Part 27

4.3K 426 1
                                    

[Jungkook POV]

Aku menggeliat bangun dari tidur, tuala segera dicapai lalu terus bersiap untuk ke sekolah.

Setelah selesai bersiap, dengan keadaan malas aku turun ke bawah untuk membuat sarapan pagi.

Aku melihat sekeliling, eh mana Sora? Takkan belum bangun lagi?

Kelihatan tubuh badan seseorang sedang sibuk menyediakan sarapan.

"Halmeoni?" Tanya aku. Halmeoni memandang ke arahku.

"Hah, dah bangun pun kamu. Pergi kejut Sora, halmeoni dah siapkan sarapan ni."

"Ah nae.." Jawabku sambil tersenyum manis. Baiknya halmeoni sediakan sarapan untuk aku dengan Sora.

Tapi peliklah, kenapa perangai Sora tak sama dengan halmeoni dia eh? Pemalas, tak pandai masak, suka buat rumah bersepah. Haih Sora Sora.

Sepanjang aku berjalan untuk pergi ke bilik Sora, aku asyik menyumpah seranah Sora di dalam hati. Mana tak nya, dia fikir dia tuan puteri ke kena kejut bagai?

"Tok tok tok" aku mengetuk pintu bilik Sora dengan perlahan campur malas.

Tiada sahutan. Aish mana dia ni. Tidur mati ke macam mana.

"Dong dong dong" kali ini, aku mengetuk pintunya dengan lebih kuat. Namun, masih tiada apa apa yang berlaku.

"Jungkook-ah, kalau dia tak bukak jugak kamu ambil je kunci bilik dia dekat bilik appa dia. Ada dalam laci" jerit halmeoni dari bawah dengan kuat.

"Nae" balas aku pula. Aku segera pergi ke bilik appa Sora dan kembali ke bilik Sora.

Dengan menggunakan kunci bilik tadi, akhirnya pintu dapat dibuka. Aku melihat Sora yang sedang nyenyak tidur. Pft, kaki terkangkang. Ni Sora ke harimau yang tengah tidur?

"Sora, bangunlah. Kau tak nak pergi sekolah ke?" Aku menggoyang goyangkan bahunya.

Sora masih meneruskan tidurnya tanpa bergerak sedikitpun.

"Yah, ireona!" Kali ini, suara aku semakin tinggi. Tetapi, keputusannya tetap sama. Sora masih tidur.

Wait, aku ada satu idea.

"Sora! Ada lipas atas badan kau eee berbulu bulu!!" Jerit aku dengan kuat.

"Hah mana mana?!" Dengan automatiknya, Sora terus terjaga dari tidurnya. Dia mengusutkan rambutnya dan terlompat lompat di atas katil.

Tak sangka, Sora takut lipas. Harap je perangai macam lelaki, fuh dalam hati ada taman. Berguna jugak idea aku ni.

"Tu lipas, dalam hidung kau hahaha. Pabo Sora, penakut! Dah lah pergi mandi, kau taknak pergi sekolah ke?" Kata aku lalu ketawa besar melihat keadaan Sora seperti baru sahaja melalui pengalaman gempa bumi.

Sora mendengus geram. Selimutnya yang berselerak terus dicampak ke arahku. Kemudian dia berlari ke dalam bilik air.

"Yah!" Jerit aku tidak puas hati. Aku terus turun ke bawah untuk bersarapan.

---

[Sora POV]

Setelah selesai bersarapan dengan halmeoni, aku bersiap untuk ke sekolah. Beg sekolah dipakai. Aku bergegas ke sekolah memandangkan hanya ada 10 minit lagi sebelum bermula sesi persekolahan.

Dalam keadaan kelam kabut, sempat lagi aku bertanya kepada halmeoni.

"Halmeoni, mana Jungkook?" Sejak aku baling selimut kat dia tadi, langsung tak nampak batang hidung dah.

"Dia dah pergi dulu tadi." Jawab halmeoni. Aku hanya meng'oh'kan jawapan halmeoni.

Aku menuju ke pintu utama untuk keluar. Wait, rasa macam ada yang tak kena.

Aku memandang ke arah kakiku, pft kasut tak pakai lagi. Penyakit lupa aku ni mengalahkan halmeoni pulak.

Aku pergi ke rak kasut, mencari kasut sekolahku. Namun, tak jumpa. Aku semakin gelabah, satu rumah aku mencari kasut, tapi masih tak jumpa.

Cari punya cari, akhirnya aku jumpa kasut tu dalam bilik Jungkook. Maksud aku, dalam bilik tetamu.

Aku syak ni semua Jungkook punya kerja.

"Tch tak guna punya biskut, kau tunggu jelah nasib kau nanti ugh."

Setelah memakai kasut, aku segera berlari menuju ke sekolah. Sempat jugak aku membuat 'Run BTS Cover By Sora'.

Aku berdiri tegak di hadapan pintu kelas. Seram pulak nak masuk.

Tiba tiba, pintu kelas dibuka.

"Lee Sora, what are you doing here?!" Sergah Mrs. Seon kepadaku. Bahuku terhenjut apabila disergah begitu.

Aku melihat ke dalam kelas, kelihatan Jungkook sedang ketawakanku dengan muka hodohnya itu.

Taeyeon pula mengerutkan dahi tanda 'kenapa kau datang lambat?' kepadaku.

Manakala Taehyung pula, mukanya merah menahan gelak. Dua kali lima je dengan Jungkook.

---

Read, comment & vote ~

Annoying Neighbour   JjkWhere stories live. Discover now