#25 Nenek Tua

2.1K 113 18
                                    

Polis itu duduk di atas sebuah sofa dengan pen dan sebuah buku nota di tangannya. Nenek tua itu datang membawa secawan teh.

"Sebelum awak bawa saya ke balai polis, saya akan beritahu awak mengapa saya berbuat perkara ini. Sebenarnya, saya buat semua ini hanyalah untuk ada seorang teman. Saya keseorangan dan sunyi. Tiada anak muda ataupun sesiapa yang mahu duduk dan berborak dengan seorang nenek tua seperti saya ini", kata nenek tua itu.

Anggota polis itu melihat nenek tua itu dengan pandangan yg kosong.

"Puan Ordlia adalah yg pertama", kata nenek tua itu sambil dia duduk di atas sofa yang empuk bertentangan dengan anggota polis itu.
"Saya rasa seakan perkara itu baru sahaja berlaku semalam. Dia datang ke rumah saya untuk menjual produk kecantikannya. Jadi, saya menjemputnya masuk ke dalam rumah dan buatkan dia secawan teh. Dan saya hidangkan kepadanya lalu pergi ke dapur untuk mengambil kapak saya. Apabila dia tidak menyedarinya, saya terus memotong kepalanya.", kata nenek tus itu lagi.

"Orang yang seterusnya pula adalah Encik Kajman. Dia adalah seorang tukang paip. Dia datang ke rumah saya untuk membaiki paip sinki saya yang bocor. Selesai itu, saya membuatkannya secawan teh dan memenggal kepalanya juga.", sambung nenek tua itu.

"Orang yang ketiga pula adalah seorang budak penjual surat khabar. Dia datang ke rumah saya untuk menjual surat khabar. Saya menjemputnya masuk dan membuatkan dia juga secawan teh. Tetapi dia menolaknya, jadi saya buatkan dia biskut. Saya tahu budak-budak tidak akan menolak biskut. Sambil dia sedang makan, saya memenggal kepalanya juga. Banyak lagi mangsa saya selepas itu. Hihihihi", kata nenek tua itu.

"Dan semua kepala yang saya sudah penggal telah saya susun di atas rak di belakang awak encik polis. Banyak dan kemas bukan? Tapi saya ada masalah dengam semua badan mayat yang telah saya bunuh. Badan seseorang adalah lebih besar daripada kepala jadi saya perlukan ruang yang lebih luas untuk menyimpan badan2 mereka. Jadi, saya mengambil keputusan untuk membuang badan2 mereka dan hanya menyimpan satu sahaja badan", sambung nenek tua itu.

"Saya akan letakkan sebuah kepala di atas badan itu dan bercakap dengannya. Dan apabila saya sudah bosan dengan kepala itu, saya akan tukarkan kepala itu dengan kepala orang lain. Genius bukan? Hihi" kata nenek tua itu lagi.

Polis itu tidak menjawab apa-apa.

"Hmmm. Nampaknya perbualan kita sudah menjadi semakin bosan wahai encik polis.", kata nenek tua itu seakan mengeluh.

Lalu nenek tua itu berdiri dan mengambil kepala anggota polis itu dan letakkan di atas rak koleksi kepalanya. Dan dia mengambil kepala Puan Ordlia dan dia meletakkan kepala itu di atas badan.

"Hai. Apa khabar Puan Ordlia. Baru sebentar tadi saya bersembang dengan seorang pegawai polis tentang awak.", kata nenek tua itu diakhiri dengan gelakan halus..

Kisah Seram PendekWhere stories live. Discover now