Bab 11

1.7K 24 0
                                    

Segenap ruang rumah yang sudah dipenuhi perabot diperhatikan. Rasa-rasanya semua sudah lengkap. Perabot yang dipilih Encik Asyraf disusun elok. Permaidani, lampu, hiasan... Semuanya sudah diletakkan di tempat yang sepatutnya. Mengikut design concept yang dipersetujui oleh Encik Asyraf. Namun entah kenapa hati Dhira merasakan ada sesuatu yang kurang. Sesuatu yang belum disempurnakan.

"Kak... Min dah check. Semua dah settle. Projek kat rumah ni dah selesai," ucap Yasmin yang baru keluar dari bilik tidur. Gadis itu merupakan pembantu Dhira untuk projek ini.

Bibir Dhira diketap perlahan.

"Akak pun rasa dah settle. Tapi..." bicara Dhira dileretkan. Mindanya sedang ligat berfikir.

"Akak rasa ada satu benda yang akak tak buat lagi."

"Firasat akak aje tu kut. Min faham. Inikan projek pertama akak. Mestilah ada perasaan nervous," tutur Yasmin.

"Akak jangan risaulah. Kerja kita dah selesai." Gadis itu cuba menenangkan hati Dhira.

"Hah!" Mata Dhira membulat besar. Kepalanya ditoleh ke arah Yasmin.

"Akak dah ingat!"

"Apa dia?" soal Yasmin ingin tahu.

Dhira menghelakan nafas lega.

"Encik Zafran ada suruh akak pergi ambil satu lukisan ni. Dia nak akak gantung lukisan tu kat bilik Encik Asyraf. Hmmm... Macam manalah akak boleh lupa. Selamat dah ingat balik. Kalau tak... mesti kena marah dengan Encik Zafran."

Yasmin menggumam. Matanya dilirik ke arah fail yang berada di tangan.

"Hmmm, lain kali letak note kat sini," pesan Yasmin.

Dhira tayang sengih.

"Itulah... Akak lupa nak letak note masa tu. Hmmm, jomlah kita pergi ambil lukisan tu. Resit lukisan ada dalam fail tu, kan?"

Fail dibelek sekali lagi. Mencari resit.

"Ada," balas Yasmin bersama anggukan.

"Tak jauh sangat studio ni. Min rasa Min tahu kat mana. Area rumah kawan Min."

"Baguslah kalau macam tu."

Tanpa membuang masa, mereka berdua segera keluar dari rumah dan menuju ke alamat yang tertera di resit. Yasmin memandu keretanya. Lebih kurang dua puluh minit kemudian, mereka tiba di studio. Dhira menunjukkan resit kepada seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Pak Cik Aziz.

"Kak... Muka perempuan ni macam muka akaklah," ucap Yasmin yang sedang memerhatikan lukisan-lukisan yang ada di studio kecil Pak Cik Aziz. Lukisan seorang perempuan yang sedang mengambil angin di tepi pantai menarik perhatiannya.

Dhira menoleh ke arah lukisan yang dimaksudkan oleh Yasmin. Kakinya mula melangkah mendekati lukisan tersebut. Pandangannya seakan-akan terpaku di situ.

Pak Cik Aziz yang sedang membungkus lukisan untuk Dhira turut memandang ke arah yang sama setelah mendengar bicara Yasmin. Mata lelaki itu mula meneliti wajah Dhira dan wajah yang dilukisnya. Bibir diketap perlahan. Kemudian lelaki itu mula menyelongkar laci meja. Mencari sesuatu.

"Gambar ni, gambar kamu, kan?" tanya Pak Cik Aziz sambil menunjukkan sekeping gambar kepada Dhira.

Pandangan Dhira dihalakan ke arah sekeping gambar di tangan Pak Cik Aziz. Lambat-lambat dia mengangguk. Perempuan di dalam gambar itu memang dirinya tetapi dia tidak tahu bila gambar itu diambil. Yang pasti, gambar itu sudah lama ditangkap kerana dia masih belum berhijab.

"Macam mana gambar ni boleh ada dengan pak cik?" tanya Dhira dengan nada yang bergetar. Masih terkejut.

"Dah lama pak cik simpan gambar ni. Zafran yang suruh pak cik lukis. Dia dah bayar pun lukisan tu tapi dia tak nak pula. Dia suruh pak cik simpan aje. Itu yang pak cik gantung dekat sini," jelas Pak Cik Aziz.

1 Pengakuan 9 LuahanWhere stories live. Discover now