Bab 8

1.6K 18 0
                                    

Radio dibuka. Hot FM menjadi pilihan. Alunan lagu mula memenuhi ruang rumah. Dhira mengatur langkah ke singki. Lengan baju disingsing hingga ke siku dan gadis itu mula melakukan tugasnya di dapur. Ayam yang baru dibeli dari pasar dicuci bersih.

Selesai membasuh ayam dan mencuci tangan dengan sabun, gadis itu mendapatkan iPad yang terletak elok di meja bar. Resipi yang dicari semalam dibelek semula. Zaman sekarang semuanya mudah. Belajar masak melalui Internet aje. Macam-macam resipi ada.

Malam semalam, kalut Dhira mencari resipi selepas diberitahu Fei Fei sekeluarga akan melawatnya. Puas dia fikir nak masak apa. Semestinya dia akan pilih masakan yang paling senang nak masak. Dia tu bukan mahir dalam bidang masakan ni. Setakat lepas tekak sendiri aje. Lama menilik pelbagai jenis resipi, gadis itu akhirnya memutuskan untuk menyediakan nasi ayam untuk tetamu istimewanya dari Singapura. Resipi yang paling mudah!

Wajah gadis itu tampak ceria. Teruja barangkali. Sesekali gadis itu menyanyi riang apabila lagu kegemarannya diputarkan oleh deejay radio. Jam dinding sentiasa dikerling. Takut dia terlalu leka di dapur sehingga tidak sedar waktu berlalu.

Dhira tersenyum manis setelah masakannya siap dihidang di meja makan. Gadis itu menghela nafas lega.

"Akhirnya... Siap juga nasi ayam aku. Harap-harap dia orang suka."

Dapur yang berkecah dibersihkan. Dilap sehingga berkilat. Peralatan memasak yang sudah kotor dibasuh. Kemudian dia menghilangkan diri ke dalam bilik. Ingin mewangikan dirinya.

Loceng rumah berbunyi sewaktu Dhira sedang mengemaskan selendang yang sudah terlilit di kepala. Mata gadis itu membulat teruja. Tersimpul senyuman di bibir.

"Dah sampai!"

Tanpa membuang masa, Dhira terus mengorak langkah ke pintu rumah.

"Welcome home!" jerit Dhira dengan wajah terujanya. Gembira betul gadis itu setelah melihat wajah Auntie Lin, Fei Fei dan juga Ken di depan rumah. Auntie Lin terus dipeluk. Erat.

"I miss you, mummy!"

"I miss you too." Auntie Lin membalas pelukan Dhira.

Dhira berbalas senyuman dengan Fei Fei dan juga Ken.

"Jemputlah masuk tuan rumah," seloroh Dhira. Pintu rumah dibuka seluas-luasnya, mempersilakan tetamunya masuk ke dalam rumah.

"I nak masuk toilet. Dah tak tahan," ucap Ken sebelum berlari ke bilik air.

Dhira hanya tergelak kecil. Baru sahaja dia ingin mengekori langkah Auntie Lin yang sudah masuk ke dalam rumah, lengannya sudah ditarik oleh Fei Fei. Gadis itu mendekatkan bibirnya ke telinga Dhira.

"Mana rumah ex-husband you?" tanya Fei Fei ingin tahu dalam nada berbisik.

Dhira menjegilkan matanya. Tidak sangka Fei Fei akan mengajukan soalan sebegitu kepadanya.

"Manalah I tahu."

"Takkanlah you tak tahu?" balas Fei Fei tidak percaya.

"Betullah. Buat apa I nak tipu you. Jomlah masuk."

Cepat-cepat Dhira mengorak langkah ke dalam rumah. Tidak mahu Fei Fei bertanya lebih lanjut tentang Zafran.

Fei Fei senyum penuh makna.

"Dhira, you dah nampak kuruslah," komen Fei Fei sambil melangkah masuk, mengekori Dhira dari belakang.

"You tak cukup makan, eh?"

Dhira terus pandang dirinya di cermin besar di ruang tamu. Tubuh badannya diperhati.

"Hesy, mana ada. Sama aje macam dulu." Dhira menoleh ke arah Auntie Lin yang sudah pun merehatkan dirinya di sofa panjang.

1 Pengakuan 9 LuahanWhere stories live. Discover now