Jinyoung membuka pintu bilik 2jae. Youngjae, Jackson dan Yugyeom sudah pun tertidur di sofa ruang tamu, penat kerana menangis tanpa henti. Jinyoung juga penat, tetapi dia risaukan keadaan Jaebum dan Bambam. Dia sudah masuk ke dalam bilik Bambam dan dia ternampak Bambam sedang tidur jadi dia tak mahu mengganggu.

"Jaebum hyung?" Jinyoung melangkah masuk ke dalam bilik itu. Kemudian dia ternampak Jaebum yang duduk dari posisi baringnya.

"Oh, Jinyoung-ah" tegur Jaebum, berusaha untuk membuat suaranya normal. Tapi Jinyoung tahu yang dia sedang menangis. Mata Jaebum merah. Menyakitkan Jinyoung. Jaebum bangun dan berdiri di hadapan Jinyoung. "Ada apa?" tanyanya.

Jinyoung hanya diam. Memandang mata Jaebum yang dipenuhi air. "Hyung nangis ke?" tanya Jinyoung dan Jaebum terdiam. Jaebum melihat mata Jinyoung yang terlalu yakin, dia tahu dia tak boleh menipu Jinyoung. Tetapi dia tak nak mengaku. Tak. Dia tak nak sesiapa tahu kalau dia menangis sebab Mark. Jaebum mengambil masa sebelum dia tunduk dan melepaskan nafas berat.

Dia mendongak semula dan tersenyum lemah. "Hyung just ngantuklah" tipunya. Jinyoung tidak memberi response. Jaebum tersenyum palsu lagi sekali.

"Hyung basuh muka kejap" kata Jaebum lagi. Sejurus dia pusing ke belakang, Jinyoung berkata sesuatu.

"Hyung marahkan Mark hyung ke?"

Langkah Jaebum terhenti, reaksinya berubah dan air matanya terus berguguran. Dia kaku di situ, tak tahu apa nak dikatakan. Dia langsung tak sangka yang Jinyoung begitu faham. Dia tunduk ke lantai. "A--anniya" jawabnya dengan suara yang bergetar. Air matanya menitis di lantai dengan laju.

"Jangan marah Mark hyung" kata Jinyoung, lembut. Air matanya mula membentuk di kelopak mata. "Mark hyung mesti ada sebab untuk bu--"

"Hyung just nak benci dia!" Jaebum memotong kata-kata Jinyoung, membuatkan Jinyoung terdiam. Jaebum menoleh menghadap Jinyoung dengan tubuhnya sudah pun bergetar, menangis dengan teruk. Jinyoung yang agak terkejut terus menghampiri Jaebum dan mereka berpelukan. Jaebum menangis lebih teruk.

"Dia buat semua ni supaya kita benci dia sebab tu hyung nak benci dia!" kata Jaebum. Walaupun dia hanya meneka, tetapi dia yakin itu tujuan Mark. Dan dia tak tahu kenapa. Jinyoung terus mengalirkan air mata dan dia memejamkan matanya rapat-rapat.

"Hyung nak benci dia..." kata Jaebum dalam tangisannya dan dia memukul belakang Jinyoung dengan kudrat yang tinggal. "Bagi hyung benci dia..." suara Jaebum semakin lemah dan dia memeluk Jinyoung lebih erat. Jinyoung turut melepaskan sedu-sedan yang cuba dia tahan. Mereka berdua terus menangis dengan teruk tanpa sebarang dialog lagi selepas itu.

***

Mark terlantar di katil di California International Hospital, dia kini tak kelihatan seperti dulu. Sekarang dia lemah, sangat lemah.

Sejurus Mark tiba di California, Mark terus terjatuh lemah di lapangan terbang. Matanya kabur dan dia tahu hidungnya tak berhenti mengalirkan cecair pekat bewarna merah itu. Kemudian dia tak sedarkan diri.

Sejurus dia sedar, dia berada di katil itu, dan dia tak dapat lagi bergerak sebebas dulu. Hidung dan mulutnya ditekup dengan alat pernafasan, badannya dipasang dengan beberapa jenis wayar dan lengannya dicucuk dengan tiub yang bersambung pada sejenis cecair.

Penerangan doktor sudah jelas. Mark sedang menghitung hari. Bila-bila masa Mark boleh melepaskan nafas terakhir. Puan dan Encik Tuan yang sepatutnya bersama Mark telah keluar untuk menguruskan hal Mark dengan doktor. Jadi Mark bersendirian di dalam wad itu.

Mark menutup mata, nafasnya begitu berat. Dadanya begitu sempit, seolah-olah seluruh salur oksigennya tersumbat. Kemudian dia membuka mata perlahan-lahan, memandang ke arah siling yang semakin kabur di pandangannya. Dia kemudian menoleh sedikit ke arah kiri, memandang ke arah pintu.

Pintu wad milik Mark dibuka dan orang pertama yang masuk ialah Bambam diikuti ahli got7 yang lain.

"Hyung!! Eeeee hyung ni lemahnya! Baru demam sikit dah masuk hospital!" tegur Bambam dengan nada gurauan dan mereka menghampiri Mark yang duduk bersandar pada katil. Mark ketawa kecil sambil memandang ke arah Bambam yang mengambil tempat duduk di kerusi pelawat di sebelah katil.

"Yah, Bambam! Mana boleh cakap macam tu dekat orang sakit!" marah Jinyoung yang berdiri di sebelah kerusi Bambam, turut bernada gurauan. Yang lain hanya ketawa melihat telatah Bambam yang menjelirkan lidah selepas itu.

"Mark hyung, hyung macam mana?" tanya Jaebum, sambil bersandar pada meja di sebelah katil Mark dan memeluk tubuh. Mark mendongak memandangnya, tersenyum sebelum mengangguk memaksudkan yang dia semakin pulih. "Better" jawabnya sepatah.

"Eyyy Mark hyung! Cepatlah sihat! Dorm kita kekurangan 'dinding' untuk berbual!" kata Jackson dan mereka semua ketawa.

"Yahhhh Mark hyung bukan dinding!! Dia tembok!" balas Yugyeom dan mereka ketawa lagi.

"Yah! Macam ni korang bila melawat hyung?!" Mark marah, cuba menjadi serious untuk tiba-tiba tetapi berakhir dengan ketawa lagi. Mark turut ketawa.

"Hyung tak payahlah nak buat macam tu! Hyung tak garang!!" kata Youngjae dan mereka ketawa lagi.

Air mata Mark mengalir. Dia kemudian menoleh semula ke arah siling, dia mengumpul semangat. Dia menutup mata dan dia menyedut nafas dengan dalam, perlahan sebelum tangannya dengan perlahan memegang alat pernafasannya.

I'm sorry if my existance disturb you, got6.

Hyung love you guys.

Got7, jjang.

Dan dia membuka alat pernafasan itu.

I'm sorry,got7. I love you.

---

Note : Alat bantuan pernafasan hanya digunakan untuk membantu pesakit yang tak boleh bernafas dengan anggota tubuhnya lagi. Pesakit akan mati andainya alat itu dibuka lebih 1 minit.

[C] Memories Ringing | Got7 Malay FanficOnde histórias criam vida. Descubra agora