Part 14

23.1K 774 1
                                    

Sofea hanya menghantar pemergian lelaki itu dengan pandangan kosong.

Maaf? Dia nak aku maafkan dia? Ingat senang-senang ke dia nak aku maafkan dia. Dulu, masa aku minta maaf dengan dia, ada dia maafkan aku balik? Ada dia nak dengar penjelasan aku? Tidak.

Sofea bertambah geram bila lelaki itu mengusulkan supaya mereka menikah semula. Menikah dengan lelaki kuat cemburu tu? Memang tidaklah jawapan Sofea. Dia sudah serik. Tidak mahu pisang berbuah dua kali. Sofea mengatur kakinya perlahan ke meja kerjanya. Interkom ditekan.

"Linda hari ini saya ada appointment tak?"

"Takde boss."

"Saya kerja half day hari ni. Kalau ada jugak appointment hari ni, postpone ke hari esok."

"Noted boss."

Interkom dimatikan. Sofea mula menyemak beberapa fail kewangan syarikat tetapi dia tidak dapat fokus pada kerjanya. Masih terngiang-ngiang di telinganya kata Naufal sebentar tadi.

'Kita nikah semula Fea. Abang nak kita kembali macam dulu'

Begitu mudah lelaki itu menuturkanya sedangkan dia walaupun sudah empat tahun menyendiri masih lagi belum membuka hatinya untuk sesiapa kerana dia sudah serik. Bukan mahu berfikiran negatif tetapi memori lalu masih lagi bermain di mindanya. Itu yang membuat dia cukup berhati-hati untuk jatuh cinta lagi. Seumur hidupnya, hanya Naufal seorang sahaja yang berjaya dan 'pernah' menakluk hati perempuannya.

Sofea tahu Naufal bukan seorang yang cepat mengalah, dia yakin pasti lelaki itu akan datang lagi untuk berjumpa denganya. Bila diingatkan semula, sudah dua kali sebenarnya dia meng'halau' Naufal keluar dari biliknya. Kali pertama, Naufal menciumnya, dan kali kedua pula terjadi hari ini.

Janganlah dia datang lagi dan buat aku halau dia untuk kali ketiga.

########

Naufal Iskandar pulang ke hotel dengan perasaan kecewa. Teramat kecewa. Baru sahaja semalam Sofea memaafkan dirinya tapi hari ini dia sekali lagi mengecewakan Sofea.

Naufal sedar dia agak terburu-buru menyatakan hasratnya yang sebenar sedangkan penerimaan Sofea terhadap dirinya masih lagi suam-suam.

Setelah selesai menukar pakaian yang lebih selesa dan solat Zuhur, Naufal mengambil kesempatan untuk melelapkan mata. Berharap tidur dapat melupakan masalah yang membelenggu dirinya.

Akan Aku Kejar JandakuWhere stories live. Discover now