"Kan mummy?"

Auntie Lin mula memerhatikan Dhira.

"Dah kurus sikitlah, Dhira. Kerja kuat sangat ke?" soal Auntie Lin, ambil berat.

"Dah tak ada siapa nak masakkan untuk dia lah, mummy," kata Ken yang baru keluar dari bilik air.

"Dulu kalau dia lapar, I yang masak untuk dia. Tengah-tengah malam pun I masakkan untuk dia. Kononnya lapar lepas balik kerja. I ni kan chef peribadi tak bergaji dia," perli Ken dengan nada bergurau.

Dhira tertawa kecil.

"Yalah... You kan pandai masak. Rajin pula tu. I oder ajelah," balas Dhira bersahaja sambil berjalan ke arah dapur. Air Sunquick yang sudah dibancuh sebentar tadi dituangkan ke dalam gelas sebelum dibawa ke ruang tamu.

"Jemput minum semua," pelawa Dhira seraya menghempaskan punggung di sebelah Fei Fei.

"Kerja macam mana, Dhira? Okey?" Auntie Lin mula menyoal.

Dhira menghalakan pandangannya ke arah Auntie Lin.

"Okey. Cuma lebih sibuk daripada dulu. Banyak projek commercial. Dhira tolong sikit-sikit aje," terang Dhira.

"Dhira handle projek resident sekarang ni, mummy," beritahu Fei Fei.

"Baguslah kalau macam tu. Dhira pun dah ada degree dalam bidang ni. Cuma... Jangan fikir kerja sahaja. Sampai tak ada masa nak cari boyfriend. Dah ada boyfriend tak ni?"

"Alah, mummy... Bosanlah cakap pasal boyfriend. Dhira kan dah ada Ken."

Dhira dan Ken berbalas senyuman.

"That's right, my girlfriend," ucap Ken dengan nada nakal. Sempat dia kenyit mata ke arah Dhira.

"Baguslah tu. Bila mummy tanya Ken, dia kata dia dah ada Dhira," keluh Auntie Lin bersama gelengan di kepala.

"Fei Fei dah nak bertunang dah. Tak lama lepas tu, kahwin. Dhira bila lagi? Kalau tak, auntie kahwinkan aje dengan Ken. Auntie tak kesah kalau Ken pun masuk Islam."

Fei Fei sudah tergelak-gelak dengan bicara ibunya. Dhira dan Ken pula menggeleng serentak. Masing-masing tidak setuju dengan cadangan Auntie Lin. Itu cadangan tidak masuk akal.

"Tak apalah, mummy. Nanti Dhira cari boyfriend, ya. Jangan mummy terkejut pula kalau Dhira kahwin dulu daripada Fei Fei," seloroh Dhira.

"Eh, janganlah kahwin awal daripada I. Kita kahwin sama-samalah. Baru syok. Share pelamin. You kan my other half." Fei Fei ikut berseloroh. Pecah tawa masing-masing. Riuh ruang tamu dengan tawa mereka.

"Ni, dah makan ke belum?" soal Dhira setelah puas melepaskan gelak.

"Mesti belum, kan? Marilah makan. Dhira dah masak," pelawa Dhira.

"You masak?" tanya Ken tidak percaya.

"Seriously?"

"Dapur I selamat, kan? Tak terbakar?" usik Fei Fei.

Dhira tarik muka masam.

"Melampaulah you ni, Fei. Tengoklah dapur you tu. Mana ada terbakar. Berkilat adalah."

Fei Fei tergelak.

"Gurau ajelah."

Dhira bangkit dari duduknya lalu mengatur langkah ke arah meja makan. Tudung saji dibuka.

"Tada... Nasi Ayam Miss Dhira."

"Sedap ke?" soal Ken yang sudah berdiri di tepi meja makan. Mata lelaki itu memerhatikan makanan yang sudah siap terhidang di meja makan.

1 Pengakuan 9 LuahanWhere stories live. Discover now