Part 11

5.4K 593 11
                                    

[Sora POV]

Aku melihat eomma dan appa serta Auntie Jeon & Uncle Jeon ketawa terbahak bahak. Aku mengerutkan dahi.

Apa pulak kali ni? Kenapa gelak pulak?

Okay. Sebenarnya aku dah penat. Dah lah tadi masa balik sekolah, aku fikir biskut tu perogol. Lepastu bila balik rumah je, biskut kata aku dengan Bambam kena kahwin.

Haih apa lah nasib aku ni.

Kini, aku memandang wajah Jungkook yang seperti.. Kecewa?

Alahai biskut ni. Aku yang kena kahwin. Bukan kau. Overacting betul mamat ni.

Aku masih menunggu kata kata yang hendak dikeluarkan oleh eomma dan appa. Tolong cakap semua ni tak betul.

Tapi hakikatnya, mereka masih ketawa seperti pontianak. Err apa yang lawak sangat ni?

"Ehem. Mind to tell me what's happen right now? Am I just miss something?" Tanyaku dengan membuat muka blank seperti kehilangan anak itik di siang hari.

Ha tu dia. Siap speaking lagi.

Kau ada? Kau takde kan. Oh please. Jangan babitkan Diva AA tu dalam cerita ni. Menyampah hmm.

"Apa yang kamu merepek ni Jungkook?"

Akhirnya. Auntie Jeon mengeluarkan sepatah lima katanya yang sangat berharga.

Kini, mataku memandang tepat ke arah Jungkook pula.

Apa yang dah jadi?

---

[Jungkook POV]

"Apa yang kamu merepek ni Jungkook?" Jawab Eomma selamba.

Merepek?

Me re pek?

"Eomma takyah sorok apa apa dah. Jungkook dah tahu. Eomma dengan Appa nak arrange married Bambam dengan Sora kan?!" Balasku dengan nada yang sedikit tinggi. Sikit je. Mana boleh kurang ajar dengan parents.

Mata Sora membulat mendengar kata kataku. Takkan Sora pun taktahu jugak? Melampau betul.

Sekali lagi, eomma dan appa ketawa mendengar statement aku. Aku semakin pelik.

"Sah sah adik kamu dah prank kamu." Jawab eomma.

Prank.

Prank.

Prank.

Perkataan tu terngiang ngiang dalam fikiran aku sekarang ni.

Aku tersenyum kecil sambil menunjukkan gigi aku yang putih berseri ni.

Muka merah aku sedaya upaya disorok.

"Oh yeke? Hahaha kalau macam tu Jungkook mintak diri dulu, nak siapkan homework. Serious banyak! A-annyeong!"Kata aku laju. Dah macam Namjoon Hyung rap dah.

Sempat lagi aku memandang wajah Sora. Dia ternganga luas. Muka dia tak ubah macam budak hingusan.

Muka blank gila.

Aku menahan ketawa. Kalau boleh aku nak ketawa besar kat situ sebab tengok muka dia tu.

Tapi, aku ni lelak sejati. Kenalah gentle sikit.

---

[Sora POV]

Dari tadi, aku tak habis habis mengerutkan dahi. Tak faham dengan situasi ni.

Selepas sahaja Jungkook rap tadi, dia terus memecut laju balik ke rumahnya. Aku menjeling tajam ke arahnya. Bila difikirkan balik kata kata Auntie Jeon dan Jungkook, baru aku faham.

Rupanya Bambam dah prank si biskut tu. Apa lah biskut ni. Dengan adik sendiri pun dah terkena.

Dan, aku pun terkena jugak.

"Hah kamu ni pulak Sora, tercegat apa lagi kat situ? Nak kahwin ke?" Suara Appa mengejutkan aku.

Aku cepat cepat menggelengkan kepalaku dan tersenyum malu.

Tak sedar pulak tadi aku dah terkutuk Jungkook. Hahaha sorry Jungkook. Tak sengaja.

Aku tersengih seperti kerang busuk. Eh taknak busuk. Nak wangi.

"Takde apa apa. Hee, Sora naik atas dulu!" Kata aku dengan mesra. Sempat lagi aku membongkokkan sedikit badanku tanda hormat kepada mereka.

Aku bukan macam Jungkook, cakap bye lepastu terus lari. Tak hormat kan?

Okay stop it Sora. Kau mengutuk Jungkook lagi.

Lepas sahaja membersihkan diri, aku terus mencapai phone aku. Youtube dibuka. Jariku pantas menaip tajuk kdrama kegemaran aku. Moorim School.

Sedang syok layan kdrama ni, tiba tiba aku teringat dekat Bambam.

Agak agak macam manalah nasib dia kena belasah dengan Jungkook?

Nasib kau lah Bambam. Siapa suruh kacau Jungkook aka mamat biskut tu? Huhu.

Sedang syok melayan kdrama, tiba tiba aku terdengar suara seperti seorang yang menjerit.

Okay jangan suspend sangat, tu Bambam je.

Oh tak, tu Jungkook.

Aku membuka tingkap dan menjelingnya. "Kau nak apa?" Tanya aku dalam nada yang malas.

"Rindu." Jawab Jungkook pendek. Mataku membulat mendengar kata katanya.

Biar betul biskut ni?

"Kau buang tabiat ke apa ni?"

"Ey wait, siapa cakap dengan kau, aku cakap dengan tingkap kau! Pe ra san." Balas Jungkook sambil ketawa besar.

Aku menjelingnya, aku mengaku yang aku ni perasan, tapi si Jungkook tu memang menyakitkan hati!

---

Sorry if this chapter are totally boring ╥﹏╥

Read, comment & vote ~

Annoying Neighbour   JjkWhere stories live. Discover now