Part 46

4.2K 399 9
                                    

[Jungkook POV]

Aku bangun daripada tidur dan menggeliat malas. Aku mengeratkan lagi pelukan aku pada bantal aku.

"Ah choo!" Aku terbersin apabila ada sesuatu yang menyentuh hidungku. Aku menarik benda yang menyentuh hidungku tadi dalam keadaan yang masih menutup mata dan..

"Aww!" Satu suara nyaring kedengaran. Aku terus membuka mataku, terkejut aku dibuatnya apabila melihat 'bantal' yang dipeluk tadi, sebenarnya Sora.

Sora juga sama seperti aku, terbeliak matanya apabila melihat jarak wajahku dan wajahnya hanya satu inci sahaja.

"Aaahhhhh" jerit kami berdua serentak. Keadaan menjadi semakin huru hara.

"The hell! Apa yang kau dah buat dekat aku hah? Mana pergi baju kau?!"

"Eh aku buat apa? Kau tu ha, apa yang kau buat dalam bilik aku?! Aku memang pakai singlet je aish!"

"Ni dah dikira mencabul kehormatan aku ni!"

"Mana ada aku buat apa apa lah!" Bantah aku tidak puas hati.

Tiba tiba sahaja aku dan Sora terdiam dan mengingat semua apa yang terjadi pada malam semalam.

"Err aku—" Kata aku dan Sora serentak. Kemudian kami berdua tersengih malu.

"Kau cakap lah dulu." Kata Sora. Aku mengangguk.

"Err aku.. Huh, sorry. Aku tak buat apa apa pun dekat kau. Kau yang datang bilik aku semalam, menangis teresak esak sebab takut kilat." Terang aku sambil memandang ke tempat lain. Malu woi, dah tidur dengan musuh sendiri ergh.

"Lepastu aku mintak nak tidur dengan kau sebab aku takut? Kan?" Tanya Sora kepadaku. Aku mengangguk tanda betul.

"Hee mian mian. Aku takut semalam sebab tu aku datang bilik kau!" Sora tersengih malu. Begitu juga dengan aku. Ideaku masuk pula untuk mengacau Sora.

Dah lama tak kacau dia, rindu pulak.

"Tapi rugilah semalam, aku tak sempat nak em em dekat kau." Aku tersenyum sinis. Mendengar sahaja kataku, Sora terus memukul kuat bahuku. Aku mengaduh kesakitan.

Tangan Sora ni batu ke konkrit? Apahal keras semacam?

"Sekali lagi aku dengar kau cakap macamtu, aku kerat kau jadi 14 bahagian. Lepastu aku tanam kau dekat dinding rumah ni." Ugut Sora sambil menunjukkan senyuman syaitonnya.

Gulp. Menyeramkan.

Aku terus menolak tubuhnya keluar daripada bilikku.

"Dah, aku nak mandi." Kata aku mencari alasan. Lama lama tengok si Sora ni, boleh tercabut bulu roma aku.

[End Jungkook POV]

---

[No One POV]

Sora tergelak besar setelah keluar daripada bilik Jungkook.

"Aku rasa aku memang ada potensi untuk berlakon dalam cerita horror lah." Fikir Sora sendirian.

Dia turun ke dapur untuk membuat sarapan pagi. Kotak cereal dikeluarkan tetapi malang tidak berbau, isinya sudah pun tak ada.

Membulat mata Sora apabila mendapati kotak cereal tersebut telahpun kosong. Dia mendengus geram.

"Jeon Jungkook! Kau turun sekarang!" Jerit Sora bagai nak gegar rumah jadinya. Nasib baik semua cermin di dalam rumahnya tidak pecah.

"Bwo?!" Jungkook pula kelam kabut turun daripada biliknya. Berus gigi masih ditangannya manakala ubat gigi memenuhi mulutnya.

"Kau habiskan cereal kesayangan aku ni?!"

"Yep, kenapa??" Jerit Jungkook pula. Habis ubat gigi di dalam mulutnya tersembur ke arah Sora.

"Pengotor lah babun!"

"Hah, tahu pun. Aku tengah berus gigi tadi, yang kau terjerit jerit tu kenapa?!"

"Kau lah, pergi habiskan cereal aku asal?"

"Dah tu, kau nak aku mati kelaparan?"

"Mati jelah kau, suruh Mina selamatkan kau." Kata Sora sambil menjeling tajam ke arah Jungkook. Manakala Jungkook pula, terus naik ke atas semua dengan dengusan geram.

"Dia berdendam dengan aku ke macam mana? Asyik nak babitkan Mina je!" Marah Jungkook sendirian. Tiba tiba, pintu biliknya diketuk. Dia tahu itu adalah Sora, jadi dia hanya memakai tuala sahaja.

"Bisku— pft mana baju kau?" Jerit Sora sambil menutupkan matanya dengan kedua dua telapak tangannya.

"Tu ha, aku baru nak pakai baju. Kenapa?"

"Aish, kalau ye pun pakai lah baju dulu. Habis mata aku yang suci murni ni." Bantah Sora. Jungkook hanya menjeling tajam ke arah Sora.

Suci murni konon pft.

"Dah, aku dah pakai baju. Kau boleh bukak mata suci murni kau tu." Perkataan suci murni selamba sahaja ditekan oleh Jungkook, sengaja ingin membuat gadis dihadapannya ini sakit hati.

"Good. Kaja!" Sora terus menarik Jungkook keluar daripada biliknya.

"Yah, kau nak bawak aku pergi mana ni?!"

"Mana lagi, market lah. Cereal aku habis sebab kau, so kau kena teman aku!"

"Aish fine." Balas Jungkook dengan muka yang tidak rela.

---

Sesampai sahaja di market, Sora terus bergerak je bahagian cereal lalu meninggalkan Jungkook keseorangan. Dia memuncungkan mulutnya. terlompat lompat ingin mengambil cereal yang terletak di tempat atas sekali.

"Apa lah pergi letak tinggi tinggi. Tak kesian ke dengan orang yang pendek?" Bebel Sora sendirian. Dia mencuba sedaya upaya untuk mengambil cereal itu.

Tetapi, ada satu tangan yang mencapai cereal tersebut lalu memberi kepada Sora.

"Itulah kau, bukan nak makan sayur. Patutlah pendek!" Jungkook tersenyum nakal.

"Mana ada pendek. Aku sampai lah, sengaja je buat buat tak sampai. Mana tahu ada hero sampai ke, tapi malangnya. Kau pulak yang sampai." Kata Sora dalam nada memerli.

"Oh ye? Berapa tinggi kau? 150cm?"

"Tinggi lagi okay."

"155cm?"

"Oh tolonglah, tinggi lagi!"

"159cm...?" Jungkook mengangkat keningnya. Dia pasti kali ini jawapannya betul.

"Macam mana dia tahu?" Fikir Sora pelik. Dia menjeling tajam ke arah Jungkook.

"Nak bagitahu ni, pendek itu comel. Bye." Sora terus berlari meninggalkan Jungkook yang terpinga pinga. Tidak sanggup lagi mendengar dirinya yang pendek ini dihina oleh biskut yang tak berguna.

Lari dan lari, tiba tiba Sora terlanggar seseorang.

"Gwenchanayo?" Tanya orang tersebut. Sora memandang ke arah suara tersebut dan matanya terbeliak tanda terkejut.

"Eomma?!"

---

Kalau otak ni tak bersarang malam ni, myb ai update lagi okay. Maklumlah, idea selalu hilang tanpa diduga ╮(─▽─)╭

Read, comment & vote ~

Annoying Neighbour   JjkWhere stories live. Discover now