Bad Mood

3.2K 231 11
                                    

"Nama saya Panglima Pang, hobi saya suka kena lempang!" begitulah Fang menjadi bad mood selepas sahaja dia di ejek oleh Probe dan Adudu

"Pang, jangan marah Pang" Fang yang tidak tahan dengan ejekan yang dia diterima oleh mereka berdua, lalu dia menyerang Adudu dan Probe dengan Polar Bear Bayangnya

Fang berjalan sambil menghentak-hentak kakinya sampai ke rumahnya. Dia menghempas buka pintu rumahnya dan menjerit

 "INI SEMUA ABANG PUNYA PASAL! NAMA ADIK FANG LAH! BUKAN PANG!"

Kaizo yang sedang membelek-belek buku latihan matematik Fang yang tertinggal di atas meja ruang tamu, terkejut dengan jeritan marah dari Fang

"Dah tue, kamu sendiri yang tak reti nak sebut nama sendiri masa kau kecik-kecik dulu"

"Kenapa abang masih panggil Pang lagi"

"Sebab nama tue sesuai untuk kau, betul tak Pang" Kaizo duduk sahaja di sofa sambil membuka siaran tv. Fang menghentak-hentak kakinya ke tangga dan menjerit-jerit namanya dengan begitu marah sekali

"NAMA ADIK FANG LAH... FANG FANG FANG FANG FANG FANG FANG" dia ulang-ulang namanya sampai ke bilik dan terus menghempas tutup pintu biliknya. Kaizo hanya buat tak tahu sahaja

Keesokannya, semakin teruk bad mood Fang kerana habis semua baju sekolah Fang menjadi warna biru. Kaizo telah mencampurkan baju birunya dengan baju sekolah Fang ke dalam washer machine.

"AKU BENCI ABANG AKU!" 

Itulah kata-kata Fang sebelum dia pergi ke sekolah dengan baju sekolahnya yang berwarna biru. Di sekolah ramai cikgu ingatkan dia pengawas sekolah, Fang terpaksa menolong cikgu-cikgu angkat barang. Cikgu Papa Zola siap puji Fang kerana telah menjadi pengawas sekolah. Yaya mahu menegur Fang, macam mana dia dapat jadi pengawas nak dekat-dekat akhir tahun nie, tetapi disebabkan Fang tengah mood tak baik, Yaya biarkan sahaja.

Bad mood Fang belum lagi berakhir, ramai pelajar-pelajar lain tidak berani mendekati dia. Mereka semua nampak aura-aura kegelapan Fang mengelilingi Fang, Gopal tidak berani untuk usik Fang hari ini. Boboiboy mahu menegur Fang tetapi Yaya dan Ying kata jangan, bagi masa Fang untuk redakan diri. Jadi Boboiboy biarkan sahaja Fang dengan bad moodnya.

Semasa waktu rehat, Fang hanya berehat di dalam kelas sambil memerhati di luar kelas.

"Pang.. maksud abang, Fang" 

Fang menoleh ke pintu kelas dan terkejut melihat abangnya datang ke sekolah. Abang dia kadang-kadang ke sekolah untuk memberi bekalan makanan untuk adiknya tetapi semua yang dia bawak hanyalah sayur yang masih mentah lagi. Kalau abang dia datang, mesti ada pelajar-pelajar perempuan yang jatuh cinta dengan muka abangnya yang terlampau hensem tue.

"Abang nak minta maaf tentang baju kamu dan tentang nama kamu yang abang selalu panggil. Sebagai kemaafan dari abang, abang bawakan bekalan makanan untuk kamu. Kongsilah dengan kawan-kawan kamu" Kaizo meletakkan sebuah bekas makanan yang amat besar. Fang terkejut, apa abang dia bawakan untuk dia sampai bekas makanan sebesar meja dia. Kaizo pun keluar dari kelas dan meninggalkan Fang.

Boboiboy yang nampak Kaizo keluar dari kelas 5 Jujur, terus berlari masuk ke dalam kelas

"Fang, kau dah ok ke?" tanya Boboiboy yang sedang menuju ke arah meja Fang. Fang membuka bekas makanan itu dan mendapati sandwich telur dan lobak merah di dalamnya.

"Banyaknya abang aku buat" Bisik Fang. Bad mood dia mulai reda

 "Aku ok aje Boboiboy, ambiklah satu" Fang mempelawa Boboiboy. Boboiboy mengambil satu sandwich, Fang juga mengambil satu sandwich

Mereka berdua memakan sandwich tersebut tetapi dua-dua buat muka tak sedap "Masinnya telur nie"

"Aduh abang aku nie, nampak sedap tapi masin sangat telur dia buat nie" Boboiboy meletak balik sandwich tersebut di dalam bekas makanan

"Maaf Boboiboy, biar aku habiskan sandwich masin nie semua" kata Fang yang rela hati untuk habiskan sandwich. Dia tahu abang dia berusaha untuk membuat sandwich ini sebagai tanda minta maaf, jadi dia kenalah terima dan habiskan semua sandwich tersebut, kalau tidak, abang dia pasti mengamuk

"Takpe ke Fang?"

"Takpe, terima kasih yea Boboiboy"

"Eh, kenapa kau perlu terima kasih dekat aku pula?"

"Sebab aku tahu tadi kau nak tegur aku masa aku tengah bad mood" lalu Fang tersenyum kepada Boboiboy. Boboiboy baru teringat sesuatu, dia mengeluarkan donut lobak merah dari pocketnya dan lalu berikan kepada Fang

"Aku beli tadi, aku nak bagi kau, nak ceriakan kau" Fang dengan begitu gembiranya, mengambil donut lobak merah tersebut dan makan dengan penuh gembira. Tapi kegembiraan tidak lama kerana dia terpaksa habiskan kesemua sandwich masin

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

"Abang! adik dah balik" Fang melempar beg sekolah ke sofa dan terus pergi ke dapur untuk minum air.

"Macam mana makanan yang abang buat tadi?" tanya Kaizo kepada adiknya. Fang senyum sahaja kepada abangnya. Fang membuka bekas makanan tersebut dan menunjukkan semua sandwich sudah habis di makan

"Bagus Pa-Fang" Kaizo masih lagi untuk sesuaikan diri memanggil adik dia Fang.

"Takpelah abang. Abang nak panggil adik Pang pun, Fang janji takkan marah lagi dekat abang"

"Bagus kalau macam tue, abang ada buat lagi untuk kau. Habiskan semua" Kaizo memberi lagi sandwich telur lobak merah kepada Fang 

"Lagi satu, abang ada beli biskut kawan kamu tue, khas untuk adik. Jangan tak habis, penat abang pergi beli tadi"

Fang melihat sandwich dan biskut Yaya, lalu hendak pengsan. Habis lah aku, esok mesti aku masuk hospital, fikir Fang. Demi abang dia, Fang terpaksa telan semua

"Dah, abang nak pergi mandi. Habiskan semua tue" Setelah abang dia keluar dari dapur, terus Fang pengsan.

Aku Abang, Kau Adik (Season 1)Where stories live. Discover now