Prologue

3.3K 226 10
                                    

Makcik Ji Rang sibuk menyapu di sekitar kawasan tanah perkuburan itu, menjalankan kerjanya pada hari itu. Dia sudah lama bekerja sebagai penyapu sampah di kawasan perkuburan itu. Jadi dia selalu nampak peristiwa-peristiwa yang berlaku di situ. Sedih, hiba, menangis seperti tiada hari esok. Dia dah nampak semuanya.

Dia terlalu tua untuk melihat semua tangisan itu. Dia sudah terlalu biasa. Tempat perkuburan itu tidak pernah hilang dari aura kesedihan. Dan dia sudah tidak larat nak melayan perasaannya.

Sedang dia sibuk mengumpulkan daun-daun kering menggunakan penyapunya, tiba-tiba dia terdengar bunyi tangisan. Dia menoleh dan dia ternampak seorang remaja lelaki sedang melutut di sebelah sebuah kubur dan meraung dengan sangat teruk. Terlalu teruk sehinggakan Makcik Ji Rang mendapat satu aura yang baru.

Aura penyesalan. Putus asa.

Makcik Ji Rang menghampiri lelaki itu sebelum menyentuh bahunya. Lelaki itu mendongak dengan matanya yang teramat merah, sembab. Nafasnya tersekat-sekat kerana sedu-sedan. Makcik Ji Rang turut terasa sebak. Sudah agak lama dia tidak menerima aura seteruk ini.

"Aiga (Child), kenapa kamu menangis macam ni?" tanya Makcik Ji Rang dengan suaranya yang agak bergetar, cuba menahan tangisan sendiri. Mendengar suara Makcik Ji Rang yang menahan sebak itu membuatkan lelaki itu menangis lebih teruk. Dia terus berdiri dan memeluk Makcik Ji Rang dengan erat sambil melepaskan segala raungan.

"Ahjumma..." panggil lelaki itu dalam raungannya membuatkan Makcik Ji Rang terus melepaskan air matanya. Dia turut memeluk lelaki itu. Lelaki itu terbatuk-batuk beberapa kali sebelum menangis dengan teruk lagi. Teramat teruk.

"Ahjumma...I can't hold with this....I'm too weak..." kata lelaki itu dalam tangisannya.  Makcik Ji Rang mula menangis dengan agak teruk. Dia tak dapat tahan lagi. Auranya terlalu kuat. Lelaki itu menggelengkan kepala beberapa kali, tak larat nak menahan tangisannya lagi.

"I give up..." katanya perlahan.

"Just let me die..."

[C] Memories Ringing | Got7 Malay FanficWhere stories live. Discover now