Part 50

4.1K 398 28
                                    

[Sora POV]

Aku masuk ke perkarangan sekolah dengan langkah yang malas. Aku still mengantuk sebab malam semalam aku tidur lewat semata mata nak tunggu EXO punya comeback.

Sedang aku berjalan, tiba tiba tanganku ditarik dengan kuat. Terkejut aku dibuatnya.

"Yah apa ni main tarik tarik?" Marah aku. Aku mengusap pergelangan tanganku yang sudah merah. Kemudian aku memandang gerangan yang berani buat aku begini.

Mata aku membulat kerana terkejut manakala 'dia' pula hanya tersengih memandang aku.

"Annyeong Sora, kita jumpa lagi!" Dia mengenyitkan matanya terhadapku.

"Omg Mingyu?! Weh aku rindu kau! Dah lah lupa nak mintak u/n IG kau. Kalau tak boleh aku stalk!" Jerit aku sambil terlompat lompat teruja di hadapan lelaki yang tinggi lampai itu.

Walaupun baru 3 hari tak berjumpa, tapi aku dah rindu dia. Dia banyak tolong aku masa dekat kem haritu.

Dia ketawa kecil melihat aku.

"So, kau dengan Jungkook macam mana? Dah okay?" Tanya Mingyu tiba tiba.

"Dah, jangan risau!"

"Oh mestilah dah okay, sebab kau pergi minum soju kan hari tu?"

Gulp.

Terkejut bagai nak terkeluar jantung aku mendengar soalannya. Mana dia tahu ni? Manusia durjana mana yang bagitahu? Uih tak gunaaa.

"Macam-"

"Jungkook bagitahu aku." Mingyu menjeling aku.

Hek, macam mana Jungkook boleh contact Mingyu ni? Dan kenapa, dia mesti bagitahu Mingyu? Astaga pening kepala aku.

"Eh hahahhaha kelas dah nak bermula ni. Aku gerak dulu. Apa apa jangan roger!" Laju sahaja aku memecut ke kelasku. Benda pertama yang aku nak buat bila masuk kelas nanti ialah

Bakor biskut ╮(─▽─)╭

Aku meletakkan beg aku dengan ganas dan mengetuk meja Jungkook dengan kuat.

Pam!

"Oh kau Pak Jabit bela kambing!" Dia melatah kuat kerana terkejut dengan ketukan meja.

Aku nak aje ketawa besar dekat situ tapi aku kena control macho dulu.

"Ehem. Kenapa kau bagitahu Mingyu pasal tu?!"

"Hah? Pasal apa?" Dia masih blank. Muka mamainya ditenung tajam oleh aku.

"So.Ju"

"Oh, suka hati aku lah. Dah pergi sana, kacau aku nak tidur je." Balasnya selamba lalu sambung tidur semula.

K. Buang tenaga aku je marah dia tadi. Rancangan nak bakor biskut, tapi sekarang aku pula yang dah terbakor. Hm acane ni.

Tik tok tik tok dan akhirnya waktu makan tengah hari telah pun tiba. Aku pergi ke kantin bersama Taeyeon. Apabila masuk ke kantin, tiba tiba aku dilanggar seseorang. Habis susunya tumpah ke blazer aku.

Heol, ada je masalah.

"Aish dah kenapa langgar langgar, mata kau letak dekat mana?!" Jerit aku, aku mengelap susu yang tumpah tadi. Pandangan aku tertumpu terhadap gerangan yang melanggar aku tadi.

Shit, sotong ni lagi.

"Ops mianhae, i tersengaja pulak!" Dia menjeling aku.

Eh, cucuk mata tu kang baru tahu.

Disebabkan bengang mendengar kata katanya, air mineral yang berada di tangan Taeyeon aku capai. Aku membuka penutupnya dan menyimbah air itu ke muka Mina.

Habis mukanya basah, tidak lupa juga rambutnya yang seperti sotong kurita itu pun turut basah.

Kini, semua mata pelajar di kantin ini tertumpu melihat adegan aku dan Mina.

"Jangan fikir aku tak boleh balas apa yang kau buat dekat kau sebelum ni." Aku tersenyum sinis terhadapnya dan terus keluar daripada kantin. Tak ada selera nak makan lepas tengok muka Mina tu.

"Woah cool gila lah kau tadi. Aku puas dengan hasil kerja kau tadi!" Taeyeon menepuk tangannya dan aku hanya tersenyum bangga.

Lebih kurang 10 minit jugak lah aku mengambil masa untuk bersihkan blazer aku ni. Susu tu pekat kot, susah nak hilang ugh.

Aku berjalan ke locker aku, untuk mengambil buku latihan. Tiba tiba, aku dihentak ke locker dan badanku dikunci olehnya.

"Jeon Jungkook?!" Jerit aku terkejut. Cepat sahaja tangannya menekup mulutku, yelah suara aku dah lah nyaring. Sampai bilik guru pun boleh dengar hek kau ado?

"Aku dengar khabar angin tadi, kau simbah air mineral dekat muka Mina. Betul ke?" Bisik Jungkook di telingaku lalu memandang aku dengan renungan tajam yang mampu membunuh semua pelajar perempuan di sekolah ini.

Aish jantung, janganlah buat hal masa ni!

"Ha ah. Kalau aku buat macam tu pun, kenapa? Nak marah lah tu? Nak backup Mina?" Aku membalas renungannya pula.

"Anni. Cuma, goodjob! Nice gila kau simbah air dekat dia. Kau tahu tak, aku menyampah betul dengan sotong tu. 24 jam nak berkepit dengan aku je." Terang Jungkook panjang sambil tersenyum gembira.

Fuh mati mati aku fikir dia nak marah aku tadi.

Klik.

Tanpa mereka sedari, ada seseorang yang cuba untuk memerangkap mereka berdua. Dia mengambil gambar Jungkook dan Sora yang sedang berdiri dalam keadaan yang sangat rapat. Dia tersenyum puas dan berlalu pergi.

---

Ayeyeyye ai rasa korang pun dah tahu siapa yang tangkap gambar tu 😏😏

Read, comment & vote ~

Annoying Neighbour   JjkWhere stories live. Discover now