"Masak Maggi, goreng telur, rebus air, dan banyak lagi," kata Syaqila dengan bangga.

"Eleh, setakat tu aku pun bolehlah kat celah gigi aku je semua tu," balas Arina geram.

Aira menggeleng dengan telatah kedua-dua sahabatnya. "Korang ni dah mula la tu nak gaduh lepat tu yang jadi mangsa aku juga jadi orang tengah korang," sampuk Aira.

Arina dan Syaqila selalu bergaduh dalam hal remeh-temeh dan yang selalu jadi orang tengah Aira. Apabila Arina nak bagitahu kepada Syaqila kan diberitahu kepada Aira dan baru Aira sampakikan kepada Syaqila dan begiitulah sebaliknya. Tetapi pergaduhan mereka tak berlarutan sampai berhari-hari. Paling panjang satu hari dan yang paling pendek hanya beberapa jam lepas tu kembali berbaik.

"Okey, okey. Tapi kau masakkan kami tomyam untuk tengah hari ni boleh?" pinta Syaqila lagi.

"Malaslah aku. Tadi korang ejek aku. Aku dah masakkkan nasi goreng ni pun dah lebih dari cukup," bantah Aira yang tak berganjak dengan keputusannya.

"Alah... Boleh la Ira, sayang," pujuk Arina.

"No means no. Order pizza ke McD ke macam selalu. Ha, tak pun makan kat luar," cadang Aira.

"Makan kat luar. Best juga bunyinya tu. Bolehlah kita pergi shopping," ujar Arina yang bersetuju dengan cadangan Aira.

"Sebut pasal shopping aku ingat nak beli baju baru," beritahu Aira.

"Cantiklah tu. Aku pun sama. Tapi naik kereta kau." Syaqila bersetuju dengan rancangan kawan-kawannya itu.

"Apa pulak naik kereta aku. Selalu kita naik pergi dengan kereta Rina si Peugeot RCZ tu," bantah Aira

"Bagus juga idea kau tu, Qila. Sekali sekali pi dating dengan Fair Lady best jugak." Arina menyokong kata-kata Syaqila.

"Yelah, naik kereta aku tapi lain kali Suzuki Swift pulak."

"Orait, miss boss," kata Syaqila dan Arina serentak.

"ARIL bangun!" jerit Puan Marianne apabila melihat anaknya masih berlingkar di atas katil lagi. Dia menarik langsir dan mengikatnya dengan kemas. Bilik yang gelap jadi terang benderang apabila cahaya matahari menerobos masuk ke dalam bilik. Dia menggeleng apabila melihat anaknya yang kembali menyambung setelah dikejutkan tadi. Dia menarik comforteryang meliputi kepala anaknya.

"Apa ni mummy? Aril nak tidur pun tak boleh," rungut Hairil yang mengemaskan comforter yang menyelimuti seluruh badannya.

"Bangunlah Aril matahari dah tegak atas kepala tu," bebel Puan Marianne.

"Mummy ni cakap macam tu macamlah Aril ni anak dara. Hari ni hari minggu Aril nak tidur sepuas-puasnya nak qada tidur Aril yang sebelum ni."

"Suka hati kamulah. Jangan merungut kalau tak ada makanan nanti kamu bangun tidur. Mummy tak masak hari ni sebab mummy dan daddy nak keluar tengah hari ni," pancing Puan Marianne. Dia melangkah keluar sampai di depan pintu dia terserempak dengan anak sulungnya.

"Kamu nak pergi ke mana pagi-pagi ni, Qal?" tegur Puan Marianne.

"Eh, mummy! Qal nak keluar kejap," beritahu Haiqal.

"Wow! Hensemnya abang Aril ni. Along nak keluar jumpa siapa?" Hairil tiba-tiba menyampuk dari arah belakang Puan Marianne.

"Bukan Aril tidur ke tadi?" tanya Puan Marianne hairan.

"Mi, tu tadi ni sekarang Aril dah bangun. Nanti tak ada makanan kebulurlah cacing-cacing kerawit Aril nanti."

"Bab makan nombor satu," sindir Haiqal.

Prince on White Horse (Bakal Terbit)Where stories live. Discover now