Part 35

3.8K 401 19
                                    

[Sora POV]

Aku dan Jungkook, berjalan kaki ke market, dalam keadaan yang senyap. Tanpa suara. Bunyi anjing menyalak membuatkan bulu roma tegak berdiri.

Tiba tiba, aku terasa seperti ada satu tangan yang memegang tanganku, dengan sangat erat. Aku tersentak.

"Jeon Jung--"

Belum sempat aku berkata, Jungkook meletakkan jari telunjuknya ke bibirku. Membuatkan hatiku berdebar dan tergamam.

Haih stop it, Lee Sora.

"Halmeoni suruh aku jaga kau, aku kena tepati janji aku." Jawabnya, dengan suara yang amat berbeza. Ni bukan Jungkook yang aku kenal. Jungkook yang aku kenal, menyakitkan hati. Tak pernah nak jaga perasaan orang.

Aku ingin menarik tanganku daripada pegangannya tapi Jungkook menguatkan lagi pegangan, tanda tak nak melepaskan tanganku.

Aku mengeluh perlahan, sebenarnya aku tak selesa dengan keadaan macam ni. Lagi lagi sekarang ni Jungkook memandang aku, dengan pandangan yang susah untuk ditafsir.

"Wae?" Tanya aku pelik dengan pandangan yang diberi oleh Jungkook.

Jungkook berhenti. Tanganku masih erat dalam pegangannya.

"Sora-ah, kalau.."

"Kalau apa?" Tanya aku, tidak sabar ingin mendengar soalan yang ingin diberi Jungkook.

"Ah tak ada apa apa lah." Kata Jungkook dan segera memandang ke tempat lain, mukanya kemerahan.

Aku mengerutkan dahi. Mana boleh macam ni, kena bagitahu jugak!

"Ala cakap lah. Kalau apa??"

"Fine. Kalau aku suka kau, agak agak apa reaksi kau?" Kata Jungkook laju, dia memerhati ke dalam anak mataku.

Aku tersentak dengan kata kata yang aku dengar tadi. Hatiku berdegup 2 kali ganda lebih pantas daripada biasa, dah macam baru lepas lari marathon.

"M-maksud kau?" Tanya aku lagi, ingin memastikan apa yang aku dengar tu betul ke tak.

"Pabo." Jawabnya pendek. Aku semakin pelik dengannya, kenapa aku pulak kena pabo?

"Reaksi kau macamni. Mata kau bulat, pipi merah macam tomato yang dah terlebih masak. And, mesti hati kau dup dap kan?" Tanyanya lagi. Otak aku sedang memproses kata katanya.

"Too bad, aku sengaja nak kenakan kau! Heh, serve you right!" Jerit Jungkook ditelingaku. Dia melepaskan tanganku, dan terus berlari meninggalkan aku keseorangan.

"Yah tak guna punya biskut!!" Jerit aku, agak kuat jugak lah. Nasib baik lah tak ada orang. Kalau tak buat malu aku je.

Aku memandang sebuah market 24jam yang berada di depanku. Patutlah dia berhenti tadi, rupanya dah sampai kat market. Pft.

---

Tok tok tok.

Aku terdengar pintu bilikku diketuk, aku melihat jam yang berada di atas rak sebelahku.

3 a.m.

Aku mengikat rambutku yang serabai dan berdiri di depan pintu.

"Nugu?" Tanya aku, masih dalam keadaan mamai. Senyap. Tiada jawapan mahupun bunyi.

Aku cuba bertanya lagi sekali namun masih lagi tiada jawapan. Disebabkan sakit hati, aku terus membuka pintu bilikku dengan kasar.

Aku terlihat satu tubuh lelaki sedang berdiri tegak sambil menunduk ke bawah. Bahunya terhenjut henjut, mungkin menangis?

Aku terdiam. Patut ke aku tegur dia? Siapa dia?

Aku tak tahu kenapa aku berani sangat. Aku bergerak selangkah ke hadapan lalu memegang bahu lelaki itu. Apabila aku memegang bahunya, dia terus memandang aku dengan pandangan yang sayu.

Matanya kelihatan sembab, air matanya mengalir, hidungnya merah. Lagi terkejut apabila lelaki itu sebenarnya adalah Jungkook.

Tiba tiba, dia memelukku erat, seperti tak nak melepaskan aku daripada pelukannya. Dia menangis teresak esak ketika memeluk aku. Aku dapat merasakan air matanya membasahi bahagian belakang bajuku.

"Jungkook-ah, wae ire?" Tanyaku risau. Risau dengan keadaan dia yang sekarang.

Dia melepaskan pelukan dan memandang tepat ke arah anak mataku. Air mata yang mengalir tadi dilapnya.

"Mianhae Sora. Aku ni ego, aku sayang kau tapi aku tak nak mengaku. Aku nak sangat jaga kau. Tapi aku tak boleh. Aku tak mampu." Kata Jungkook, air matanya mengalir lagi.

Terasa sebak dengan situasi ini, aku terdiam. Air mata cuba ditahan. Aku masih keliru, apa yang Jungkook cakap ni?

"A-aku tak faham" jawab aku pendek dengan suara yang bergetar.

"Kau lupa ke? Aku dah mati 2 tahun yang lalu, sebab penyakit leukemia. Ingat tak, kau ada bagi sokongan kat aku sebelum pembedahan. Kau suruh aku janji yang aku takkan tinggalkan kau. Tapi, aku tinggalkan kau dengan keadaan yang terpaksa. M-mianhae." Jawab Jungkook, kini dia menangis dengan kuat.

Dunia bagai terhenti, jantungku berdegup pantas. Aku terdiam, tak mampu untuk bersuara.

Betul ke apa Jungkook cakap ni?

"And.. Hari ni aku diberi peluang, untuk jumpa dengan orang yang aku sayang, Lee Sora. Aku rindu kau!" Terangnya panjang. Aku menekup mulutku, menahan diri daripada menangis. Namun gagal, aku terduduk di atas lantai, menangis teresak esak.

Dia.. Hanya wujud masa 2 tahun yang lalu?

Habistu sebelum ni, aku bergaduh dengan siapa? Siapa jiran aku? Siapa yang tinggal serumah dengan aku?

"Kau tipu kan? Tak payah lah gurau benda macam ni!" Aku meninggikan suara, seperti orang kena histeria.

"Tak, aku tak tipu. Sora-ah, saranghae. Semoga kita jumpa lagi!" Kata Jungkook, cahaya samar samar membuatkan aku tak nampak kemana perginya Jungkook.

"Yah Jungkook! Kau pergi mana?! Kau kata kau takkan tinggalkan aku! Kau dah janji kan?!" Jerit sekuat kuat hatiku. Dada aku sakit kerana terlalu banyak menangis.

---

Tbc.

Hey there! Sorry kalau chapt ni tak sedih sangat. Author tak pandai buat part part menangis lol but i'll do my best (: Thanks for read it! ~ dont forget to vote and comment💕

Annoying Neighbour   JjkWhere stories live. Discover now