Special Part 3 (Edisi Syawal)

Start from the beginning
                                    

"Sedap tak sambal ayam tu?"

"Sedap." Puji papa.

"Sedap giler." Puji kak long.

"Yummy." Puji abang Long.

"Abang Naufal yang masak." Kata Sofea.

"Wow! impressive, right ma?" Tambah kak long lagi.

"Fea yang banyak beri tunjuk ajar. Angah campak-campak je semua bahan-bahan
tu. Without her guide, mesti fail lah sambal ayam tu." Tutur Naufal.

"Hhahaha, merendah diri pulak lah anak mama ni. Kalau tak dia lah yang kemain lagi memuji diri sendiri. Kan papanya?"

"Tahu takpe, mamanya. Fea kena selalu ajak suami Fea ni tolong kat dapur. Buat projek memasak kat dapur. Baru harmoni rumah tangga." Celah papa pula.

"Macam papa lah kan? Selalu tolong mama kat dapur." Sampuk abang long plak.

"Tau tak pe." Puji mama pulak.

Selesai berbuka puasa bersama-sama, mereka sekeluarga menunaikan solat maghrib bersama-sama sambil diimamkan Naufal sendiri. Sementara menunggu Isyak, mereka sekeluarga sempat menunaikan solat sunat hajat. Malam hari raya aidilfitri adalah antara malam-malam yang mustajab waktunya untuk berdoa.

Selepas solat Isyak, masing-masing meminta diri untuk pulang ke rumah masing-masing. Papa, mama, kak long sekeluarga pulang ke kediaman papa dan mama. Umi pula dihantar pulang ke rumah teduhan kasih. Walaupun sudah dipujuk untuk bermalam di rumah Sofea, wanita itu tetap bertegas mahu pulang. Mahu membuat persiapan bersama-sama anak-anak syurga nya di rumah Teduhan Kasih.

"Esok pagi-pagi kita nak kemana dulu bang?" Soal Sofea.

"Entah lah. Fea rasa kita ke rumah umi dulu atau ke rumah mama? Abang tak nak kedua-duanya berkecil hati."

"Kita ke rumah mama lah. Inikan pertama kali Fea beraya dengan abang. Umi pun tak kisah sebab tadi umi yang suruh Fea ke rumah mama dulu sebab esok umi mesti sibuk uruskan budak-budak tu semua. Lagipun, dua-dua rumah pun dekat. Beruntung sangat lah Fea kahwin dengan abang. Tak payahlah  gaduh-gaduh nak balik kampung siapa dulu."

"Okeylah kalau macam tu. Tapi pagi-pagi esok kita ke rumah umi dulu ya. Bermaaf-maafan dulu dengan umi. Lepas tu baru kita ke rumah mama."

"Okey, abang. Iman dah tidur?"

"Dah, ni abang nak alihkan dia kejap tidur kat dalam katil bayi." Kata Naufal sambil mendukung Iman untuk diletakkan ke dalam katil bayi di sebelah nya.

"Buat apa lagi tu? Sinilah kat abang."

"Kejap ek. Fea tengah prepare baju raya kita untuk esok."

Cakap sahaja baju raya, tiba-tiba sahaja Naufal membayangkan dirinya pakai baju warna pink.

Jambu nya lahai....

"Abang....." Sofea segera merebahkan dirinya ke atas katil.

"Sayang...."

"Erm....dah tido ke?"

"Belum. Kenapa?"

"Tak ada apa-apa." Kata Naufal sambil membelai rambut isteri nya.

"Abang, sorry."

"Sorry kenapa?"

"Gara-gara Fea abang terpaksa pakai baju melayu pink esok. Fea tak tahu pula yang abang ni anti-pink."

"Erm, demi sayang abang sanggup pakai pink esok. Fea suruh pakai baju melayu corak batik pun abang sanggup tau."

"Yalah tu, nanti mengadu dengan mama."

"Sayang dengar ke?"

"Dengar apa?" Kata Sofea mahu berteka-teki dengan suaminya.

"Fea....main-main ya dengan abang. Sini..." Usik Naufal sambil mendekatkan dirinya dengan Sofea.

Hampir terjerit Sofea apabila bibir nakal Naufal menyentuh bibirnya.

"Abang...."

"Shhh... Don't move. Freeze."

Seperti dipukau, Sofea beku di pembaringannya. Matanya saling bertatapan dengan suaminya.

"I love you abang....Saranghae....mahal kita...." Sofea memegang kedua-dua belah pipi suaminya dan didekatkan ke wajahnya. Seakan memahami, Naufal segera mengucup isterinya.

Malam itu sekali lagi menjadi saksi cinta mereka.

Dan Iman langsung tidak terjaga pada malam itu.

And the rest is history....

1 Syawal

"Selamat Hari Raya, abang. Ampunkan segala dosa Fea selama Fea menjadi isteri abang. Halalkan makan dan minum Fea. I love you."

"Abang sentiasa maafkan Fea. Selamat Hari Raya , sayang. Maafkan segala dosa abang kepada Fea. Thanks for being my wife and mother to my children. I love you."

Satu ciuman dihadiahkan kepada isterinya. Sofea pula menghadiahkan pelukan kepada suaminya.

"Ppa....mmaaa...."

"Iman...."

Hampir menitis air mata mereka berdua apabila mendengar perkataan yang baru disebut anak mereka.

"Cakap apa tadi? Cuba sebut lagi. Pa.pa. Ma.ma." kata Naufal kegirangan. Kegembiraan nya tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Dapat projek berjuta-juta ringgit pun tidak segembira ini.

"Cepat Iman, mama nak dengar."

"Ppaa....

"Pandai."

"Iman ini siapa?" Soal Naufal sambil menunjuk ke arah Sofea.

"Mma....ma.."

"Comelnya." Kedua-dua belah pipi montel Iman dikucup papa dan mamanya.

'Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah di atas kebahagiaan yang engkau kurniakan kepadaku. Terima kasih kerana menghadiahkan aku seorang suami yang baik dan semoga anak-anak ku nanti menjadi anak-anak yang soleh dan solehah. Amin', bisik hati kecil Sofea.

"Angah, Fea, marilah turun. Kita ambik gambar satu family." Jerit kak long dari tingkat bawah.

"Okey." Serentak kedua-duanya menyahut.

"Fea turun dulu dengan Iman. Kejap lagi abang turun."

"Okey."

Naufal membawa dirinya ke balkoni. Memandang ke langit sambil mengucapkan kesyukuran kepada Ilahi. Dia berjanji kepada dirinya agar ikatan perkhawinan ini tidak akan terlerai. Hanya ajal dan maut sahajalah yang mampu memisahkan mereka.

Sofea Imani. Sebaris nama yang mampu menggegar kan hati lelaki ku. Semoga perkhawinan ini teguh hingga ke akhir hayat kami. I love you.

"Abang.."

"Kejap...."

Naufal segera membawa dirinya turun ke bawah. Naufal terus mendapatkan isterinya dan mendukung anak mereka. Abang long sedang set timer pada kamera dan apabila segalanya sudah bersedia dan berada di posisi masing-masing.

Klik...

Klikk...

Klikkk..

"Kita buat video nak tak?" Cadang abang long.

"Okey...."

"Ready?"

"Satu...dua....tiga...."

"Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf, zahir dan batin dari kami sekeluarga."

-tamat-

Akan Aku Kejar JandakuWhere stories live. Discover now