suruh ulang balik ke stage pertama kalau aku kalah. Aku kenalah menang walaupun badan aku dah penuh dengan luka-luka. Dah lah tangan kanan aku hampir patah. Kaki aku tak berdaya nak lari dah masa tue" Fang merungut lagi tentang hal itu. "Itu pun selamat Yaya dan Ying tak belasah kita orang, dia orang tahu aku berusaha untuk keluarkan korang juga hari itu jugakan"

"Dah dah, movie dah nak start nie" kata Gopal dengan begitu teruja sekali sampai nak duduk dekat depan tv lagi. Boboiboy dan Fang hanya duduk di sofa. Lima jam sudah berlalu, Gopal masih lagi melayan cerita hantu yang lain pula. Appa dia pun turut join dia sekali. Anak dan bapak perangai pun sama sahaja

"Appa, kenapa hantu tue cekik dia" kata Gopal sambil mengigit jari

"Dey, kau tak nampak ke orang tue cuba nak bunuh hantu tue"

"Yelah, tapi seramlah tengok kuku dia tue. Sungguh menakutkan" lepas gigit jari, Gopal peluk bantal pula sambil menutup-nutup muka dia

1 jam kemudian, Gopal baru sahaja hendak pasang cerita hantu yang lain, dia sudah kena marah dengan Appa dia. "Hari sudah malam, kamu mahu tengok cerita hantu lagi. Kamu nampak rotan nie"

"Nampak Appa.. tapi nie movie paling terakhir saya nak tengok. Bagilah anakku ini menonton movie yang terakhir bersama rakan-rakannya" merayu Gopal sambil melutut di depan Appa dia. Appa dia tunjuk rotan depan muka Gopal

"Dey, kawan kamu sudah tidur lah. Dari movie pertama sampai movie yang terakhir kamu lihat tadi"

TIDUR?! Dasar tak guna punya kawan, marah Gopal sambil melihat dua rakannya, Boboiboy dan Fang, tertidur di atas sofa. Gopal berdiri depan dia orang dan menjerit dekat Boboiboy dan Fang

"WOI! BANGUNLAH!" terkejut Boboiboy dan Fang. "Hah! korang tidur yea"

"Eh, mana ada. Kita orang cuma... cuma rehatkan mata sahaja, kan Fang kan"

Aku Abang, Kau Adik (Season 1)Where stories live. Discover now