Part 30 (Honeymoon 3)

15.5K 453 7
                                    

Naufal dan Sofea segera turun dari kenderaan yang mereka naiki dan menuju ke pantai.

Pantai Gwak Ji, merupakan pantai yang terletak di barat Pulau Jeju. Pasir yang memutih dan lautan biru menyambut kedatangan mereka berdua. Malique meninggalkan mereka berdua, privasi.

Kedua-duanya berlari-lari di sepanjang pesisir pantai. Angin yang sepoi-sepoi bahasa menambahkan lagi kedinginan.

"Abang dah lah tu, Fea penat ni. Surrender!"

"Alolo, kesiannya dia. Sini abang dukung..."

"Argh...." Hampir terjerit Sofea kerana Naufal mengangkat dirinya.

Naufal dan Sofea sama-sama duduk di atas pasir.

"Fea, jom buat istana pasir." Ajak Naufal.

"Abang ni macam budak-budak lah ajak main istana pasir tapi menarik jugak kan idea tu. Jom kita bina istana pasir."

Masing-masing tekun membina istana pasir. Sofea tekun membina menara 'istananya'. Naufal pula diarahkan untuk mengambil air laut. Nasib baiklah ada botol air mineral yang mereka bawa dari hotel, mudah untuk Naufal mengambil air dari laut.

"Nah, airnya."

"Thanks abang."

"Tadi bukan main lagi kata idea abang ni macam budak-budak but now siapa yang serius nak siapkan istana pasir ni. Sayang jugakkan?" Perli Naufal.

"Hehehe. Fea bukan apa bang, saja je nak cungkil bakat terpendam sebagai arkitek. Dah sini jangan banyak cakap, tolong Fea buat tembok dekat keliling istana ni." Arah Sofea. Naufal hanya menurut titah perintah isterinya tanpa banyak soal. Setelah hampir setengah jam berhempas pulas, akhirnya berdiri nya dengan gah istana cinta Sofea dan Naufal.

"Abang amik gambar Fea dengan istana
ni."

Klik.

Lepastu mereka berdua pun berselfie.
Setelah puas bergambar, mereka berdua mengambil tempat di atas batu. Sofea melentokkan kepala di atas bahu suaminya.

"Abang, thanks."

"Thanks sebab apa?"

"Untuk hari ini. Fea happy sangat. Dapat main kejar-kejar dengan abang pastu bina istana pasir. I am really happy with you."

Naufal memandang isteri nya dan mengusap lembut kepala isteri nya.

"Memiliki Sofea Imani sebagai isteri sudah cukup buat abang. Apa pun abang akan buat untuk Fea selagi abang masih mampu dan tidak melanggar syarak. Abang yang patut berterima kasih pada Fea kerana sudi menerima diri abang kembali."

Sofea mendongak kan kepalanya.

"Abang,saranghaeyo." Sofea memberikan kucupan pada bibir pink milik suaminya. Perlahan-lahan Sofea melepaskan kucupan nya.

"I love you too my love." Kedua-dua belah pipi Sofea menjadi tempat mendaratnya ciuman dari Naufal.

"Abang, laparlah. Call Malique, suruh dia amik kita."

"Okey." Baru sahaja Naufal mahu mendail nombor telefon Malique, lelaki tersebut sudah pun berada di belakang mereka.

"Assalamualaikum. Dah habis dating?" Ucap Malique.

"Waalaikumussalam. Dating kami tak pernah habis. Betul tak yang?"

Sofea memberikan cubitan manja di perut Naufal.

"Jangan dengar cakap pak cik sorang ni. Apa yang kau bawak tu dalam bakul tu Malique? Makanan ke?" Soal Sofea kepada Malique yang menjinjing bakul.

Akan Aku Kejar JandakuWhere stories live. Discover now