1

11K 827 39
                                    

Petang yang merimaskan. Cuaca yang panas buat aku bertambah rimas. Lagi-lagi terperangkap dalam kesesakan lalu lintas. Aku mengeluh. Punca kesesakan lalu lintas tu ialah kemalangan. Sebuah motor dilanggar lori yang membawa tong gas. Kebanyakan orang yang memberhentikan kereta di bahu jalan bukan untuk membantu, semuanya sekadar memerhati seraya mengambil gambar.

Adakah kau fikir kematian sesuatu yang menghiburkan sampai kau kena ambil gambar?

Malas aku nak fikir. Punat radio aku tekan. Suasana yang sunyi tadi terisi dengan suara-suara DJ radio yang ceria.

***

Aku memarkir kereta. Keluar dari kereta, aku melihat keadaan sekeliling apartment di hadapan aku. Not bad. Aku mengeluarkan telefon bimbit dari dalam beg. Nombor "Landlord" aku tekan call. 2 saat menunggu, panggilan berjawab.

"Hello?"

"Hello, aunty. Ni Cindy. Saya dah ada dekat depan apartment aunty."

"Ah kamu Cindy! Ha yeke? Kejap lagi aunty turun bawa kunci ye."

Talian dimatikan. Aku berpeluk tubuh seraya bersandar pada keretaku. 4 minit kemudian, figura seorang wanita yang berbadan agak gempal terkocoh-kocoh menghampiri aku dengan sebuah senyuman.

"Cindy, kenapa tunggu bawah panas ni?"

Aku sekadar tersenyum melihat keperihatinannya walaupun ni baru pertama kali kami bersua muka.

"Tak panas pun aunty. Hm, mana satu bilik yang aunty nak sewakan pada saya?"

"Ha, jom ikut aunty, bilik kamu di tingkat ke dua belah kanan."

Aku menuruti langkah aunty yang aku belum ketahui namanya. Menaiki tangga ke tingkat 2, menyusuri lorong yang agak gelap di waktu senja. Kalau malam mesti lagi gelap ni.

Tiba di hadapan sebuah pintu, langkah kaki aunty berhenti. Dia memalingkan wajahnya menghadapku.

"Ni lah biliknya. Kamu tengok-tengok lah dulu. Kalau kamu confirm nak sewa, datang tingkat 1 ye. Bilik aunty yang belah kiri. Nanti sign contract."

Aku mengganguk seraya menyambut huluran kunci dari tangan aunty. Sebelum dia melangkah lebih jauh, aku sempat bertanya.

"Aunty! Nama aunty apa?"

"Hara. Kim Hara."

***

Aku mengeluh lagi. Menyesal pula bawa barang banyak-banyak datang sini. Penat nak angkat kotak, ulang-alik dari kereta, turun naik tangga.

Hari beransur gelap. Aku melangkah menuju ke kereta buat kali yang keempat. Ini last round. Aku tersenyum bahagia. Penyeksaan bakal berakhir.

Selesai proses mengangkut barang yang maha banyak, aku mula mengemaskan barang-barang keperluanku di tempat yang sepatutnya.

Bilik ni boleh tahan luas untuk aku tinggal sorang. Masuk je dari pintu, ada sofa dan sebuah televisyen menyambut. Bahagian dalam bilik ni dibahagi tiga. Ruang tamu, ruang makan dan bilik tidur.

Aku mengganguk puas. Berbaloi lah kalau sewa dekat sini berbanding dalam bandar. Harga dekat sana mesti jauh lebih mahal.

Sekilas aku melirik jam yang tergantung di dinding. 10:50 malam. Patutlah mengantuk sangat. Dari pagi sibuk uruskan urusan nak berpindah ni. Sampai lupa masa.

Hati aku masih terasa sebal mengenangkan nasib yang menimpa aku. Pekerjaan aku sebagai hairstylist menyebabkan aku terpaksa berpindah bila saloon tempat aku bekerja dirobohkan. Semuanya sebab pemilik saloon tu rupa-rupanya buruan polis sejak sebulan lepas atas kesalahan apa, aku tak ambil peduli. Sakit hati punya pasal.

Aku ada cuba minta kerja di saloon lain. Tapi semuanya dah cukup pekerja. Cari punya cari dekat google, jumpa satu saloon di daerah Busan. Aku apply, tak sangka pula dapat. Aku pun terpaksa berpindah ke sini sebab tak mampu nak bayar sewa apartment lama aku yang makin menaik harganya.

Aku mengemaskan apa yang termampu. Kemudian aku bersihkan diri dan menyarung pyjama kegemaranku. Lepas tu? Baring atas katil lah.

Baru aku nak lelapkan mata, sesuatu menggangu. Ada bunyi yang membingitkan telingaku. Bunyi orang bertukang. Aku mencapai telefon bimbit di sisi. 12:05 malam.

Siapa yang bertukang tengah-tengah malam ni?

•comment•
•vote•

Thankyou♡

pain | yoongiWhere stories live. Discover now