13

4.2K 580 28
                                    

"Haha... Kau ingat aku percaya? Kau saja nak takutkan aku kan..."

Krystal mengeluarkan telefon daripada poket seluarnya. Berpura-pura menghiraukan Cindy yang masih galak merenungnya. Debaran yang dirasakan hanya dia yang tahu. Betapa kencangnya jantungnya berdegup tika itu.

"Krystal... Pandang lah aku.."

Cindy memegang tangan Krystal yang menggeletar. Serasa sejuk seperti ais.

"ARGHHH HANTU PERGI DARI SINI!!!"

Tiba-tiba Krystal berlari ke arah pintu bilik Cindy sambil terjerit-jerit. Cindy melangkah menghampiri Krystal yang sudah terduduk memeluk kakinya, dengan kepalanya ditundukkan, menggigil.

"Krystal...."

"Pergilah!! Shuh shuh!! Cindy mana kau pergi?!!"

"HAHAHAHAAHAHAHA."

Cindy ketawa terbahak-bahak membuatkan Krystal memberanikan diri untuk memandangnya.

"Weh sakit perut aku. Kau jangan lah buat lawak."

Krystal termangu-mangu? Amende ni? Dia berdiri bercekak pinggang. Seketika barulah dia tersedar yang Cindy hanya mengusiknya.

"Kau yang buat lawak. Kau tau tak aku takut gila!! Ish merajuk lah."

"Alolo, aku gurau je okay sorry. Krystal kau ni cantik, comel..-"

"SETAN KAU!!!"

Cindy terdiam, begitu juga Krystal.

"Eh apa tu??"

Cindy menyoal.

"Kau tak payah buat lawak lagi lah Cindy. Aku tak kan tertipu lagi kali ni."

Krystal berlalu ke ruang tamu dan duduk di atas sofa.

"Krystal! Aku sumpah tadi tu bukan aku.."

'PRANG!! PAKK!!'

"Serious?"

Krystal berlari ke sisi Cindy seraya merangkul lengannya.

"Aku pasti bunyi kuat tu bukan kau Cindy.."

"Habis tu bunyi apa?"

Kedua-dua gadis itu memandang wajah antara satu sama lain.

***

Pintu dikuak sedikit demi sedikit dari dalam. 4 pasang mata galak memerhatikan keadaan di luar.

"Tak ada apa pun..."

Krystal menggumam.

"Kita salah dengar kot."

Cindy pula merumuskan.

Tiba-tiba, Jungkook keluar daripada bilik Suga.

"Eh tu...-"

Cindy menekup mulut Krystal menggunakan tangannya. Matanya memerhatikan figura Jungkook yang berlari menuruni tangga.

"Shh..."

"Kenapa Cindy?"

Krystal berbisik.

Selepas Jungkook hilang dari pandangan, Cindy menarik Krystal keluar daripada bilik, menuju ke bilik Suga.

"Aku rasa ada something fishy lah.."

"Why?"

"Kau ni selama aku cerita pasal Suga kau tak pay attention ke?"

"Ish, dengar tapi apa kaitan dengan lelaki yang baru keluar dari bilik Suga ni?"

"Kau tak rasa pelik ke? Selama ni Jungkook kata dia tak pernah kenal pun Suga. Tiba-tiba dia keluar dari pintu bilik Suga?"

"Hmm, logik juga tu kau punya kemusykilan. Habis tu, kita nak buat apa ni? Takkan nak tercegat je depan pintu dia."

"Kau berani tak Krystal?"

Krystal menggeleng berkali-kali.

"Tapi kau terpaksa berani."

Cindy menarik tangan Krystal, melangkah masuk ke dalam bilik Suga. Pintu bilik yang sedikit renggang itu dikuak perlahan.

"Cindy!! Aku takutlah kenapa gelap sangat ni?"

Mata mereka seakan-akan buta kerana kegelapan. Sedikit cahaya pun tidak kelihatan menyukarkan pergerakan mereka.

"Kejap, kita kena cari suis lampu."

"Isk kita keluar jelah, mana boleh masuk rumah orang sesuka hati."

"Kau ni cuba diam sekejap. Lagi bagus kalau kau tolong aku cari suis lampu."

Cindy mengarah seraya meraba-raba dinding dengan tangannya. Dia berasa pelik kerana terasa sesuatu yang tajam menyucuk-nyucuk jarinya sewaktu tangannya menyentuh permukaan dinding. Semakin lama, dia merasakan Krystal semakin jauh dengannya.

"Krystal! Kau kat mana?"

"Weh aku takut... Mana kau Cindy??"

"Lain kali pegang lah tangan aku. Aduh, kau cari jelah suis sampai jumpa. Krystal, kau hati-hati sikit sebab dinding ni tajam semacam."

Dua gadis itu meneruskan 'kerja' mereka bila tiba-tiba mereka terdengar bunyi seperti plastik.

"Suga? Awak ada dekat situ ke?"

Tiada jawapan. Cindy semakin runsing. Hatinya memarahi diri sendiri kerana memeningkan kepala sendiri.

"Cindy!! Kau jumpa tak sui- Arghhh!!"

"Krystal?! Kenapa?! Krystal kau kat mana?!"

Cindy panik apabila terdengar jeritan Krystal yang nyaring. Krystal tidak membalas panggilan Cindy membuatkan Cindy bertambah panik.

Keadaan jeda selama 2 minit. Membuatkan Cindy seperti emak kehilangan anak mencari arah Krsytal.

Disebabkan kekalutannya, dia terjatuh menyembah lantai. Cindy mengaduh kesakitan. Serasa seperti kakinya terpijak sesuatu yang tajam.

"Aduh, amende ni. For god sake! Aku perlukan cahaya."

"Huff..Huff...."

Telinga peka Cindy menangkap bunyi seperti seseorang bernafas... dengan tidak stabil.

"Krystal.. Kau ke tu? Janganlah main-main. Ni tak lawak lah!! Aku minta maaf pasal tadi tapi please! Aku takut ni.."

Air mata mula bergenang di pelupuk mata Cindy. Tiba-tiba, seseorang menepuk bahunya. Serasa sejuk sekali tangan itu.

Cindy menutup matanya serapat yang boleh. Dia betul-betul takut.

"Umff, ak..u... Krys.."

"Krystal?? Kau ke tu?"

Tangan itu menepuk bahunya beberapa kali. Cindy terus menarik tubuh kecil itu ke dalam pelukannya.

"Risaunya aku! Nasib baik tak jadi apa-apa kat kau. Kenapa kau cakap macam tu?"

Cindy mengesat air matanya yang mengalir.

"Mu..lut..luk..a"

"Hah?"

"Umff.."

"Okay takpa. Yang penting kita kena keluar dari sini sekarang."

Cindy bangun, kakinya terasa sakit tetapi dia gagahkan diri untuk keluar dari situ. Dia dipapah Krystal.

Tangannya terawang-awang mencari arah. Tiba-tiba, dia terasa seperti sesuatu yang berbentuk....

Suis?

•comment•
•vote•

Thankyou♡

pain | yoongiWhere stories live. Discover now