Mak selalu berpesan kepada saya supaya jangan sesekali turun ke bilik bawah tanah. Tapi, saya selalu mendengar bunyi kucing mengiau di bilik bawah tanah itu. Saya sangat sukakan kucing dan saya hendak melihatnya.
Jadi pada suatu hari, saya turun ke bilik bawah tanah tanpa pengetahuan mak. Apabila mak ternampak saya turun ke bilik itu, mak saya menjerit memarahi saya. Saya terkejut sebab mak tidak pernah memarahi saya seperti itu. Saya menangis.
Jadi mak membuat kek untuk saya untuk memujuk saya. Jadi kek itu membuatkan saya lebih tenang dan tidak bersedih lagi.
Jadi saya pun tidak memberitahu kepada emak mengapa ada seorang budak lelaki di bawah bilik tanah itu membuat bunyi kucing. Dan mengapa dia tiada tangan dan kaki.
YOU ARE READING
Kisah Seram Pendek
HorrorKisah seram pendek versi Bahasa Malaysia. ___________________________________ Sesuai untuk yang menyukai cerita-cerita mistik , ngeri , pyscho dan meremangkan bulu roma. Bukan 100% idea saya, saya ambil jalan cerita dari banyak sumber. GUIDE: Sila...