Cemburu

3K 164 11
                                    

Cemburu? Boboiboy tidak pernah ada sifat cemburu tetapi semenjak akhir-akhir ini, dia semakin hari semakin cemburu melihat keakraban di antara Fang dan Kaizo. Alangkah indahnya jikalau Boboiboy mempunyai seorang adik atau abang yang serapat itu. Hampir setiap hari ada sahaja pergaduhan di antara mereka berdua, selepas itu, mereka akan berbaik semula. Boboiboy hanya mampu melihat sahaja. Semenjak akhir-akhir ini, Fang terlampau sibuk sangat di sekolah, hampir dia tiada masa untuk bersama dengan abangnya. Cikgu-cikgu di sekolah telah memberi banyak kerja kepada Fang sampai memyebabkan Fang terlampau tertekan. Dengan bantuan daripada rakan-rakannya, Fang dapat mengatasi tekanan dia.

Boboiboy yang baru sahaja habis jalani latihan tempur yang diberikan oleh Kaizo, dia duduk di sofa kerana terlampau penat sangat. Ini semua gara-gara Fang, dia telah memberitahu abang dia bahawa Boboiboy mahu juga menjalani latihan tempur, padahal Fang nak kenakan dia. Hari ini latihan tempur Boboiboy amatlah memenatkan, lalu Kaizo memberi Boboiboy segelas air kepadanya. "Terima kasih" kata Boboiboy

Sudah pukul 4 petang, Fang masih lagi belum pulang dari sekolah. Nampaknya Boboiboy tidak sempat untuk meminta pertolongan daripada Fang untuk membantu dia dalam kerja sekolah matematik. "Penat?"

"Yea Kapten Kaizo"

"Selalunya Pang akan merungut selepas sahaja habis latihan tempur dia tapi kau tidak seperti adik aku. Kejap lagi kau boleh pulang ke rumah" kata Kaizo. Boboiboy minum airnya, dan dia bersiap sedia untuk pulang ke rumah. Boboiboy meletak gelasnya ke atas meja dan mengambil beg sekolahnya. Tiba-tiba, Boboiboy baru teringat, hari itu Kapten Kaizo ada mengajar dia dan Gopal kerja sekolah matematik. Mungkin Kapten Kaizo boleh mengajar dia lagi sekali, fikir Boboiboy.

"Kapten Kaizo, boleh tak ajar saya matematik"

"Matematik?" Mungkin Kaizo tiada masa untuk mengajar dia matematik, fikir Boboiboy lagi. "Boleh, keluarkan buku matematik kau. Aku mahu bagi Pang makan sekejap"

Pang? Bukan Fang dekat sekolah ke? Boboiboy berfikir lagi. Boboiboy mengintai-intai apa yang Kaizo sedang lakukan di dapur. Baru dia faham, bahawa Pang yang dia maksudkan ialah seekor anak kucing. Tergelak Boboiboy kerana Kaizo memanggil kucing itu Pang. Boboiboy mengeluarkan buku matematik sementara menunggu Kaizo memberi makanan kepada Shadow. Boboiboy berasa sungguh kesian dengan anak kucing tersebut sebab Kaizo panggil Pang, Fang panggil Shadow. Untunglah anak kucing itu ada dua nama. Dua-dua sayangkan dia.

"Apa yang kau sedang fikirkan, mana soalan matematik yang kau nak aku tolongkan" muncul Kaizo disebelah Boboiboy. Boboiboy tadi terlalu fikir sangat sampai tidak sedar Kaizo sudah berada di sisinya. Boboiboy cepat-cepat membuka muka surat soalan matematik yang dia tidak begitu faham. "Maaf Kapten Kaizo. Ini soalannya"

"Cukup dengan Kapten Kaizo. Panggil aku abang Kaizo" Entah kenapa tiba-tiba hati Boboiboy rasa ingin berloncat-loncat kerana terlalu gembira. Boboiboy dengan begitu fokus, dia mendengar dan faham apa yang Kaizo mengajar dia, berbeza sungguh dengan apa yang di ajari oleh Fang. Fang, kalau Boboiboy salah sedikit sahaja, mesti Fang nak rasa marah tapi lain pula dengan Kaizo. Kaizo begitu tenang sekali mengajar Boboiboy sampai Boboiboy rasa Kaizo itu seperti abang dia sendiri.

"Si Pang tak pernah nak suruh aku ajar dia" tiba-tiba Kaizo berkata "Dia tue semuanya nak buat sendiri, minta tolong pun, tak pernah"

"Fang dari dulu lagi macam tue, abang Kaizo. Selalunya kita orang yang mintak dia tolong ajarkan" kata Boboiboy sambil selesaikan masalah matematik.

"ABANG! adik dah balik!" Boboiboy dan Kaizo memandang ke pintu rumah, Fang sudah pulang dari rumah. Dia kelihatan begitu penat sekali, nak jalan pun tak larat dah. "Eh, kau ada dekat sini lagi Boboiboy"

"Ha ah, aku minta abang kau tolong aku ajar matematik" kata Boboiboy. Fang pergi ke arah mereka dan lalu duduk di atas sofa untuk rehatkan diri. "Apasal kau tak tunggu aje aku"

Aku Abang, Kau Adik (Season 1)Where stories live. Discover now