Bilik luas, siap dengan almari walk-in! Bilik air pun bukan main besar lagi, ada shower dan bathtub lagi!

Bersebelahan dengan bilik mereka ialah bilik Eve, Fa Ra dan Zahra. Bilik jejaka pulak bertentangan dengan mereka.

Naik je tangga, terdapat ruang tamu kecil tetapi masih lagi mampu memuatkan mereka semua. Boleh lah mereka lepak bersama.

Ana melompat ke atas katil. "So soft!"

Lynn juga ikut lompat. "Gebunya selimut kat katil ni!"

"Kau tidur kat lantai la Lynn. Katil ni aku punya sorang."

"Eh eh minah arab ni. Mengada-ngada pulak." Lynn menepuk peha Ana. Dia bangun dari katil. "Jom kemas barang."

°■°■°

Selesai mengemas barang, Lynn dan Ana lepak-lepak di dalam bilik sambil bermain dengan telefon.

Pintu bilik mereka tiba-tiba dibuka.

"Waaaaah besarnya bilik korang." Kata Fa Ra. Dia masuk ke dalam bilik mereka, diikuti Eve dan Zahra.

"Korang dah siap unpack?" Tanya Zahra lalu dia duduk di atas sofa yang tersedia.

"Dah." Lynn menunjuk ke arah almari baju. "Almari aku tak penuh pun. Minah arab ni siap nak ambik bahagian almari aku lagi untuk simpan baju dia."

Eve berjalan ke arah almari lalu membukanya. "Betul la." Dia memandang Ana. "Kau memang pindah sini betul ek?"

"Bukan selalu dapat bilik ngan almari sebesar ni. Make use of it la ha gitew."

Eve menggeleng kepalanya. "Yelah Ana."

"Ha apa tujuan korang datang sini? Baru nak rilek-rilek." Tanya Lynn.

"Saja nak tengok bilik korang hehe." Jawab Fa Ra.

"Korang nak tengok bilik kitaorang tak?" Tanya Zahra.

"Boleh jugak."

Lalu Lynn, Ana, Eve, Fa Ra dan Zahra keluar dari bilik Lynn dan Ana, masuk ke dalam bilik Eve, Fa Ra dan Zahra.

"Bunk bed!" Kata Lynn dengan teruja apabila nampak katil mereka.

"Katil atas aku punya." Kata Fa Ra sambil menaiki tangga katil bertingkat itu. "Diaorang berdua tidur kat bawah."

"Banyak betul laci untuk letak barang." Kata Ana sambil membuka setiap laci yang dia nampak.

"Tiga orang duduk bilik ni, kenalah banyak tempat untuk simpan barang."

"Kalau Fa Ra tergolek, mampus korang berdua." Kata Lynn sambil mengukur ketinggian katil.

"Aku paling suka meja study." Zahra menepuk-nepuk meja study. "Luas dan kemas."

"Mesti sebab meja kau dekat bilik lama bersepah." Usik Eve.

"Manada!"

"Nipu lebih." Sampuk Lynn. "Aku pergi rumah kau, buku tak susun elok-elok dekat rak. Ish ish ish."

Zahra memuncungkan mulutnya. "Kali ni tak bersepah la, janji."

"Jom turun." Ajak Fa Ra. "Nak tengok bilik Ezact and Lili."

Mereka berlima turun tangga lalu ke ruang tamu utama.

Semua jejaka berada di ruang tamu, lepak-lepak sambil menonton tv.

Sofa dan kerusi banyak bertaburan di ruang tamu. Tv pula 50 inchi. Di tengah-tengah pula ada meja yang boleh menyimpankan beberapa majalah.

Di tepi ruang tamu, terdapat beberapa sliding door. Buka sliding door, terus keluar ke ruang luar di mana ada beberapa kerusi untuk mereka lepak di luar dan kolam renang untuk siapa yang mahu mandi.

7 Girls, 7 Boys (Completed)Where stories live. Discover now