Ep 1

10.4K 453 9
                                    

Nama aku, Nur Zara Arissa Suraya. Aku berumur 16 tahun. Dan sekarang, aku baru bangun daripada tidur.

Aku bangun dengan jam loceng sendiri. Tiada dayang yang akan kejutkan, tiada mandi bunga, tiada dress untuk yang bergelar 'Princess' dan tiada yang akan disuruh.

Ya, aku memang baik.

Aku suka berdikari. Tak perlulah dayang-dayang bagai. Kesian diorang tu, penat...

Ayahanda dan bonda yang suka suruh-suruh orang. Nasib baik aku anak tunggal. Kalau tak, adik-beradik pasti akan memenatkan semua pembantu termasuklah tukang masak.

Aku bangun dari katil dan terus menuju ke kamar mandi. Aku masuk lalu bersiram.

°°°
°°°

Aku turun lalu menuju ke dapur. Santapan hari ini sangat sedap. Dan makanan itu adalah...

Nasi lemak.

Aku memang penggemar nasi lemak sejak kecil. Badan aku yang langsing dan menawan ni tak akan gemuk punya. Eceh...

"Dah siap? Mari kita bersantap," ujar Bondaku, Permaisuri Sawardah.

"Baiklah bonda. Sedap masakan hari ini. Siapa yang masak?" Tanyaku sambil mencedok nasi lemak kedalam pinggan.

"Pastilah bonda. Siapa lagi kan, sayang?" Kata ayahandaku, Raja Saiful dengan nada romantis.

Aku tersedak lalu meminum air dengan rakus. Aku menghabiskan makanan dengan cepat. Tak sanggup aku mendengar ayat-ayat romantis dari ayahanda.

Aku menyalam tangan bonda dan ayahanda. "Bye... Arissa pergi dulu."

"Baiklah. Hati-hati, ya Suraya."

Aku lebih suka membahasakan diriku 'Arissa'. Tapi, keluarga kerabat suka memanggilku dengn panggilan 'Suraya'. Kawan-kawan pula memanggilku 'Zara'.

Aku mencapai kanta lekapku lalu memakainya. Cermin mata palsu yang besar juga kupakai.

Mata sebenarku bewarna kelabu. Tapi, aku pakai kanta lekap warna coklat. Aku pakai cermin mata sekali supaya tak nampak ketara sangat.

Sahabatku, Farah amat meminati Puteri Suraya iaitu diriku.

Keluargaku sering muncul di kaca televisyen. Disebabkan itu, aku menjadi terkenal.

Untuk langkah berjaga-jaga, aku melakukan penyamaran.

Jika aku ke sekolah, aku akan menukar penampilan.

Pakai kanta lekap dan cermin mata, pakai tudung labuh sikit, pakai krim biar nampak gelap sikit. Aku sebenarnya putih melepak. Apa? Puji diri sikit tak boleh ke?

Ayahanda dan bonda pun tahu pasal rahsia ni. Diorang pun setuju supaya aku dapat bergaul dengan orang lain. Baik kan mereka?

Oh! Driver aku dah tunggu. Ok, bersedia untuk ke sekolah.

Kisah Rahsia Puteri RajaKde žijí příběhy. Začni objevovat