#9 Hachishakusama

5.2K 218 47
                                    

Cerita ini agak panjang dan menarik. Berkisarkan tentang lagenda hantu Jepun yang digelar "Hachishakusama"
yang bermaksud Lapan Kaki Tinggi.
Selamat membaca

Hachihakusama adalah lagenda Hantu Jepun yang mempunyai ketinggi setinggi 8kaki dan memakai pakain putih, memakai topi dan selalu membuat bunyi "Po po po po po po po"

________________________________

Datuk dan nenek saya adalah orang Jepun kerana ibu saya berasal daripada Jepun manakala bapa saya berasal dari London. Setiap kali musim panas, ibu bapa saya akan membawa saya bercuti pulang ke kampung saya di Jepun. Datuk dan nenek saya tinggal di sebuah kampung yg kecil dan mereka mempunyai halaman rumah yg sangat luas. Saya amat suka bermain di situ seorang diri kerana saya adalah anak tunggal.

Kali terakhir saya berjumpa datuk dan nenek saya adalah semasa saya berusia 8 tahun pada musim panas waktu itu.

Seperti biasa, ibu bapa saya membeli tiket kapal terbang dan kami terbang ke sana. Setibanya saya di rumah datuk dan nenek, saya di sambut dengan penuh kasih sayang. Ibu bapa saya mengambil keputusan untuk pergi bercuti di kawasan Jepun yang lain, jadi mereka tinggalkan saya di bawah jagaan datuk dan nenek saya.

Pada suatu hari, sedang saya asyik bermain bola seorang diri di halaman belakang rumah datuk, saya terdengar bunyi pelik yang berbunyi "Po po po po po po"

Saya x tahu daripada mana suata itu datang. Saya terus mendengar bunyi "Po po po po po po" dalam nada suara lelaki yang amat garau.

Saya pun tercari2 daripada mana datangnya suara itu. Saya tidak tahu daripada mana suara itu datang kerana halaman belakang rumah itu dipagari dengan kayu yang tingginya kira 8kaki. Selepas beberapa minit, barulah saya perasan ada sebuah topi jerami seperti dipakai seseorang berada bersebelahan dengan pagar. Dalam hati saya, mustahil topi itu dipakai oleh seseorang kerana pagar itu tingginya adalah 8kaki.

Selepas itu, topi itu tiba2 bergerak. Topi itu berhenti di satu bahagian pada pagar rumah itu yang ada lubang. Saya amat terkejut apabila melihat seorang perempuan yang memaki topi jerami, berbaju putih dan tingginya lebih kurang 8 kaki.

Saya amat terkejut dan terus belari ke dalam rumah. Datuk dan nenek saya sedang bersembang dan tidak sedar dengan kehadiran saya di situ. Saya pub dengan perlahan menyebut "Po po po po po po " dengan harapan agar datuk dan nenek perasan akan kehadiran saya.

Apabila saya berkata demikian, datuk terus menekup mulut saya dan menanyakan daripada mana saya mendengar bunyi itu?. Saya menceritakan segalanya tentang perempuan yang sangat tinggi itu. Datuk dan nenek berasa amat terkejut lalu tiba2 datuk mencapai kunci kereta dan berpesan kepada nenek
"Awak jaga dia, awasi dia setiap saat"

Saya pun berasa cemas dan keliru sehingga membuatkan saya menangis.

Nenek menceritakan kepada saya bahawa saya telah disukai oleh Hachishakusama. Saya pun bertanya, siapakah dia?
Nenek menjawab dengan tenang bahawa datuk akan membuat sesuatu tentang hal ini. Nenek juga berkata, kali terakhir Hachishakusama ini muncul adalah 15 tahun yang lalu. Dan sesiapa yang ternampak Hachishakusama ini akan mati dalam beberapa hari.

Nenek juga berkata , sebenarnya Hachishakusama ini telah dikunci oleh jampi-jampi pendeta yang mengunci hantu ini dalam 4 patung keagamaan bersaiz kecil. Mereka meletakkan patung ini di Utara , Timur , Selatan dan Barat Jepun agar tiada siapa yang boleh melepaskan hantu ini.

Saya menjadi semakin takut.

Selepas 15minit, datuk kembali dengan seorang perempuan. Mereka bergegas keluar drpd kereta dan terus masuk lalu mengunci pintu dan terus menuju ke arah saya. Perempuan itu mengenalkan dirinya sebagai K-san dan dia sempat menghulurkan cebisan kertas kulit yang mengandungi tulisan yang tidak saya fahami.

Kisah Seram PendekWhere stories live. Discover now