Bab 9

1.7K 25 0
                                    

Dhira menilik wajahnya di cermin sebelum melangkah keluar dari bilik. Ken dan Auntie Lin sudah pun menunggunya di meja makan. Sarapan sudah siap terhidang. Tersimpul senyuman manis melihat juadah yang terhidang. Sarapan kegemarannya. Pasti Ken yang sediakan.

"Morning!" ucap Dhira ceria. Laju sahaja langkahnya menuju ke meja makan.

"Wah... Bestnya kalau hari-hari ada orang sediakan breakfast sebelum I pergi kerja," kata Dhira seraya menghempaskan punggungnya di sebelah Ken. Hanya mereka bertiga sahaja di rumah itu. Fei Fei sudah pun pulang ke Singapura malam semalam. Dhira dan Ken yang hantar gadis itu ke lapangan terbang.

"Thank you, Ken," tambah Dhira.

Ken tayang sengih.

"Memang I selalu prepare breakfast untuk you, kan? Tapi masa you duduk dengan kami lah."

Dhira hanya tersenyum kecil. Sudu dan garpu dicapai sebelum mula menjamah omelette special Ken. Gadis itu gemar betul omelette yang disediakan oleh Ken sebab bahan-bahan yang digunakan lelaki itu sangat menyelerakan. Kena dengan cita rasanya. Bawang besar, mozzarella cheese, chicken ham dan juga cendawan butang. Semuanya dipotong dadu kecuali cendawan butang yang dihiris halus. Mudah aje nak buat sebenarnya tapi, bila gadis itu buat mesti tak jadi macam Ken. Mungkin sebab dia tak ada skill.

"Lepas Dhira pindah, Ken dah jarang masuk dapur. Susah betul mummy nak rasa masakan dia," adu Auntie Lin.

"Oh, you dah malas, ya?"

"Tak... Bukan malas. Tapi I nak latih Fei Fei. Biar dia rajin masak. Nanti dah kahwin, senang," bidas Ken, memberi alasan padahal sejak Dhira tiada, mood memasaknya sudah hilang. Lelaki itu mengerling jam dinding di ruang tamu.

"Eh, cepatlah makan. Nanti lambat pula you masuk kerja."

Dhira turut memandang jam.

"Relakslah. Hari ni kan I ada driver. Tak payah nak rush sangat," kata Dhira bersahaja.

"Pukul berapa you balik Singapore?"

"Meeting I tak lama pun. Tapi kami balik malamlah kut. Kasi can mummy I lepas rindu pada you."

"Oh, maknanya... you jemput I dari tempat kerja jugalah?" tanya Dhira sambil tayang wajah comel. Nak tagih simpati.

"Baiklah, Cik Dhira. I relakan diri jadi driver you hari ni," balas Ken dengan nada yang agak lucu.

"Oh ya, you tak nak beli kereta ke?"

Dhira berfikir seketika.

"Nanti dululah. Buat masa sekarang ni, I selesa aje guna public transport. Lebih senang. Tak payah nak hadap jammed, cari parking."

"Tapi you kan selalu keluar... Jumpa klien, monitor projek, cari barang. Kan senang kalau you ada kereta. Senang nak bergerak."

"Betul tu, Dhira. Kalau Dhira tak kesah, mummy boleh uruskan," cadang Auntie Lin, bersetuju dengan pendapat anaknya.

Dhira ukir senyuman nipis. Air kopi yang masih panas diteguk berhati-hati.

"Terima kasih, mummy. Tapi Dhira lebih selesa guna public transport sekarang ni. Nanti kalau Dhira terasa nak guna kereta, barulah Dhira beli."

"Hmmm, ikut suka youlah, Dhira. Jangan kata abang tak payung," gurau Ken.

Dhira terkesima. Matanya terhala ke arah Ken.

"Wow! Siapa ajar you ayat tu?" tanya Dhira dengan nada terkejut.

Ken melepaskan tawa.

"Bakal adik ipar I. Rezza."

1 Pengakuan 9 LuahanWhere stories live. Discover now