Part 9

27.9K 957 4
                                    

Naufal Iskandar sedang merehatkan di bilik hotel. Swiss-Garden Hotel and Residence yang terletak di berdekatan sungai Melaka menjadi pilihan tempat penginapannya. Staff RS Corporation juga menginap di hotel itu. Mereka telah diberikan cuti dua hari untuk berehat dan jalan-jalan di bandar Melaka. Baring di atas katil yang empuk memang menyenangkan. Tiba-tiba ingatannya teringatkan Sofea Imani. Pertemuannya dengan Sofea tadi sangat menyenangkan hatinya walaupun dia tahu wanita itu tidak betah dengan kehadirannya. Dia hanya mampu bersabar dengan Sofea kerana dia tahu kesalahan yang dia lakukan sangat menyakitkan hati Sofea.

Sepucuk surat di keluarkan dari bawah bantal. Surat itulah yang menjadi tatapannya selama empat tahun. Surat itu ditinggalkan Sofea Imani sebelum keluar dari rumah mereka. Perlahan-perlahan Naufal membaca surat tersebut tanpa jemu walaupun sudah berkali-kali dia membacanya.

Assalamualaikum wbt.

Syukur alhamdulillah kepada yang Maha Esa kerana menggerakkan hati abang untuk membaca surat ini.

Abang,
Dulu sebelum kita bernikah, Fea ada bertanyakan satu soalan kepada abang. Fea tanya kenapa dalam ramai-ramai perempuan, Fea juga yang abang pilih sedangkan Fea cuma seorang anak yatim piatu dan sebatang kara? Abang tahu tak abang jawab apa, abang cakap yang abang sanggup terima apa sahaja kekurangan Fea dan abang janji yang abang akan jaga dan lindungi Fea. Apa yang paling buat Fea terharu, abang janji yang abang tak akan buat Fea sunyi lagi.

Abang,
Terima kasih kerana tepati janji abang. Sepanjang perkhawinan kita, Fea tak pernah rasa sebahagia ini. Hari-hari Fea di isi dengan cinta dan kasih abang. Fea tak pernah rasa sunyi lagi.

Abang,
Thanks for everything. Menjadi isteri kepada Naufal Iskandar adalah satu pengalaman indah buat Fea. Fea harap sangat dapat menjadi bidadari abang di syurga tapi apakah daya Fea, semuanya sudah berakhir. Semoga abang bertemu dengan bidadari yang dapat membahagiakan abang dunia dan akhirat. Cukuplah, untuk abang tahu yang Fea tak simpan sekelumit dendam pun pada abang. Jika hanya perpisahan ini sahaja dapat mengembirakan abang, Fea redha.

Halalkan makan dan minum Fea. Ampunkan kesalahan Fea sepanjang kita bersama. Terima kasih juga kerana memberi pengalaman kepada Fea untuk hidup bersama keluarga abang.

Yang ikhlas,
Sofea Imani Rashid

Naufal melipat semula lembaran surat itu. Kata-kata Sofea di dalam surat itu begitu ikhlas dan suci. Jika dia berfikiran rasional malam itu dan mendengar penjelasan Sofea pastinya mereka kini sudah punya anak-anak yang menyerikan rumah tangga mereka.

'Ini semua angkara Julya. Kenapalah aku begitu bodoh percayakan dia' bisik hatinya.

3 bulan selepas dia dan Sofea bercerai dulu, Julya dan lelaki yang dikatakan punya hubungan dengan Sofea datang menemuinya.

"Naufal, I mintak maaf. I mengaku, I yang fitnah Sofea. I buat semua ni sebab cemburu. Sekarang ni, I dah dapat balasan I. I disahkan menghidap breast cancer stage four Naufal. Doktor cakap, I takkan hidup lama. I harap sangat yang you dan Sofea boleh maafkan I" rayunya.

"Sampai hati you Julya, buat I macam ni. Selama ni I anggap you sebagai kawan yang paling I percaya tapi you sanggup kan hancurkan kebahagiaan I dan kau ni rakan subahat Julya lah kan?" Tanya Naufal sambil mencekak leher lelaki itu.

"Aku mintak maaf Naufal. Aku buat semua ni kerana duit. Aku dengan ex wife kau memang takde apa-apa hubungan. Aku hanya orang upahan Julya." Lelaki itu tunduk. Naufal melepaskan lelaki itu.

"Korang datang merayu sekali pun dengan aku dah tak ada gunanya sebab Sofea dah tinggalkan aku. Aku bukannya baik sangat tapi aku cuma nak kau tahu Julya yang aku dah maafkan kau. Habiskanlah sisa-sisa hidup kau dengan bertaubat kepada Allah dan tolonglah jangan muncul depan aku lagi." Julya menangis tersedu-sedan. Naufal angkat kaki dari situ. Walaupun di mulut dia mengucapkan kemaafan tetapi tidak hatinya. Beberapa minggu selepas itu, Naufal menerima berita dari kawan-kawanya. Julya sudah meninggal dunia.

*************************

Naufal memejamkan mata. Hari ini dia ingin berehat sepuas-puasnya kerana esok misinya akan bermula. Misi mengurat semula Sofea Imani untuk kembali padanya.

Akan Aku Kejar JandakuWhere stories live. Discover now