7

4.4K 627 38
                                    

Bomba berlalu pergi dengan membunyikan sirennya yang membingitkan telinga.

"Macam mana ni Cindy? Aunty risaukan Yoona."

Aku memandang wajah Aunty Hara yang nampak sangat gusar. Walaupun aku baru kenal dia, aku tau dia baik. Aku pun risaukan keadaan dia juga. Aku cuba tenangkan Aunty Hara yang dah tak keruan.

"Tak ada apa-apa tu, kita doakan dia cepat sedar ya?"

Aunty Hara hanya mengganguk.

"Cindy, aunty. Jom pergi tengok Yoona."

Jungkook bersandar pada bonet keretanya. Aunty Hara memasuki perut kereta. Sebelum aku masuk, aku mencari kelibat lelaki tadi.

Dari jauh aku dapat lihat dia sedang duduk di atas batu di taman permainan kawasan perumahan ni.

"Jungkook, Aunty...Saya ada hal penting nak selesaikan. Nanti saya datang ya. Korang pergi dulu."

Sejurus selepas itu, aku menutup pintu kereta seraya memerhatikan kereta Jungkook bergerak laju membelah angin. Sehingga hilang dari pandangan mataku.

Suasana menjadi sunyi. Aku ditemani kegelapan malam. Semua jiran dah pulang. Perasaan menyesal menular dalam diri aku. Kenapalah aku tak ikut je mereka tadi...

Aku tak boleh berpatah balik. Lantas aku berjalan ke arah taman. Semakin aku menghampiri lelaki itu, semakin kuat debaran di jantung aku.

Kenapa aku rasa macam ni?

Lelaki tu asyik memandang rumput di hadapannya. Apa bendalah yang dia khusyuk sangat tengok tu.

Aku tiba di hadapannya.

"Err...."

Tiada kata-kata yang keluar dari mulutku. Aku beranikan diri dan mengambil tempat di sebelahnya.

"Awak tengok apa?"

Sekilas dia memandang aku. Kemudian dia tunjukkan sesuatu pada rumput tu. Aku agak runsing sebab aku tak nampak apa-apa pun.

Cahaya bulan membantu pandangan aku. Terkejut. Bila aku nampak bangkai kucing yang sangat mengerikan. Patutlah bau busuk sangat.

"Eh awak. Kotorlah. Kita duduk jauh sikit dari benda ni boleh?"

Aku dah menutupkan hidung seraya memandang wajahnya.

"Kau tau apa rasanya sakit?"

Aku mengangkat sebelah keningku.

"Sakit? Mestilah tahu.. Kenapa awak tanya?"

"Kau tau betapa sakitnya kucing ni sebelum dia mati? Kenapa dia mati? Macam mana dia mati?"

"Hm, tak...."

Manalah aku tau semua tu. Ingat aku letak cctv ke dekat kucing ni?

"Nama awak apa?"

Keinginan aku untuk tahu berada pada tahap tertinggi.

"Suga."

"Suga? Hahah, macam sugar je."

Aku ketawa kecil. Cuba membuatkan dia ketawa. Tapi hampa. Wajahnya tetap sama. Tiada senyuman yang terukir di bibirnya.

"Nama betul awak?"

Diam.

"Hm tak apa lah kalau rahsia. Nama saya Song Shihye. Boleh panggil Cindy."

Aku menghulurkan tangan untuk berjabat tangan dengannya. Sampai nak lenguh aku hulur. Tak bersambut. Last-last aku simpan balik tangan aku...

Suasana menjadi sunyi. Aku tak tau dah nak cakap apa. Aku pergi tengok Yoona lagi bagus.

"Okaylah, saya nak pergi tengok Yoona. Bye."

Aku menghadiahkan senyuman buatnya seraya melambai. Tiba-tiba dia bangun dan mengikuti langkahku.

"Aku nak ikut."

Aku terkedu. Tak kan nak cakap tak boleh pula kan?

***
Suara DJ radio yang rancak berbual menjadi peneman sepanjang perjalanan ke hospital.
Suga masuk je kereta terus dia tidur. Gaya macam orang tak tidur setahun je. Aku baru ingat nak soal siasat dia bertukang apa yang bising sangat tu.

Setibanya aku di perkarangan hospital, aku menepuk lembut bahu Suga. Tak sampai hati aku nak kejutkan dia sebab dia nampak letih sangat. Tapi tak kan nak tinggal dia sosorang dalam kereta pula.

"Suga.. Suga.. Bangunlah kita dah sampai."

"Hm?"

Suga bangun dengan mata yang separuh terbuka. Dia mengeliat merenggangkan saraf-saraf.

"Kita dah sampai. Jom."

Aku membuka pintu kereta dan melangkah beriringan dengannya. Mencari nombor bilik Yoona.

pain | yoongiWhere stories live. Discover now